Program World #QuranHour yang julung kali diadakan mendapat penyertaan lebih 10 juta umat Islam seluruh dunia yang serentak mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran selama sejam, bermula 9 pagi mengikut waktu tempatan masing-masing.
Program itu cetusan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebuah yayasan yang berorientasikan seratus peratus dakwah untuk ummah.
Ia dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kumpulan Media Karangkraf dan mendapat sokongan daripada 50 buah negara antaranya Filipina, Arab Saudi, New Zealand, Macedonia dan Turki.
GALERI FOTO: World #QuranHour erat ukhuwah
Ketua Pegawai Eksekutif WUI Marhaini Yusoff berkata program tersebut dilaksanakan bagi mencetus kesedaran umat Islam untuk menzahirkan kecintaan kepada Al-Quran dengan mengamalkannya selama satu jam setiap hari sehinggahujung nyawa.
"World #QuranHour ini bukan sekadar satu event tetapi adalah penerusan usaha dari 2013 untuk bawa masyarakat berinteraksi dengan Al-Quran dengan bukan sekadar membaca, tetapi membentuk 'Quranic mindset' yang akhirnya melahirkan seorang Muslim sejati," katanya dalam sidang media program itu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha berharap program World #QuranHour itu akan dijadikan acara tahunan serta dapat dimasukkan dalam setiap program jabatan itu.
"Saya yakin melalui program hari ini, masyarakat akan dapat meletakkan satu jam satu hari walau dalam keadaan sibuk bagaimanapun untuk meluangkan masa membaca Al-Quran," katanya.
Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim, yang juga presiden UIAM, pula mahu umat Islam menggunakan Al-Quran sebagai panduan dalam menyatukan hati serta mengetepikan perbezaan.
Jelasnya terdapat pelbagai prinsip dan nas di dalam kalam Allah yang boleh dijadikan contoh untuk rakyat bersama-sama menjayakan perpaduan yang berperanan besar dalam membangunkan negara.
World #QuranHour merupakan kesinambungan daripada inisiatif WUI sejak 2013 melalui #AktifkanRumahNgaji dan #MalaysiaNgaji yang diadakan pada setiap 24 Ramadan.
Bernama
Sun Sep 11 2016

Program tersebut dilaksanakan bagi mencetus kesedaran umat Islam untuk menzahirkan kecintaan kepada Al-Quran dengan mengamalkannya selama satu jam setiap hari sehinggahujung nyawa. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lebih 10 juta umat Islam seluruh dunia sertai World #QuranHour
Program itu cetusan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebuah yayasan yang berorientasikan seratus peratus dakwah untuk ummah.

Al-Quran jadi tumpuan umat Islam dalam program World #QuranHour
Selama sejam hari ini umat Islam di seluruh dunia dalam semangat penyatuan ummah mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sempena Program World #QuranHour yang julung kali diadakan.