Setakat 5 pagi waktu tempatan pada Jumaat, sekitar 412 sentimeter (cm) salji direkodkan di Sukayu, kawasan pergunungan Hakkoda di Wilayah Aomori, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Salji dijangka mencecah 50 cm di wilayah Tohoku, 40 cm di wilayah Hokkaido dan Niigata, 35 cm di wilayah Kanto-Koshin dan 30 cm di wilayah Hokuriku dan Tokai menjelang pagi Sabtu, menurut JMA.
Pegawai kaji cuaca menggesa orang ramai untuk bersiap sedia menghadapi gangguan lalu lintas, serta kemungkinan tanah runtuh.
Angin dijangka semakin kuat di sepanjang pantai Laut Jepun sehingga Ahad, dengan kemungkinan ribut salji di beberapa kawasan, menurut agensi itu.
-- BERNAMA