MUMBAI: Operasi besar-besaran polis India untuk memburu suspek yang menceroboh kediaman aktor Bollywood, Saif Ali Khan sebelum menikamnya sebanyak enam kali, memasuki hari ketiga pada Sabtu.

Terbaharu agensi berita NDTV melaporkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di salah sebuah kawasan di Mumbai memaparkan kelibat suspek yang berpakaian t-shirt biru, sedang membeli sebuah telefon bimbit sekitar jam 9 pagi, kira-kira enam jam selepas waktu serangan.

Lelaki itu kemudian dikesan berada di stesen keretapi Bandra, dipercayai cuba melarikan diri.

Terdahulu media tempatan melaporkan Saif mengalami enam kecederaan tikaman, termasuk satu berhampiran tulang belakangnya, sewaktu beliau cuba melawan penceroboh itu dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi Khamis.

Saif kemudian dikejarkan ke hospital oleh anaknya Ibrahim, dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil, dan kini sudah boleh berjalan.

Isterinya, yang juga aktres terkenal Bollywood, Katreena Kapoor berkata, beliau dan keluarganya mengalami trauma mendalam akibat kejadian itu, dan menggesa agar orang ramai tidak membuat spekulasi.

Seorang Menteri Maharashtra dilaporkan berkata, kejadian tersebut tiada ada sebarang hubungan dengan rangkaian kongsi gelap, dan Mumbai masih berada dalam keadaan selamat.