MetMalaysia memberitahu keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Melaka, Pulau Pinang, Labuan selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," maklum kenyataan.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
