KUALA LUMPUR: Pihak yang menggunakan nama "Timah" sebagai singkatan nama puteri Nabi Muhammad SAW adalah lebih biadab berbanding pihak yang menggunakan nama tersebut untuk jenama barangan.
Menurut bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al- Attas belum pernah nama puteri Rasulullah dipanggil dengan panggilan ringkas seperti "Timah".
Malah Dr Syed Ali Tawfik menjelaskan Fatimah bukan nama wanita Melayu seperti yang didakwa sesetengah pihak, sebaliknya ia adalah nama wanita Arab.
"Mereka tidak pernah merujuk Nabi Muhammad sebagai 'Mat'.
"Mereka tidak pernah merujuk anak Nabi Muhammad sebagai 'Timah'. Itu biadab dan itu yang ada sedang lakukan.
"Jadi siapa yang biadab? Anda yang biadab kerana menganggap nama di botol wiski sebagai singkatan nama puteri Nabi Muhammad, itu biadab.
"Tiada siapa pernah fikir begitu. Selepas syarikat itu memberi penjelasan, anda enggan menerimanya. Maksudnya anda angkuh.
"Anda fikir anda sentiasa betul, anda enggan menerima penjelasan orang lain kecuali pendapat anda.
"Bila sudah ada dalam fikiran anda, anda rasa ia betul. Pengetahuan anda korup," katanya dalam satu video yang disiarkan di saluran YouTube milik beliau.
Dr Syed Ali Taufik juga menjelaskan, syarikat pengeluar wiski itu tidak perlu melakukan promosi kerana banyak pihak terutama ahli politik telah membantu melariskan jenama tersebut.
Baru-baru ini, timbul kontroversi nama wiski buatan tempatan yang menggunakan jenama "Timah" yang dianggap menghina dan biadab kerana menggunakan nama wanita Melayu dan nama anak puteri Nabi Muhammad SAW.
Biarpun telah dijelaskan nama "Timah" yang digunakan adalah merujuk bijih timah, namun banyak pihak enggan menerimanya.
Irwan Muhammad Zain
Tue Nov 02 2021

Dr Syed Ali Tawfik menjelaskan Fatimah bukan nama wanita Melayu seperti yang didakwa sesetengah pihak, sebaliknya ia adalah nama wanita Arab. -Gambar Facebook Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Anggap 'Timah' sebagai singkatan nama puteri Rasulullah lebih biadab - Dr Syed Ali Tawfik
Menurut bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al- Attas belum pernah nama puteri Rasulullah dipanggil dengan panggilan ringkas seperti Timah,

Malaysia perlu kepimpinan yang baik untuk atasi banyak masalah - Dr Syed Ali Tawfik
Beliau menegaskan, ini kerana pemimpin yang ada bukanlah mereka yang layak, menyebabkan banyak masalah yang timbul tidak dapat diatasi.