Ringkasan AI
- Amazon menangguhkan pengenalan Alexa AI ke tahun 2025 kerana menghadapi beberapa cabaran pembangunan.
- Alexa akan dikemas kini dengan kecerdasan buatan untuk membolehkan perbualan yang lebih kontekstual dan interaktif.
- Amazon ingin memastikan Alexa tidak ketinggalan dalam era kecerdasan buatan yang semakin berkembang.
Pembangunannya dikatakan menghadapi beberapa cabaran, dan membawa kepada penangguhan pengenalannya.
Alexa merupakan pembantu maya yang ditawarkan oleh Amazon melalui beberapa peranti mereka.
Sebelum ini, ia membolehkan pengguna bertanyakan beberapa perkara, di samping membuat tempahan pembelian terus melalui Amazon.
Namun, dengan ledakan era kecerdasan buatan janaan ini, Amazon ingin mengemas kini penawaran Alexa dengan integrasi kecerdasan buatan, sekali gus membolehkan pengguna berbual dengan Alexa, dan ia boleh memahami sesuatu konteks perbualan.
Pada awalnya, Amazon menyasarkan pengenalan Alexa AI pada Oktober. Namun, Amazon menamatkan acara bulan Oktober dengan pengenalan Kindle baharu sahaja.
Dengan pengenalan ChatGPT dan Gemini yang boleh berbual dengan manusia, semestinya Alexa tidak ingin ketinggalan.
Sama-sama kita nantikan pada awal 2025 kelak, untuk melihat sendiri apakah kejutan yang disediakan oleh Amazon melalui Alexa AI mereka. -Amanz