IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang meninggal dunia Ahad lalu.
Istana Iskandariah Kuala Kangsar dalam kenyataan hari ini menyertakan warkah takziah Baginda kepada Puan Sri Ainon Abdul Ghani, iaitu balu kepada Allahyarham Harussani.
Dalam kenyataan itu Baginda menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan lebih besar kepada waris, anggota keluarga dan sahabat handai.
"Melalui warkah ini, Beta dan Raja Permaisuri menzahirkan ucapan kepada Puan Sri dan mendoakan waris, anggota keluarga dan sabahat handai Allahyarham menghadapi saat duka dan hiba ini dengan penuh keredaan dan ketabahan di sampung meningkatkan ketakwaan.
"Allahyarham telah memberikan khidmat sebagai Mufti Kerajaan Perak selama hampir 36 tahun bermula dari tahun 1985.
"Allahyarham semasa hayatnya sentiasa memperlihatkan sifat kesetiaan yang tinggi terhadap Raja Pemerintah dan amat memelihara tata adab dan kesopanan untuk memuliakan dan mendaulatkan institusi Raja Berperlembagaan.
"Serta mempamerkan sifat-sifat seorang ulama, ilmuan, pendidik dan pendakwah yang dedikasi. Dan pada setiap ketika berusaha sedaya mungkin mengembangkan syiar Islam," titah Baginda.
Sultan Nazrin menyatakan, ketokohan yang dimiliki meletakkan Allahyarham sebagai seorang tokoh Islam yang dihormati, disegani lagi disayangi.
"Sepanjang tempoh berkhidmat sebagai Mufti Perak, Allahyarham sentiasa menyembahkan pandangan dan nasihat memandu Beta untuk memenuhi amanah sebagai Ketua Agama Islam Negeri.
"Pengalaman peribadi yang amat Beta kenangi ialah bimbingan bersifat keayahan semasa mengiringi Beta menunaikan Rukun Haji pada 2003.
"Dewan Negara Perak dan Negeri Perak Darul Ridzuan kehilangan seorang ulama tersohor.
"Semoga segala khidmat murni Allahyarham diterima sebagai amal yang diberikan ganjaran rahmat ketika berada di alam barzakh, begitu juga hari kebangkitan.
"Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan roh-roh para solihin. Al- Fatihah," titah Baginda lagi.
Harussani, 82 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.45 petang Ahad lalu di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini akibat jangkitan COVID-19.
Aida Aziz
Tue Jun 01 2021
SULTAN NAZRIN: Semoga segala khidmat murni Allahyarham Harussani diterima sebagai amal yang diberikan ganjaran rahmat ketika berada di alam barzakh dan hari kebangkitan. - Gambar fail
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Sultan Nazrin berkenan rasmi UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak Kampus Tapah.
Usaha Malaysia pupuk perpaduan, semangat kebersamaan diiktiraf - Sultan Nazrin
Usaha Malaysia memupuk perpaduan dan kebersamaan rakyat berbilang kaum telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Kaji klausa dalam enakmen yang tidak relevan, kurang sesuai - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Shah bertitah, undang-undang yang digubal hendaklah bersifat dinamik dan bertenaga agar kekal relevan.
Sultan Nazrin berkenan rasmi Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara di Tronoh.
Pensyarah Kanan USAS dipilih Tokoh Maal Hijrah Perak 1446H
Profesor Madya Ahmad Husni Hassan, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Perak sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M peringkat negeri itu.
Sultan Nazrin lancar buku kesan globalisasi terhadap pembangunan Perak dalam dua abad
Sultan Nazrin melancarkan buku -Globalization: Perak's Rise, Relative Decline, and Regeneration- hari ini.
Sultan Nazrin rasmi SBPI Gopeng
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng di sini.
Sultan Nazrin berkenan rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat merasmikan Klinik Kesihatan Kuala Kangsar hari ini.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Penganugerahan Pengakap 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak 2024 hari ini.