Semangat penyatuan ummah umat Islam di seluruh dunia dalam Program World #QuranHour yang julung kali diadakan di negara ini.
Selama lebih 60 minit, titik tumpu acara itu di Masjid Sultan Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) disertai lebih 3,000 orang ketika umat Islam yang menunaikan haji berhimpun di Padang Arafah pada hari wukuf 9 Zulhijjah.
Bernama melaporkan, penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Rais Yatim, yang juga pengerusi UIAM, berkata program itu memperlihatkan cantuman jiwa umat Islam di seluruh dunia dalam mengagungkan kalam Allah itu.
"Berkumpul kita di UIAM menandakan corak kemasyarakatan Islam. Acara ini tak dapat dibandingkan dengan kegiatan lain. Marilah kita bersama-sama terus perkukuh insaniah dan ketepikan perbezaan," katanya ketika berucap pada majlis bermula 9 pagi itu.
Rais kemudian membacakan surah Al-Fatihah bagi memulakan program World #QuranHour disusuli bacaan surah al-Baqarah oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha.
Antara yang mengambil bahagian termasuk selebriti tanahair, Datuk Rosyam Nor. Lengkap berpakaian baju Melayu merah jambu, Rosyam kelihatan cukup tenang ketika mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dalam acara tersebut.
Astro Awani
Sun Sep 11 2016
Rosyam tenang ketika beliau membaca ayat-ayat suci Al-Quran sempena program World #QuranHour. - Sumber foto Instagram Wan Khatijah
Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan
Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu.
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Lebih 10 juta umat Islam seluruh dunia sertai World #QuranHour
Program itu cetusan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebuah yayasan yang berorientasikan seratus peratus dakwah untuk ummah.
Al-Quran jadi tumpuan umat Islam dalam program World #QuranHour
Selama sejam hari ini umat Islam di seluruh dunia dalam semangat penyatuan ummah mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sempena Program World #QuranHour yang julung kali diadakan.