KOTA KINABALU:Sebarang penganjuran aktiviti atau majlis sosial melibatkan perhimpunan orang ramai di negeri ini perlu dimaklumkan kepada pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun dalam kenyataan hari ini berkata ia bagi memudahkan pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh pihak berkuasa tempatan.
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 negeri berkata Sabah mencatatkan 383 kes baharu positif COVID-19 hari ini iaitu meningkat 80 kes berbanding semalam menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri itu 38, 555 kes.
Beliau berkata lima kes kematian turut direkodkan iaitu dua kes di Lahad Datu dan masing-masing satu kes di Kota Kinabalu, Kinabatangan dan Sandakan manakala satu kluster baharu dikesan hari ini ialah Kluster Tombovo di Putatan.
Sementara itu, setakat hari ini hanya 32.77 peratus daripada jumlah keseluruhan 6,392 unit katil di hospital dan Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) COVID-19 digunakan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 05 2021
Datuk Masidi Manjun dalam kenyataan hari ini berkata ia bagi memudahkan pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh pihak berkuasa tempatan. - Gambar fail
Hospital UMS bakal beroperasi pada tahun 2026
Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang sedang dalam proses pembinaan bakal beroperasi pada bulan Januari 2026
LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Berikutan kejadian yang berlaku pada tengah hari Selasa, pihak Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menghampiri kawasan pantai di situ kerana cuaca yang sangat tidak baik dan keadaan ombak yang tinggi.
Hujan lebat: Rakyat Perlis dinasihatkan berwaspada - MB
Hujan lebat disusuli angin kencang melanda beberapa kawasan sekitar Perlis pada Selasa menyebabkan pokok tumbang, selain gangguan bekalan elektrik.
Jumlah mangsa banjir melebihi 2,000 orang, 11 PPS dibuka
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 2,180 orang mangsa daripada 385 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS).
Ahli GISB dituduh di Mahkamah Putrajaya pada Rabu
Berdasarkan pemakluman kepada media, individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan di Mahkamah Putrajaya pada Rabu.
Melaka dalam proses wartakan lima lagi ajaran sebagai sesat
Kerajaan Melaka dalam proses mewartakan lima lagi ajaran dan kegiatan baharu sebagai sesat.
PRK Mahkota: Syed Hussien enggan tabur janji bulan dan bintang, ingin kekal semangat kekeluargaan
Syed Hussien berazam ingin terus mengekalkan semangat kekeluargaan yang dinikmati penduduk di DUN Mahkota.
Meteorit Marikh ditemukan di Antartika dipamerkan di Ekspo Osaka 2025
Ditemukan pada 2000, meteorit itu telah tercampak ke angkasa lepas akibat kesan asteroid di permukaan Marikh.
Perang di Gaza perlu dihentikan, tiada pendudukan semula Israel - Kamala Harris
Calon Presiden AS gesa gencatan senjata serta penyelesaian dua negara dan kestabilan Asia Barat dengan cara yang tidak memperkasakan Iran.
Malaysia-Brazil bekerjasama rebut peluang pasaran halal bernilai AS$3 trilion - Timbalan Menteri
Transaksi pertanian antara kedua-dua negara telah berada dalam aliran menaik sehingga mencecah RM6.4 bilion pada 2023.
Stadium Merdeka gamit memori berterusan sejarah kemerdekaan negara
Pembukaan semula Stadium Merdeka, dapat berterusan menggamit memori sejarah, memupuk nilai dan semangat patriotisme ketika negara mencapai kemerdekaan.
SOP lebih ketat bagi majlis sosial di Sabah
Kapasiti maksimum 150 orang atau 50 peratus ruang dihadkan bagi majlis perkahwinan, pertunangan dan resepsi.
Jangan anjur pesta durian - Polis Perak
Mengikut SOP, bukan sahaja tidak dibenarkan merentas daerah dan negeri, malah aktiviti sosial rasmi dan tidak rasmi juga tidak dibenarkan.
Kenduri durian: Polis akan panggil artis bergelar Datuk
Polis akan memanggil semua mereka dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Warga emas kirim sahaja makanan di bazar Ramadan - Pakar kesihatan
Dr Malina berpandangan, bazar Ramadan dan solat tarawih tidak begitu menyumbang kepada potensi kenaikan kes seperti yang disaksikan sebelum ini.
COVID-19: Sabah akan bangunkan aplikasi daftar majlis sosial, perkahwinan
Kerajaan negeri Sabah akan membangunkan satu aplikasi untuk memudahkan masyarakat mendaftarkan sebarang majlis keramaian yang dianjurkan.
Majlis sosial punca kes COVID-19 kembali meningkat di Sabah
Sebanyak 69 kes positif baharu COVID-19 dicatatkan di Sabah semalam berbanding 41 kes kelmarin, dengan dua lagi kluster baharu direkodkan.
Rentas daerah sempadan dibenar dalam 6 zon di Sabah
Rentas sempadan dibenarkan mengikut enam zon yang telah ditetapkan, kecuali bagi daerah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semua majlis sosial termasuk perkahwinan, pertunangan, reunion dibenarkan - Ismail Sabri
Semua majlis sosial termasuk membabitkan perkahwinan, pertunangan, pernikahan dan sambutan ulang tahun dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP.
Upacara perkahwinan bukan Islam dibenar di kawasan PKP, PKPB, PKPP - JPN
Keputusan itu dibuat kerajaan bagi membolehkan upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh semasa tempoh PKP 2.0 dapat dilaksanakan.