KUALA LUMPUR: Amaran cuaca peringkat bahaya iaitu hujan sangat lebat berterusan dijangka dialami di tiga negeri pantai timur Semenanjung - Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Jumaat 31 Disember.
Amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia pada 1.25 petang ini, menyebut kawasan-kawasan yang terlibat di tiga negeri itu ialah Jeli (Kelantan), Kemaman (Terengganu) dan Kuantan (Pahang).
Amaran cuaca buruk peringkat jingga iaitu hujan lebat berterusan juga dikeluarkan untuk kawasan Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan; Besut Hulu Terengganu dan Dungun di Terengganu; dan Jerantut, Maran dan Pekan di Pahang sehingga 1 Januari.
Sehubungan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir secara berperingkat di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu malam ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS itu, risiko banjir diramal di Kelantan bermula pukul 8 malam di jajahan Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah, Machang, Gua Musang dan Pasir Mas.
Banjir juga diramal di Terengganu secara berperingkat pada 8 malam ini (30 Dis) di beberapa daerah antaranya Setiu, Dungun, Hulu Terengganu dan Besut, manakala risiko banjir diramal di Pahang esok (31 Dis) di daerah Lipis, Raub, Maran, Temerloh dan Jerantut serta kawasan rendah sekitarnya.
"Kawasan lain di Pahang adalah di sekitar Sungai Kuantan, Sungai Rompin, Sungai Pontian dan Sungai Endau melibatkan kawasan di sekitar Kuantan dan Rompin," menurut kenyataan itu.
Bagi negeri Johor, banjir diramal pada 2 petang esok (31 Disember) melibatkan kawasan di sekitar Sungai Mersing, sungai Endau, Sungai Johor, Sungai Skudai dan Sungai Tebrau melibatkan daerah Mersing, Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu, amaran peringkat waspada iaitu hujan berterusan sehingga 1 Jan diramal di Perlis; Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling); Perak (Hulu Perak); Kelantan (Tumpat Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Putih); Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang); Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin) serta Johor.
Hujan berterusan juga dijangka di Sabah melibatkan pantai barat (Ranau); Tawau (Lahad Datu); Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan); serta Kudat sehingga 2 Januari.
Berikutan itu, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.
Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga diminta memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan, menurut kenyataan itu.
NADMA melalui NDCC akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021
Hujan lebat berterusan dijangka di kawasan Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan; Besut Hulu Terengganu dan Dungun di Terengganu; dan Jerantut, Maran dan Pekan di Pahang sehingga 1 Januari. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri petang ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan.
Ribut petir, hujan lebat diramal landa hampir seluruh negara hingga 6 petang
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda semua negeri kecuali Pulau Pinang hingga enam petang hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Pilihan Raya AS: Hujan, salji, ribut petir dijangka jejas pengundi di beberapa negeri
Pengundi di seluruh Amerika Syarikat bakal menghadapi keadaan cuaca yang berbeza-beza pada hari pilihan raya, termasuk salji dan hujan di barat laut.
Tujuh negeri dijangka alami ribut petir petang ini
MetMalaysia pada 3.35 petang memaklumkan cuaca berkenaan diramal berlaku di seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.
Amaran hujan lebat, ribut petir di Labuan, Putrajaya dan 12 negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kejadian ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang melanda Labuan, Putrajaya, dan 12 negeri sehingga pukul 5 petang hari ini.
Ribut petir dijangka landa hampir semua negeri petang ini
Ribut petir atau hujan lebat diramal berlaku di hampir semua negeri hingga 4 petang ini, menurut METMalaysia.
Hujan lebat di Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Labuan - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang dilanda hujan lebat hingga 3 petang pada Ahad.
Rujuk ramalan cuaca sebelum bercuti di Pahang
Masyarakat juga diminta patuh notis yang dikeluarkan termasuk oleh Jabatan Perhutanan Pahang yang menyelia beberapa tempat rekreasi.
PRK DUN Mahkota: Cuaca diramal hujan pada pagi hari penamaan calon - MetMalaysia
Cuaca pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Mahkota esok diramalkan hujan pada sebelah pagi.
16 maut, 1.7 juta penduduk terjejas akibat taufan Yagi di Filipina
Angka korban banjir dan tanah runtuh akibat taufan Yagi mencecah 16 orang di Filipina dengan 21 dilaporkan hilang.