Empat warga Indonesia masing-masing didenda RM52,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menceroboh dan menebang pokok bakau secara haram dalam kawasan hutan simpan.
Hakim Mohd Sabri Ismail memerintahkan tertuduh, Andi Setiawan, 21; Eko Rahani, 29; Edi Supriyono, 33 dan Surohman, 33, dipenjara selama tujuh bulan jika gagal membayar denda itu.
Mereka mengaku salah terhadap tuduhan pertama iaitu secara bersama menebang 493 batang pokok jaras bakau tanpa kebenaran di sebahagian kompartment 44, Pekan Simpan Teluk Kertang di daerah Larut dan Matang, tanpa kebenaran pada jam 1 petang pada 24 Julai lepas.
Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Perenggan 81(1)(b) yang boleh dihukum di bawah perenggan 81(2)(b) Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (KK), yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa secara bersama-sama memasuki hutan simpan kekal tanpa di tempat dan masa yang sama.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Sub Seksyen 47(1) yang boleh dihukum mengkut Sub Seksyen 47(4) enakmen sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.
Mohd Sabri mengenakan hukuman denda maksimum iaitu denda sebanyak RM50,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda bagi kesalahan pertama, manakala denda sebanyak RM2,000 atau penjara selama sebulan bagi kesalahan kedua.
Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak barang bukti termasuk 1,111 batang kayu jaras bakau dan dua alat pengangkutan air.
Pendakwaan dikendalikan oleh peguam Safiyatun Ahmad Dun yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal atas kesalahan mencuri sumber hutan tanpa kebenaran.
Beliau turut meminta supaya kayu-kayan yang dirampas dilucutkan hak kepada Jabatan Perhutanan Negeri.
Kesemua tertuduh tidak diwakili dan mengemukakan rayuan untuk hukuman diringankan kerana mempunyai keluarga untuk disara di Indonesia.
Nazialita Geynna Maharan
Mon Aug 08 2016

Tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan menceroboh dan menebang pokok bakau secara haram dalam kawasan hutan simpan. - Foto Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

'Ambil tindakan tegas terhadap pencuri balak' - Husam
Terdapat kira-kira 43 longgokan balak yang terletak di sebelah matau Daulah Najah Sdn. Bhd kini telah disita oleh JPSM.

Curi kayu bakau, 4 warga Indonesia didenda RM52,000 seorang
Empat warga Indonesia didenda RM52,000 seorang selepasmengaku bersalah atas dua pertuduhan menceroboh dan menebang pokok bakau secara haram.