“Hari ini ayah ‘last’ kerja”.
Itu kata-kata terakhir yang diucapkan Lans Koperal Mohamad Johari Rosli, 32, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Canggung, Taman Pasir Putih, di sini, awal pagi Rabu.
BACA: 2 anggota polis maut dirempuh lori terbabas
Menurut balu Allahyarham, Norhafiza Fazil, 28, kata-kata suaminya itu didengarinya ketika Mohamad Johari mahu memujuk anak sulung lelakinya yang berusia 4 tahun sebelum keluar bekerja malam sebelum hari kejadian.
“Suami saya mula bertugas pada jam 12 tengah malam hingga enam pagi, jadi memang kebiasaannya bila dia kerja malam anak-anak tidur lambat untuk bermain dengannya.
“Jadi sebelum keluar dari rumah, anak saya ada merajuk suami mahu keluar bekerja, jadi itu yang dia kata malam ini sahaja dia ‘last’ bekerja dan berjanji untuk bawa anak saya keluar gunting rambut esoknya,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail di sini hari ini.
Norhafiza berkata, dirinya mula khuatir dengan keadaan suaminya apabila anak sulungnya tiba-tiba terjaga pada jam 2 pagi kerana ketakutan tanpa memberitahu sebarang sebab.
“Anak saya tiba-tiba datang kata dirinya takut, saya tenangkan dia dan kami kembali tidur sebelum saya bangun semula pada jam 6 pagi untuk kerjakan solat Subuh.
“Masa selesai solat, tiba-tiba saya menerima pesanan ringkas dari rakan-rakan yang juga isteri kepada anggota. Mereka tidak maklumkan suami sudah tiada tetapi cara mereka bertanya khabar seperti itu membuatkan saya betul-betul tidak sedap hati,” katanya.
Katanya, sejam selepas itu dia dan keluarga kemudiannya didatangi dua anggota yang memaklumkan suaminya telah terlibat dalam kemalangan dan perlu pergi ke Pusat Perubatan Forensik di HSI.
“Masa ini pun saya tidak dimaklumkan apa-apa, cuma mereka (anggota polis) mahu saya ikut ke HSI. Dalam perjalanan ke sana pun saya terima panggilan daripada bapa mertua yang menyuruh saya bersabar.
“Dari itu fikiran saya memang sudah tidak menentu, memang dah fikir bukan-bukan sehinggalah dimaklumkan suami saya sudah tiada,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Allahyarham rakan setugasnya, Lans Korporal Saifullah Mohamad, 32, maut di tempat kejadian selepas dirempuh sebuah lori ketika sedang mengemas sebaik selesai melakukan sekatan jalan raya di laluan berkenaan.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dengan tiga orang anak Muhammad Haziq Hakimi, 4; Nur Hassya Adrina, 3 dan Nur Hanna Aleesya, 11 bulan.
Terdahulu jenazah Allahyarham bersama rakannya itu turut disembahyangkan di Surau IPD Seri Alam sebelum dihantar untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Minyak, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Sinar Harian
Wed Nov 06 2019

Norhafiza(kanan) ditenangkan sanak saudaranya ketika mengiringi jenazah suaminya ke surau IPD Seri Alam. -Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Anak terkejut bangun 2 pagi petanda suami pergi buat selamanya
Kata-kata suaminya itu didengarinya ketika Mohamad Johari mahu memujuk anak sulung lelakinya yang berusia 4 tahun sebelum keluar bekerja malam sebelum hari kejadian.