Perasaan pilu itu diluahkan salah seorang sahabat Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menerusi perkongsian di laman sosial Facebook.
Rakannya, Azizul Asri dalam satu perkongsian menitipkan beberapa foto dan video kenangan bersama Allahyarham bersama rakan-rakan yang lain.
BACA: Akhirnya, Adib pulang jua ke kampung halaman
BACA: Kes Muhammad Adib kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh - Polis
BACA: 'Adib telah diberi rawatan terbaik' - Dr Lee Boon Chye
“Al-Fatihah, tenanglah kau di sana sahabat Muhammad Adib. Semua kenangan kita saya akan simpan sampai bila-bila.
“Semua orang terasa atas pemergianmu, semua orang tanya pasal kau, semua orang post pasal kau...,” tulisnya pada entri tersebut.
Doanya semoga Muhammad Adib yang terkorban sebagai perwira negara itu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Perkongsian tersebut dikongsi lebih 8,000 kali saat nukilan ini ditulis, dan rata-rata netizen melahirkan rasa sebak dan mendoakan perkara sama.
BACA: Jenazah Muhammad Adib akan disambut penuh penghormatan
BACA: Adib terkorban semasa bertugas, perbuatan kumpulan pengganas - Mufti Perlis
Muhammad Adib meninggal dunia pada jam 9.41 Isnin malam selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada 27 Nov lalu.
Jenazah wira kesayangan negara ini dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah pada Selasa dengan penuh penghormatan.