GUA MUSANG: Tindakan tegas termasuk menyenarai hitam pihak dan syarikat yang didakwa terlibat dalam kegiatan curi kayu balak bernilai kira-kira RM5 juta dari kompartment 25, Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri perlu dilakukan kerajaan negeri.
Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, kenyataan yang dikeluarkan beliau berhubung kecurian balak di HSK Nenggiri sebelum ini ternyata benar apabila pihaknya telah meninjau sendiri lokasi matau di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan.
Menurut Husam, terdapat kira-kira 43 longgokan balak yang terletak di sebelah matau Daulah Najah Sdn. Bhd kini telah disita oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).
Katanya, sehingga hari ini kerajaan negeri tidak memberikan penjelasan yang lanjut dan seperti tidak mahu ambil tanggungjawab berkaitan kejadian curi balak.
Beliau selaku rakyat Kelantan berasa kesal kerana jika dibiarkan, kawasan Hutan Simpan Dara (VJR) yang sepatutnya dipelihara akan dicerobohi.
"Masih lagi dalam proses siasatan dan apa yang penting ialah kerajaan negeri selain daripada mengakui adanya kejadian kecurian, mencari siapa pencuri yang sebenar.
"Kalau pencuri ini terlibat dengan sedikit sebanyak ada kaitan apa-apa bentuk dengan Daulah Najah, saya berharap Daulah Najah memohon maaf kepada rakyat negeri Kelantan atas peristiwa ini dan menyenarai hitamkan syarikat yang terbabit. Sama ada kontraktor ataupun subkontraktor atau mana-mana pihak dan tindakan yang tegas diambil," katanya.
Tambah Husam, pihaknya juga berharap rakyat atau mana-mana pihak dapat tampil memberi maklumat tentang kecurian hutan di kawasan seluruh negeri Kelantan.
Katanya, Save Kelantan akan memberi sagu hati kepada orang yang memberi maklumat tentang masalah pencerobohan hutan dan hidupan liar yang terganggu.
Sebelum ini, Husam Musa yang juga bekas Exco negeri mendedahkan kompartmen 26 di HSK Nenggiri diwartakan sebagai hutan dara perlindungan, namun diluluskan untuk pembalakan kepada anak syarikat kerajaan negeri Kelantan, Daulah Najah Sdn Bhd.
Beliau turut mendakwa, wujud kes 'kecurian' balak di kawasan bersebelahan, iaitu Kompartmen 25, yang membabitkan anggaran kerugian sehingga RM5 juta.
Mengulas mengenai kecurian Kompartmen 25, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya difahamkan Jabatan Perhutanan sudah menyita balak terbabit untuk siasatan lanjut.
Muhafandi Muhamad
Tue Jun 21 2022

Husam (tengah) ketika membuat tinjauan di lokasi matau di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. - Astro AWANI

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

'Ambil tindakan tegas terhadap pencuri balak' - Husam
Terdapat kira-kira 43 longgokan balak yang terletak di sebelah matau Daulah Najah Sdn. Bhd kini telah disita oleh JPSM.

Curi kayu bakau, 4 warga Indonesia didenda RM52,000 seorang
Empat warga Indonesia didenda RM52,000 seorang selepasmengaku bersalah atas dua pertuduhan menceroboh dan menebang pokok bakau secara haram.