Anggota kumpulan kongsi gelap yang dipercayai berselindung di negara jiran untuk mengelak daripada ditangkap dalam Ops Cantas Khas yang dilancarkan 17 Ogos lepas, dikesan mula pulang ke negara ini.
Penolong Pengarah (Tahanan) Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, polis yang menyedari pergerakan mereka kini memberi tumpuan di kawasan sempadan negara khususnya pintu masuk di sempadan.
"Operasi kita memburu mereka tetap diteruskan tanpa mengira masa," katanya kepada pemberita selepas mengetuai Ops Cantas Khas di Kompleks Imigresen, Kuarantin dan Kastam (CIQ) di sini, hari ini.
Kamarul Zaman berkata, Ops Cantas Khas selama dua hari bermula Jumaat itu telah membuahkan hasil dengan tertangkapnya tiga lelaki termasuk seorang warga Thailand.
Katanya, dalam kes pertama pada 3.15 petang Jumaat, seorang lelaki berusia 28 tahun dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap Geng 04, berdasarkan tatu di badannya, ditahan semasa memasuki negara ini, melalui CIQ Bukit Kayu Hitam.
"Ini diikuti penahanan seorang lelaki warga Thailand yang cuba menyeludup 400 liter petrol pada pukul 9 malam," katanya menambah lelaki berumur 32 tahun itu menyorokkan petrol yang diisi ke dalam 20 tong di tempat duduk belakang dan but kereta Proton Saga yang dinaiki bersama isteri dan anak lelakinya.
Kes ketiga membabitkan penahanan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang memiliki pisau Rambo ketika memasuki negara jiran pada pukul 11 malam Jumaat, tambahnya.
Menurut Kamarul Zaman, Ops Cantas Khas yang masuk hari ke-85 semalam, mencatat penurunan kes jenayah kekerasan sebanyak 11.54 peratus.
Katanya, sebanyak 9,932 kes jenayah kekerasan direkodkan dari 24 Mei hingga 16 Ogos lepas menunjukkan penurunan kepada 8,786 kes sepanjang Ops Cantas yang bermula 17 Ogos hingga semalam (9 Nov).
Beliau berkata Ops Cantas Khas akan dijalankan secara berterusan bagi memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa keadaan dalam negara adalah aman dan tenteram.
"Ops ini bukan sekadar untuk mengesan sebarang bentuk jenayah. Polis komited dalam mengambil tindakan tegas terhadap salah laku jenayah dan perlanggaran undang-undang negara," katanya.
Bernama
Sun Nov 10 2013

Gambar fail Ops Cantas di sebuah pusat hiburan di Kuala Terengganu pada 31 Ogos. -- fotoBERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Operasi memburu penyerang Saif Ali Khan masuk hari ketiga
Rakaman CCTV memaparkan kelibat suspek , sedang membeli sebuah telefon bimbit sekitar jam 9 pagi, kira-kira enam jam selepas kejadian.

Polis tidak kesan unsur kongsi gelap kes samun kilang barangan lusuh
Polis tidak mengesan sebarang unsur kongsi gelap dalam kes samun melibatkan 16 lelaki termasuk dua warga China di sebuah kilang barangan lusuh di Telok Panglima Garang di sini pada 9 Nov lepas.

19 terbunuh dalam pertempuran kumpulan penjenayah
Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan penjenayah di Guerrero, negeri selatan Mexico, kata Menteri Keselamatan Omar Garcia Harfuch pada Jumaat, lapor Xinhua.

Lima diberkas pecah rumah, curi kabel di Kota Tinggi
Polis menahan lima individu dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kabel di sebuah rumah di Kampung Sungai Rinting, Masai di Johor Bahru pada 4 Julai lepas.

Lapan lelaki didakwa pukul, paksa tiga remaja sertai kongsi gelap
Lapan lelaki yang juga ahli kumpulan sebuah kongsi gelap dihadapkan ke mahkamah pada Isnin atas pertuduhan mencederakan tiga remaja dipercayai enggan menyertai geng mereka, dua minggu lalu.

20 ahli 'Geng TR' dihadapkan ke mahkamah
20 individu dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang, Geng TR sejak lima tahun lepas.

Ahli kongsi gelap diberkas terbabit kegiatan pecah rumah
Seorang lelaki disyaki ahli kongsi gelap diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah rumah di Taman Dagang Permai di sini pada Rabu.

Polis tumpas sindiket tipu kerja sasar warga Singapura
Polis menumpaskan sindiket penipuan pekerjaan dengan penahanan empat warga Singapura dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Perling, pada 26 Jun lepas.

Polis Pulau Pinang kenal pasti kongsi gelap sokong NGO dalam PRN
Polis Pulau Pinang telah mengenal pasti kumpulan kongsi gelap yang dipercayai menyokong badan bukan kerajaan (NGO) dalam kempen pilihan raya negeri (PRN) di negeri ini.

Kes buli: Polis siasat penglibatan kongsi gelap
Polis akan menyiasat sama ada wujud penglibatan kongsi gelap dalam dua kes buli di sebuah sekolah menengah di Butterworth dan sebuah institusi menengah bawah Mara di Balik Pulau.