KUALA LUMPUR: Sultan Sharafuddin Idris Shah, memandang serius gejala perpecahan dalam kalangan orang Melayu, terutama pemimpin politik Melayu.
Sultan Selangor dalam satu kenyataan bertitah, perbalahan dalam kalangan pemimpin politik Melayu yang dilihat begitu ketara ketika ini boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum serta kestabilan politik di negara ini.
Tambah baginda, sesebuah tamadun dan negara boleh runtuh seandainya rakyat tidak bersatu-padu dan bekerjasama di dalam mempertahankannya.
"Beta melihat perbalahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu yang begitu ketara sekarang boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum serta kestabilan politik di negara kita.
"Beta tidak berhasrat untuk mencampuri urusan politik dan pentadbiran negara.
"Walau bagaimanapun, beta merasa bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan pandangan bagi memperbetulkan keadaan di samping menggesa agar perpecahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu dapat segera dihentikan. Ianya adalah bagi menjamin agar kepentingan masyarakat Melayu dapat dipelihara tanpa mengenepikan hak dan kepentingan masyarakat bukan Melayu di negara ini," titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Alam Shah hari ini.
Sultan Sharafuddin bertitah lagi, pemimpin-pemimpin politik Melayu perlu sedar bahawa pembangunan dan kemajuan negara amat bergantung kepada kepimpinan yang stabil.
Andai kata pemimpin Melayu gagal menunjukkan kepimpinan yang baik dan bertanggungjawab, baginda bertitah, kaum lain akan hilang rasa hormat terhadap pemimpin Melayu.
Situasi itu sekali gus tidak akan memberi sokongan yang padu kepada pemerintahan orang Melayu, ujar baginda.
"Di samping mengamalkan sikap kepimpinan yang baik dan tidak berbalah sesama sendiri, pemimpin politik Melayu harus juga bekerjasama dengan pemimpin parti politik kaum lain bagi menjamin pembangunan negara dijadikan keutamaan demi keselesaan hidup rakyat pelbagai kaum," titah Sultan Sharafuddin.
Dalam perkembangan sama, Sultan Sharafuddin bertitah baginda menyedari gejala fitnah-memfitnah berlaku dengan berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Penyebaran berita-berita fitnah yang tidak ditentukan kesahihannya dan budaya menyerang perilaku peribadi seseorang individu telah mengugat keharmonian masyarakat di negara, tambah baginda.
"Oleh itu, beta mengajak semua pemimpin politik dan rakyat di negara ini kepada kebaikan dan mengamalkan budaya sihat yang berpandukan kepada sikap toleransi dan berprasangka baik bagi mencapai aspirasi perpaduan hidup bersama demi kemakmuran negara.
"Beta menyeru agar kita bersama-sama membangunkan sebuah masyarakat yang gagah, bebas dari rasuah, bermaruah, harmoni dan berwibawa dengan menghormati nilai-nilai perpaduan kemanusiaan sejagat," titah Sultan Sharafuddin.
Terdahulu, baginda berkenan menonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang antaranya dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhan serta Johan As'ari.
Filem Mat Kilau, titah baginda, memaparkan bagaimana perpecahan dalam kalangan orang Melayu boleh mengakibatkan pihak-pihak luar mudah menguasai bangsa itu.
Baginda turut menggalakkan masyarakat negara ini terutama orang Melayu untuk menonton filem tersebut untuk dijadikan teladan dan pengajaran.
Astro Awani
Mon Jul 04 2022

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (kiri) berkenan menonton filem Mat Kilau. Turut serta pelakon Fattah Amin dan Fazura. - Gambar Facebook Selangor Royal Office.

Liek Hou terus bersinar, pertahan dua emas di Sepanyol
Jaguh badminton negara Cheah Liek Hou membuktikan usia bukan penghalang untuk mencipta kegemilangan.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 14.33 mata kepada 1,526.48 daripada 1,512.15 pada Jumaat lepas.

Nurul Izzah Izzati DNF acara keirin, kemalangan sewaktu repechage
Perjalanan atlet berusia 22 tahun itu terhenti ketika saringan repechage pusingan pertama dan status bertukar DNF.

Wartawan tertonyoh mikrofon ke muka Trump terima jelingan 'tajam'
Video kejadian yang berlaku di pusat kemudahan tentera Joint Base Andrews itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Lima faktor utama mempengaruhi kejatuhan dan pemulihan FBM KLCI - Penganalisis
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengalami penurunan terbesar tahun ini, menembusi paras sokongan utama 1,490-1,500.
#AWANIRingkas 17 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 17 Mac 2025
1️⃣ Lapor jika ada agamawan lakukan jenayah
2️⃣ Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri edisi Utara
3️⃣ Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
#awaniringkas
1️⃣ Lapor jika ada agamawan lakukan jenayah
2️⃣ Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri edisi Utara
3️⃣ Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
#awaniringkas

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi hari ini selepas AS mengelak daripada menutup operasi kerajaan, menunjukkan sentimen mengambil risiko yang lebih baik.

ABK24/25: Tersenarai calon terbaik, sepakan jauh penjaga gol berjaya jaringkan gol
Tanpa diduga, ia juga dianggap sebagai koleksi peribadi kerana gol yang sangat menakjubkan serta jarang berlaku.
AWANI Ringkas: Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk hari ketiga
Beliau hadir bagi hari ketiga merakam keterangan berhubung proses siasatan melibatkan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Sultan Selangor berkenan berbuka puasa bersama warga TLDM
Pada majlis itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan keluarga warga TLDM yang menghidap penyakit kronik

Sultan Selangor berkenan kurnia watikah pelantikan Pengerusi MAIS baharu
Baginda turut menyampaikan watikah kepada Tan Sri Mazlan Mansor sebagai Timbalan Pengerusi MAIS baharu dan dua anggota baharu.

Sultan Selangor terima zakat perniagaan anak syarikat negeri RM13.2 juta
Sultan Sharafuddin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah lebih RM13.2 juta daripada enam anak syarikat kerajaan negeri, pada Isnin.

Jenazah Pro-Canselor Unisel, Dr Anuar Masduki selamat dikebumi
Jenazah Pro-Canselor Unisel Datuk Dr Anuar Masduki yang meninggal dunia pagi tadi, selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pendakwaan memberitahu pihaknya tidak bercadang untuk meneruskan kes dihadapi Muhammad Sanusi.

Sultan Selangor titah pegawai kerajaan bertugas penuh tanggungjawab, jauhi rasuah
Baginda bertitah ketua jabatan juga perlu memastikan salah guna kuasa tidak berlaku di jabatan masing-masing.

Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting, elak besarkan perkara remeh
Baginda juga bertitah agar ADUN menghindari sebarang tindakan kurang sopan atau membesarkan perkara remeh.

Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Perasmian nama baharu itu diadakan pada majlis yang disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Titah Sultan Selangor berhubung usaha perkukuh akidah, iman dilaksanakan segera - Mohd Na'im
Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar usaha memperkukuh akidah dan iman umat Islam di Malaysia dipergiat akan segera dilaksanakan.

Sultan Selangor dukacita masih ada umat Islam terperangkap maklumat salah
Baginda bertitah umat Islam dilihat semakin mudah terpengaruh dengan dakyah ajaran sesat dan menyeleweng.