Seorang anak tergamak menampar dan memukul ibunya hanya kerana permintaannya untuk dibelikan sebuah motosikal baharu tidak dipenuhi.
Dalam kejadian pukul 5 petang Sabtu lalu, suspek dipercayai mengamuk selepas permintaannya gagal dipenuhi ibunya yang berusia 56 tahun.
Akibat berang, suspek yang berusia 28 tahun menampar ibunya yang bekerja sebagai pereka dalaman berkali-kali serta mengugut, memukul dan menyeret mangsa di lantai.
Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, mangsa kemudian membuat laporan sebelum suspek ditahan malam tadi.
Siasatan awal mendapati suspek yang tidak bekerja datang berjumpa ibunya dan meminta sejumlah wang untuk membeli motosikal baharu.
Mangsa bagaimanapun, memaklumkan tidak memiliki wang menyebabkan suspek menuduh mangsa berbohong dan bertindak menampar muka dan memukulnya pada kepala, kaki dan tangan.
Suspek turut mengugut mangsa selepas memukulnya berulang kali.
Wari berkata, mangsa kemudian mendapat rawatan di hospital.
Mangsa tidak mengalami kecederaan serius, namun masih trauma dan ketakutan akibat kejadian dipukul suspek yang juga penagih dadah.
Suspek direman empat hari bermula hari ini, mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana memukul, menumbuk dan mengugut mangsa.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jul 09 2020

Suspek direman empat hari bermula hari ini, mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana memukul, menumbuk dan mengugut mangsa. - Gambar Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Anak tampar, belasah ibu kerana tidak dapat motosikal baharu
Suspek yang berusia 28 tahun menampar ibunya yang bekerja sebagai pereka dalaman berkali-kali serta mengugut, memukul dan menyeret mangsa di lantai.