Ringkasan AI
- MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang di sembilan negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan sehingga 4 petang.
- Amaran melibatkan Johor, Negeri Sembilan, Melaka, beberapa daerah di Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, dan Sabah.
- Amaran dikeluarkan apabila hujan dengan intensiti melebihi 20mm/jam dijangka berlaku atau berterusan melebihi sejam.
Berdasarkan amaran yang dikeluarkan di Facebook rasmi jabatan pada 12.30 tengah hari ini, keadaan cuaca itu dijangka melanda seluruh Johor, Negeri Sembilan dan Melaka manakala di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
Di Kelantan, cuaca berkenaan dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok, Terengganu (Marang, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).
Di Sarawak pula, amaran itu melibatkan Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Limbang selain dijangka mengalami cuaca sama di Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Semporna, Kinabatangan dan Pitas di Sabah.
Amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm)/jam yang hampir atau dijangka melebihi sejam, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA