Seorang anak dipercayai memukul ibunya hingga mati dengan batang cangkul di rumah mereka di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang semalam.
Suspek berusia 20 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan itu setelah mendakwa mendapat arahan daripada suara ghaib.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa Hamidah Mat Zin, 47, sedang berehat di ruang tamu.
"Suspek dikatakan meracau seorang diri sebaik memasuki ruang tamu, sebelum dia bertindak memukul kepala ibunya bertubi-tubi. Difahamkan, suspek lari meninggalkan rumah berkenaan selepas kejadian.
"Anak saudara mangsa yang kebetulan singgah di rumah berkenaan mendapati mangsa berlumuran darah dan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Abdul Aziz berkata mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk mendapatkan rawatan dan anak saudara mangsa turut membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading.
Suspek dapat ditahan kemudiannya.
"Kita berjaya menahan suspek yang berada di rumah itu kira-kira dua jam selepas kejadian.
Berdasarkan laporan siasatan awal, suspek mengalami masalah sakit mental sejak berusia 16 tahun dan sering mendengar suara ghaib... yang mengarahkannya memukul ibunya sehingga mati.
"Ibu suspek yang bekerja sebagai pekerja am di Sekolah Kebangsaan Fakeh Abdul Samad disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
"Jenazah mangsa sudah dituntut ahli keluarganya untuk urusan pengebumian," katanya.
Abdul Aziz berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya sudah merampas kayu cangkul yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Suspek kini direman selama seminggu dan kes disiasat kerana menyebabkan kematian.
Bernama
Sat Feb 07 2015

Suspek berusia 20 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan itu setelah mendakwa mendapat arahan daripada suara ghaib. - Gambar Hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Ahli perniagaan cedera ditembak di Kuantan
Seorang ahli perniagaan cedera parah selepas terkena satu das tembakan di leher oleh penjenayah yang memecah masuk gudangnya di Kampung Jaya Gading, di sini hari ini.

Wanita ditemui mati ditikam di perut dan dada, dipercayai disamun
Seorang wanita ditemui mati dengan kesan tikaman di bahagian kanan perut dan kiri dada dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Hijrah, Penor, dekat sini, hari ini.

Tragedi go-kart: Polis selesai ambil keterangan penganjur
Polis juga akan mengambil keterangan Siti Suhaiza Seman, 38, iaitu isteri dan ibu kepada mangsa rempuhan kenderaan jenis go-kart itu.

Dua rakan mati lemas ketika mandi-manda di air terjun berkelah
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata kedua-dua mangsa bersama beberapa rakan lain lagi pergi ke tempat rekreasi berkenaan pada kira-kira 2 petang untuk mandi-manda.

Pemilik akaun FB Adinda Idris disiasat fitnah polis Pahang
Polis Pahang sedang menyiasat pemilik akaun Facebook Adinda Idris yang didapati memuat naik status mendakwa polis tidak menyiasat kes kemalangan melibatkan anaknya dan sebuah lori membawa bauksit.

Bayi lelaki dibuang ditemukan di belakang rumah - Polis
Seorang bayi lelaki ditemukan dibuang di belakang sebuah rumah di Taman Datuk Rashid, dekat sini malam tadi, menurut polis.

Anak pukul ibu dengan batang cangkul hingga mati
Seorang anak dipercayai memukul ibunya hingga mati dengan batang cangkul di rumah mereka di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang semalam.

Anggota polis antara empat diberkas dalam Ops Cantas Khas
Seorang anggota polis dan seorang wanita adalah antara empat yang diberkas bersama sejumlah dadah dan pelbagai senjata berbahaya dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bahagia Indah, malam semalam.