DENGAN peralihan pelbagai syarikat dan produk dalam menggunakan kecerdasan buatan janaan untuk menguasakan produk masing-masing, Amazon turut dilihat tidak ingin ketinggalan dalam menawarkan kemas kini kepada Alexa.

Alexa merupakan pembantu maya yang sedia ditawarkan oleh Amazon melalui peranti-peranti mereka.

Ia sedia dinantikan ramai untuk Alexa baharu yang dikuasakan dengan kecerdasan buatan, sekali gus memudahkan para pengguna untuk bersembang dan berkomunikasi dalam bahasa pertuturan biasa untuk mendapatkan maklumat atau membuat pembelian dan sebagainya.

Kini, ia dilaporkan Amazon mungkin bekerjasama dengan Anthropic dan menggunakan Claude AI untuk menguasakan Alexa generasi baharu.

Amazon juga dijangka akan mengenakan sedikit caj penggunaan untuk Alexa generasi baharu ini, selain pada masa yang sama mengekalkan pembantu maya “klasik” secara percuma.

Ia dikatakan Amazon sedia membangunkan model mereka sendiri, tetapi ia menghadapi masalah dalam terus mengoptimasikannya – sekali gus memilih untuk menggunakan Claude AI.

Untuk makluman, Amazon sebelum ini sedia membuat pelaburan pada Anthropic. Amazon dijangka memperkenalkan Alexa generasi baharu ini menjelang September ini. -Amanz