DIA budak retro berusia 20 tahun; sangat retro kerana rambut afronya.
(Saya sebut Aliff Awan sebagai "budak" retro dalam slanga hipster bererti "seseorang yang ada status.")
Gayanya ala era discoteque bintang penari kumpulan retro terkenal Boney M, Bobby Farrel (1949-2010).
Gaya rambut afro anak Kuala Kubu ini juga mengimbau era muzik discoteque "cucuk bintang".
Pesona Boney M dengan lagu-lagu River of Babylon, Daddy Cool, Ma Baker dan Brown Girl in the Ring - menyerlah apabila terlihat rambut afro Aliff Awan.
Dia budak muda yang unik dan stailo apabila berada di pentas; aksinya yang suka memukul-mukul kepala ketika membaca puisi -- membuatkan saya ternganga ketika kali pertama melihat persembahannya.
Kehadiran Aliff Awan sebagai "indoor star" dengan gaya "street performer" satu aset baharu.
Sisi personaliti begini akan menjadikan imej "heavyweight" KLWBC 2020 terasa turut memiliki elemen "lite & easy", sekali gus memberi lebih ruang pilihan pada khalayak awam melihat sudut "heppening" KLWBC 2020.
Buku adalah sebuah dunia yang lengkap. Atmosfera persembahan ala Aliff Awan akan membuka ruang tambahan pada seni mempromosi isi buku pada khalayak awam.
*Perjalanan Aliff Awan menjadi budak seni
Pada Disember 2017, Aliff Awan memulakan rentak seni anehnya di sekitar ibu kota.
Dia menyajikan sejenis menu baca puisi dengan "setting" persembahan yang variasi; aksi fizikal yang dramatik dalam tempo vokal dan stail verbalnya.
Sekali pun gayanya pelik kerana ada kala ia seperti budak psiko yang histeris, tetapi jelas sekali Aliff Awan punya aura dan pesona.
Seperti rakan seangkatannya, Jack Malik - Aliff Awan meninggalkan sama sekali ikatan kolot baca puisi gaya lama.
Gaya tua yang renta tapi belum sempat mati.
Pertama kali melihat Aliff Awan membaca puisi - sudah nampak bakat besar anak muda pelajar Akademi Seni dan Warisan (Aswara) ini.
Aliff Awan muncul dalam program Apresiasi Dongeng Kota (majlis mengenang penyair hebat T Alias Taib 1943-2004) di Rumah Serambi Karya, Jalan Bellamy pada 29 September 2019.
Sebaik saja budak rambut afro ini muncul - dan mula membaca puisi - aura di Rumah Serambi Karya terasa segar.
Sesi diskusi yang serius sebelum itu - membugar apabila Aliff Awan muncul.
Sekali pun dia nampak skema dan sedikit "autism" dalam mengekpresikan wajahnya pada detik-detik awal berdiri di depan mikrofon.
Lima saat kemudian keadaan berubah. Budak ini dengan teknik bacaan separa jerit dengan diksi-diksi tersekat - turut memberikan gerak tubuh yang unik sebagai seni emotif bahasa puisi.
Sesi sentimental memperkatakan hayat kepenyairan T Alias Taib - berubah menjadi energetik.
Ini reflek real hasil gema dan gerak tubuh Aliff Awan.
Aliff Awan membaca puisi T Alias Taib - penyair sohor ini era puisi moden.
Cuma, pada era milenium puisi-puisi T Alias Taib di tangan Aliff Awan terasa lebih "happening".
Aliff Awan meneroka pembaharuan yang jarang mahu dilakukan anak muda dalam mengubah cara lama baca puisi yang kini terasa sudah lapuk dan meloyakan.
Pada aksi Aliff Awan, sajak-sajak T Alias Taib terasa hidup segar dan membugar selepas genap 15 tahun pemergiannya.
Aliff Awan berjaya memposisikan suara kepenyairan T Alias Taib sebagai "sedang hidup" walaupun penyair tiada lagi.
Aliff Awan mencari T Alias Taib
Pada hari penuh emosi di Rumah Serambi Karya - hadirin sempat engenang jasa-jasa T Alias Taib melalui Aliff Awan.
Cuma, anak muda ini menjadikan karya hebat T Alias Taib menjelma dalam elemen hip hop dan semi rap.
Ini pengaruh estetika "spoken word". Satu penatrasi berani generasi milenium dalam mengubah kefanaan dunia baca puisi di negara ini.
Uniknya, ketika T Alias Taib melalui zaman puncaknya sebagai penyair sohor sastera Melayu, Aliff Awan belum lahir.
Pada tanggal pemergian T Alias Taib - 19 April 2004 - Aliff Awan baru berusia empat tahun.
Namun, di Rumah Serambi Karya Jalan Bellamy, lebih 50 hadirin terkedu melihat stail "retro@afro plus metro" Aliff Awan.
Sajak-sajak T Alias Taib menjadi muda tiba-tiba dan terasa remaja apabila vokal dan fizikal Aliff Awan mengaksikan kelainan rasa tanpa mengubah makna puisinya.
*Aliff Awan di atas awan KLWBC 2020
Di tangan Aliff Awan, baca puisi konvensional Melayu menemukan rentak baru.
Kalau gaya baca puisi rakannya, Jack Malik terlihat rebel berbaur humor, cara Aliff Awan terlihat humor tapi sinikal.
Apa pun - Aliff Awan dan Jack Malik adalah dua nama budak muda yang bakal mengisi kluster perubahan KLWBC 2020.
