Dalam pada itu, sekurang-kurangnya dua orang maut apabila kebakaran hutan melanda tengah dan utara Portugal.
Ini sekali gus mendorong pihak berkuasa untuk memindahkan penduduk perkampungan, menutup lebuh raya dan meminta pesawat pengebom air tambahan dari Kesatuan Eropah.
Suhu mencecah 30 darjah Celsius di seluruh Portugal pada hujung minggu dan Isnin, dan ia dijangka kekal tinggi sehingga Selasa.
Portugal dan negara jiran, Sepanyol, mencatatkan kejadian kebakaran lebih sedikit berbanding biasa selepas hujan mula turun pada tahun ini.
Tetapi kedua-dua negara tetap terdedah kepada keadaan yang semakin panas dan kering yang mana para saintis menyalahkan pemanasan global.