KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan lokaliti terlibat adalah di seluruh Terengganu dan di Kelantan merangkumi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala di Pahang meliputi Jerantut, Kuantan, Pekan serta Rompin.

Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan untuk tempoh mulai 26 hingga 29 Nov bagi seluruh Perlis dan Kedah melibatkan kawasan Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), di Pahang meliputi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera) manakala di Perak (Hulu Perak) dan Kelantan (Gua Musang).

Hujan berterusan juga dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat hingga 25 Nov.

-- BERNAMA