Baca puisi di tangan Aliff Awan bukan lagi dengung rel keretapi era kolonial pimpinan Sir Hugh Low.
Seperti rakannya Jack Malik, Aliff Awan membantu kita keluar dari gaya baca puisi lapuk zaman rel keretapi Taiping ke Port Weld (1885).
Aliff Awan melepaskan gaya baca puisi zaman rel penjajah ke ekspresi generasi baru yang mahukan nada puisi lebih bebas dengan kombinasi "spoken word" rap dan hip-hop.
"Saya mula baca puisi ketika berusia 17 tahun. Sekitar Disember 2017. Waktu itu, baru tonton video SaJakJakJak oleh Jack Malik dan saya terus berfikir: Oh, Bahasa Malaysia pun boleh buat begini?"
Sejak itu Aliff Awan naik turun pentas sehingga ke hari ini.
"Sajak perlu selesa di pelbagai tempat. Kalau selama ini hanya tinggal dalam buku, ia perlu mengembara jadi lukisan, jadi muzik, jadi filem dan persembahan," katanya.
Kali pertama berbual dengan Aliff Awan di Studio Anai-anai - suasana cepat selesa. Budak muda memang energetik.
"Persembahan datang dulu sebelum deklamasi. Jadi, saya percaya sajak perlu lebih bersifat performatif; menyahut asalnya deklamasi iaitu persembahan," katanya.
Pada program Urbanscapes 2019 - Aliff Awan muncul sebagai Tok Dalang dan mengaksikan persembahan dengan konsep Panggung Puisi.
"Saya berharap cara baru, cara lebih interaktif akan menjadi jambatan menghubungkan antara buku dan orang ramai. Baik penulis atau pembaca. Jurang perlu tamat.
"Kita perlukan satu komuniti yang lebih banyak bergaul daripada banyak bercakap," kata Aliff Awan.
KLWBC 2020 akan menjadi panggung utama Aliff Awan dan Jack Malik untuk melebarkan sayap pembaharuan baca puisi gaya mereka.
* Zainal Rashid Ahmad merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain. Zainal Rashid Ahmad juga pernah memenangi 38 hadiah sastera.
** Kenyataan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Mon Mar 02 2020
Gaya rambut afro anak Kuala Kubu ini juga mengimbau era muzik discoteque "cucuk bintang".
Personaliti Astro AWANI Nabilah Khaleeda sah bergelar isteri Mohamed Amirul
Berkongsi kisah perkenalan pasangan mempelai itu, Nabilah, 27, berkata perkenalan pertama adalah di zaman persekolahan pada awal 2010.
[TERKINI] Jepun lancar penyelidikan untuk manusia tinggal di bulan
Universiti Jepun dan syarikat pembinaan bekerjasama dalam penyelidikan untuk menjana graviti buatan membolehkan orang ramai hidup di bulan dalam keadaan sama di bumi.
Empat lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat aktiviti perjudian
Empat lelaki tempatan termasuk warga emas ditahan selepas disyaki terbabit aktiviti perjudian penjualan loteri awam tanpa lesen dalam serbuan di empat lokasi berasingan di Bagan Datuk semalam.
[INFOGRAFIK] Doktor kontrak letak jawatan
Berikut adalah info berkenaan dengan doktor kontrak letak jawatan
Harga telur di Amerika Syarikat capai rekod tertinggi
Harga telur di seluruh Amerika Syarikat melonjak ke tahap tertinggi tahun ini, didorong oleh wabak selesema burung dan peningkatan permintaan semasa musim cuti, lapor Xinhua.
[TERKINI] Anggota polis dikhuatiri lemas di tali air
Seorang anggota polis dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di tali air di Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak.
Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut
Sebuah helikopter terhempas di hospital di wilayah Mugla, barat daya Turkiye, mengorbankan empat orang, menurut Gabenor wilayah itu, Idris Akbiyik.
AWANI Borneo [22/12/2024] - Amaran cuaca | Angin kencang | Cuaca buruk
AWANI Borneo Ahad, 22 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan.
112 rumah atas air di Semporna rosak dipukul ribut.
Kapal layar milik warga Rusia tersadai di Kuala Oya.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan.
112 rumah atas air di Semporna rosak dipukul ribut.
Kapal layar milik warga Rusia tersadai di Kuala Oya.
Lima cedera pemandu rempuh pusat beli-belah di Texas
Lima orang cedera selepas seorang pemandu trak pikap yang melarikan diri merempuh pusat beli-belah di Killeen, Texas.
Penjanaan pendapatan sarawak berpandukan undang-undang
Penjanaan sumber pendapatan Sarawak yang agak tinggi pada hari dilakukan berpandukan undang-undang dan perlembagaan sedia ada.
Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak , Datuk Fazruddin Abdul Rahman berkata, jumlah itu turut membuktikan tatakelola belanjawan wilayah itu diurus secara berhemah dan sebaik mungkin bagi memastikan ia memberi manfaat kepada seluruh rakyat Sarawak.
Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak , Datuk Fazruddin Abdul Rahman berkata, jumlah itu turut membuktikan tatakelola belanjawan wilayah itu diurus secara berhemah dan sebaik mungkin bagi memastikan ia memberi manfaat kepada seluruh rakyat Sarawak.
Aliff Awan budak metro retro afro penyeri KLWBC 2020
Aliff Awan Budak Metro Retro Afro penyeri KLWBC 2020
KLWBC 2020: Histeris Jack Malik & Aliff Awan
Dalam dimensi KLWBC 2020, nilai kejayaan juga perlu diukur dengan potensi mendapatkan "sumber aset masa depan."