Seorang wanita ditemui mati dengan kesan tikaman di bahagian kanan perut dan kiri dada dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Hijrah, Penor, dekat sini, hari ini.
Mayat mangsa, Norhasilah Ismail, 34, ditemui oleh suaminya, Nasrul Mansor, 32, yang baharu pulang mengambil dua anaknya dari sekolah kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berdasarkan siasatan, mangsa pulang ke rumahnya kira-kira jam 8 pagi selepas menghantar anaknya ke sekolah.
"Ketika kejadian mangsa bersama dengan anak lelakinya yang berusia empat tahun dan dipercayai diserang oleh seorang suspek dipercayai yang berada dalam rumah.
"Siasatan juga mendapati, berlaku pergelutan sebelum mangsa ditikam di bahagian kanan perut dan kiri dada menyebabkannya meninggal dunia.
"Bagaimanapun anak mangsa tidak dicederakan dan dikurung di sebuah bilik di rumah," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau berkata, polis masih menyiasat motif kejadian dan tidak menolak kemungkinan ada cubaan samun.
"Kita sudah minta suami mangsa untuk memeriksa sekiranya ada barangan hilang," katanya.
Katanya lagi, ketika kejadian, suami mangsa tidak berada di rumah kerana keluar bekerja awal pagi.
Abdul Aziz berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga bagi dikebumikan.
Beliau berkata, polis juga akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah berkenaan bagi mengenal pasti suspek yang melarikan diri.
"Mengikut siasatan awal, suspek dipercayai memakai topeng, bagaimanapun kita tidak pasti kenderaan digunakannya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Noraniza Kamsani
Fri Sep 29 2017
Mayat Norhasilah Ismail, 34, diusung keluar oleh suaminya, Nasrul Mansor, 32, dan anggota polis selepas dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di sebuah rumah di Kampung Hijrah, hari ini. - Foto Bernama
Pemilihan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif baharu FAM hampir selesai
Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan pemilihan calon Ketua Pegawai Eksekutif baharu bagi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hampir selesai.
Karnival papar bendera China diarah henti serta-merta - MDT
Karnival Fantasi Lampu LED yang diadakan di Dewan Serbaguna Bukit Gambir telah diarahkan berhenti serta merta dan ditutup sepenuhnya.
AWANI Ringkas: Perlu harmoni antara sivil dan syarak - IKIM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hukuman 6 sebatan selesai dalam tempoh dua minit
Pesalah khalwat berulang selasai menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai yang dilaksanakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di sini, pada Jumaat.
Pemangku Presiden Korea Selatan pula akan didakwa
Dewan Parlimen Korea Selatan mengundi pada Jumaat untuk melakukan pendakwaan terhadap Pemangku Presiden Han Duck-soo.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 27 Disember 2024
1️⃣ Perlu harmoni antara sivil dan syarak - IKIM
2️⃣ Penyedia diminta segera mohon lesen operasi
3️⃣ 85 peratus tidak terjejas - TNB
#awaniringkas
1️⃣ Perlu harmoni antara sivil dan syarak - IKIM
2️⃣ Penyedia diminta segera mohon lesen operasi
3️⃣ 85 peratus tidak terjejas - TNB
#awaniringkas
AWANI Borneo [27/12/2024] – Dihanyut arus deras | Sarawak sumbang 7.9 peratus eksport | Amaran ribut petir
Awani Borneo Jumaat, 27 Disember 2024 bersama Irfan Faruqi
1. Jasad nelayan ditemui terapung selepas 48 jam dihanyut arus deras
2. Sarawak antara penyumbang eksport utama negara bagi November 2024
3. MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di Sabah, Sarawak dan Labuan
1. Jasad nelayan ditemui terapung selepas 48 jam dihanyut arus deras
2. Sarawak antara penyumbang eksport utama negara bagi November 2024
3. MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di Sabah, Sarawak dan Labuan
Kastam gagal cubaan seludup dadah lebih 81 kg bernilai RM2.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine seberat 81.34 kilogram (kg) yang bernilai RM2.6 juta ke Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Dis lepas.
Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik Semenanjung sehingga kini - Fadillah
Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dibuat sehingga kini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Insiden cederakan peguam: Polis tahan 22 individu, empat didakwa
Polis menahan 22 lelaki termasuk suspek utama bagi membantu siasatan berhubung insiden menyerang seorang peguam sehingga cedera.
Ahli perniagaan cedera ditembak di Kuantan
Seorang ahli perniagaan cedera parah selepas terkena satu das tembakan di leher oleh penjenayah yang memecah masuk gudangnya di Kampung Jaya Gading, di sini hari ini.
Wanita ditemui mati ditikam di perut dan dada, dipercayai disamun
Seorang wanita ditemui mati dengan kesan tikaman di bahagian kanan perut dan kiri dada dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Hijrah, Penor, dekat sini, hari ini.
Tragedi go-kart: Polis selesai ambil keterangan penganjur
Polis juga akan mengambil keterangan Siti Suhaiza Seman, 38, iaitu isteri dan ibu kepada mangsa rempuhan kenderaan jenis go-kart itu.
Dua rakan mati lemas ketika mandi-manda di air terjun berkelah
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata kedua-dua mangsa bersama beberapa rakan lain lagi pergi ke tempat rekreasi berkenaan pada kira-kira 2 petang untuk mandi-manda.
Pemilik akaun FB Adinda Idris disiasat fitnah polis Pahang
Polis Pahang sedang menyiasat pemilik akaun Facebook Adinda Idris yang didapati memuat naik status mendakwa polis tidak menyiasat kes kemalangan melibatkan anaknya dan sebuah lori membawa bauksit.
Bayi lelaki dibuang ditemukan di belakang rumah - Polis
Seorang bayi lelaki ditemukan dibuang di belakang sebuah rumah di Taman Datuk Rashid, dekat sini malam tadi, menurut polis.
Anak pukul ibu dengan batang cangkul hingga mati
Seorang anak dipercayai memukul ibunya hingga mati dengan batang cangkul di rumah mereka di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang semalam.
Anggota polis antara empat diberkas dalam Ops Cantas Khas
Seorang anggota polis dan seorang wanita adalah antara empat yang diberkas bersama sejumlah dadah dan pelbagai senjata berbahaya dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bahagia Indah, malam semalam.