Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) akan mengeluarkan Strategi Keselamatan Siber Negara pada pertengahan tahun ini bagi menangani ancaman siber secara komprehensif.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akui ancaman keselamatan siber akan terus memberi cabaran kepada pengurusan keselamatan negara apabila berlaku peningkatan kebergantungan kepada teknologi-teknologi baharu yang bermanfaat.
“Strategi ini akan dilaksanakan melalui penggemblengan sumber tenaga dan pembangunan prasarana yang memfokuskan kepada pembentukan National Cyber Security Workforce bagi memastikan negara dapat mengoptimumkan penggunaan sumber sedia ada,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahmad Fadhil Shaari (Pas-Pasir Mas) berhubung usaha kementerian dalam membendung ancaman siber yang boleh menggugat kedaulatan negara.
Jelas beliau, kerajaan telah mengambil langkah proaktif bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ancaman dan serangan siber melalui pembangunan dan pelaksanaan Pelan Pengurusan Krisis Siber Negara (NCCMP).
“Pelan ini yang dibangunkan berdasarkan kepada rangka kerja pengurusan risiko yang menggariskan strategi bagi mengurangkan kesan serangan siber dan tindak balas yang perlu dilaksanakan oleh agensi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII) yang terdiri daripada pelbagai agensi awam dan swasta.
“Pelan ini telah diterjemahkan kepada Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 24: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Siber Negara serta Prosedur Tindakbalas Komunikasi dan Penyelarasan Krisis Siber Negara,” katanya.
Salah satu aktiviti utama yang digariskan di bawah Arahan MKN No. 24 adalah pelaksanaan Latih Amal Krisis Siber Negara (X-Maya) yang bertujuan untuk menguji keberkesanan prosedur dan membiasakan agensi CNII dengan mekanisme pengendalian insiden siber serta meningkatkan tahap keupayaan dan kesiapsiagaan agensi bagi menghadapi sebarang ancaman siber.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Apr 03 2019
![Ancaman siber: NACSA bakal keluarkan Strategi Keselamatan Siber Negara Ancaman siber: NACSA bakal keluarkan Strategi Keselamatan Siber Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554260186_wanazizah.jpg)
DR WAN AZIZAH: Pelan ini yang dibangunkan berdasarkan kepada rangka kerja pengurusan risiko yang menggariskan strategi bagi mengurangkan kesan serangan siber dan tindak balas yang perlu dilaksanakan. - Gambar fail
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Langkah kerajaan susulan keputusan Sukan SEA 2023 tumpuan Dewan Rakyat Langkah kerajaan susulan keputusan Sukan SEA 2023 tumpuan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683303829_TBSukansea.jpg)
Langkah kerajaan susulan keputusan Sukan SEA 2023 tumpuan Dewan Rakyat
Soalan itu akan dikemukakan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) kepada Menteri Belia dan Sukan.
![Ancaman siber: NACSA bakal keluarkan Strategi Keselamatan Siber Negara Ancaman siber: NACSA bakal keluarkan Strategi Keselamatan Siber Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554260186_wanazizah.jpg)
Ancaman siber: NACSA bakal keluarkan Strategi Keselamatan Siber Negara
Wan Azizah akui ancaman keselamatan siber akan terus memberi cabaran kepada pengurusan keselamatan negara apabila berlaku peningkatan kebergantungan kepada teknologi-teknologi baharu yang bermanfaat.