KUALA LUMPUR: Rakyat perlu mengambil peluang melibatkan diri dalam ekonomi digital dengan memanfaatkan pelbagai kemudahan disediakan kerajaan bagi menoktahkan kemiskinan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata dengan kemudahan sedia ada seperti Pusat Ekonomi Digital (PEDi), tiada alasan bagi orang ramai untuk tidak berusaha bagi menoktahkan kemiskinan yang menjadi aspirasi Kerajaan Perpaduan ini.
"Saya harap kemudahan ini dimanfaat sebaiknya, singgah ke PEDi belajar bagaimana untuk terlibat dalam ekonomi digital, bagaimana kemudahan ini boleh memajukan ekonomi kita. Di situ kita boleh melihat bahawa di pihak kerajaan, kita tidak berniat memberi ikan semata-mata.
"Memang kita bagi bantuan sama ada bakul makanan, Bakul Rahmah, subsidi dan sebagainya tapi lebih daripada itu untuk benar-benar mengatasi masalah kemiskinan untuk menoktahkan kemiskinan, kita perlu sediakan joran," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan Komuniti Seri Pantai anjuran Touch 'n Go Sdn Bhd, TNG Digital Sdn Bhd dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai di sini hari ini.
Terdahulu, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menyaksikan penyerahan sumbangan komputer tablet oleh Ketua Pegawai Eksekutif Touch 'n Go Sdn Bhd Praba Sangarajoo kepada murid sekolah yang juga penghuni di PPR Seri Pantai.
Beliau berkata kerajaan akan memastikan terdapat kemudahan PEDi sekurang-kurangnya satu di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (1DUN 1PEDi) menjelang tahun hadapan.
Sementara itu, Fahmi turut mencadangkan penggunaan kaedah pembayaran nirtunai dengan menggalakkan penggunaan e-dompet dan kod QR di bazar Ramadan sekitar Kuala Lumpur.
Beliau mengusulkan sasaran penggunaan teknologi itu sekitar 90 peratus menjelang tahun hadapan dan perkara itu akan dibincangkan dengan pihak industri dan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh bagi membantu lebih ramai peniaga dan penjaja memanfaatkan aplikasi berkenaan.
Ditanya perkembangan berkaitan Digital Nasional Bhd (DNB), Fahmi berkata Kabinet masih meneliti perkara itu dengan pihak berkaitan namun belum ada keputusan dibuat.
"Dalam usaha kita untuk melaksanakan rangkaian 5G, insya-Allah pada minggu ini Jemaah Menteri mungkin akan berbincang dan akan putuskan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2023
![Ambil peluang libat diri dalam ekonomi digital, noktahkan kemiskinan - Fahmi Ambil peluang libat diri dalam ekonomi digital, noktahkan kemiskinan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681483866_MajlisBerbukaPuasa.jpg)
Fahmi berkata dengan kemudahan sedia ada seperti PEDi, tiada alasan bagi orang ramai untuk tidak berusaha bagi menoktahkan kemiskinan yang menjadi aspirasi Kerajaan Perpaduan ini. - Gambar fail/ Bernama
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Kiswah Kaabah ditukar, petanda permulaan Tahun Baharu Hijri
Meneruskan tradisi turun-temurun, penutup baharu untuk Kaabah, dikenali sebagai Kiswah dipasang pada Ahad, menandakan Tahun Baru Hijrah di Mekah, Arab Saudi.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027.
Sentimen Islam, perkauman punca kekalahan di Sg Bakap
Isu sentimen agama Islam terancam dan perkauman yang dimanipulasi parti pembangkang dilihat sebagai antara punca utama kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap pada Sabtu.
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
Heret pelaku ke muka pengadilan
Membahaskan LKAN di Parlimen tanpa mengambil sebarang timdakan susulan daripada hasil penemuan itu tidak akan memperbaiki tatakelola agensi kerajaan.
Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia
Mengesahkan perkara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata nota diplomatik itu juga turut menjelaskan kedaulatan negara yang merangkumi Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan.
AWANI Ringkas: Nota diplomatik diserah kepada PBB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol 6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720276393_TBpamplona.jpg)
6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol
Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad.
![Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720135535_DatukRRamanan.jpg)
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
![LKAN 2/2024: Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola - Fahmi LKAN 2/2024: Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718875254_tbFahmiFadzil.jpg)
LKAN 2/2024: Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola - Fahmi
Keputusan untuk membenarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 dibahaskan di Dewan Rakyat adalah bukti kerajaan terbuka menerima kritikan membina bagi menambah baik tatakelola negara.
![[KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan [KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720031129_kempensungaibakap.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan
SELEPAS Pilihan Raya Umum ke-15, landskap politik Malaysia disajikan dengan beberapa pilihan raya kecil termasuk pilihan raya enam negeri.
![Kemenangan calon PH amat penting, beri imej baik kerjasama PH-BN - Ahmad Zahid Kemenangan calon PH amat penting, beri imej baik kerjasama PH-BN - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720025500_ZahidHamidi.jpg)
Kemenangan calon PH amat penting, beri imej baik kerjasama PH-BN - Ahmad Zahid
Kemenangan calon PH pada PRK DUN Sungai Bakap Sabtu ini amat penting kepada Kerajaan Perpaduan kerana akan memberi imej yang baik terhadap kerjasama antara PH dan Barisan Nasional (BN).
![Tabika Pra Hafiz Kemas bukti Islam lebih kukuh di bawah Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid Tabika Pra Hafiz Kemas bukti Islam lebih kukuh di bawah Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719958530_ZahidHamidi.jpg)
Tabika Pra Hafiz Kemas bukti Islam lebih kukuh di bawah Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Program Tabika Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat membuktikan agama Islam tidak terancam di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan.
![PRK Sg Bakap: Kerajaan Perpaduan mampu menang - Ahmad Zahid PRK Sg Bakap: Kerajaan Perpaduan mampu menang - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719929229_AhmadZahidHamidi.jpg)
PRK Sg Bakap: Kerajaan Perpaduan mampu menang - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan mampu memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Sabtu ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![Kerajaan didakwa 'lencongkan' peruntukan pembangkang Kerajaan didakwa 'lencongkan' peruntukan pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659501402_WanAhmadFayhsal.jpg)
Kerajaan didakwa 'lencongkan' peruntukan pembangkang
Pembangkang mendakwa Kerajaan Perpaduan 'melencongkan' peruntukan yang sepatutnya diterima mereka.
![PRK medan uji keserasian parti dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid PRK medan uji keserasian parti dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719666254_AhmadZahidHamidi.jpg)
PRK medan uji keserasian parti dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Pilihan Raya Kecil (PRK) merupakan medan latihan untuk menguji keserasian pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![PRK Sungai Bakap: Joohari miliki banyak kelebihan- Penganalisis PRK Sungai Bakap: Joohari miliki banyak kelebihan- Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719379014_TBJoohariAriffin.jpg)
PRK Sungai Bakap: Joohari miliki banyak kelebihan- Penganalisis
Calon PH bagi PRK Sungai Bakap Dr Joohari Ariffin mengakui beliau menggalas tugas berat bagi merealisasikan hasrat kepimpinan tertinggi.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Jun 2024.