IPOH: Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak menganjurkan majis sosial, termasuk pesta durian, kerana ia melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Ketua Polis Negeri Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mengikut SOP, bukan sahaja mereka tidak dibenarkan merentas daerah dan negeri, malah aktiviti sosial rasmi dan tidak rasmi juga tidak dibenarkan.
Bagaimanapun, katanya, orang ramai masih boleh menikmati raja buah itu kerana penjualan dan pembeliannya masih dibenarkan.
"Memang sekarang ini musim durian. Semua orang hendak makan durian. Tetapi, gunakan saluran yang dibenarkan.
"Memang orang berniaga durian dibenarkan untuk berniaga, dan kita dibenarkan untuk membeli.
"Banyak dijual durian sekarang ini, di seluruh negara ada.
"Ada musim durian, tetapi kita tidak benarkan pesta durian dan sebagainya dianjurkan,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial, tangkap layar gambar beberapa orang termasuk artis terkenal tanah air bergelar Datuk yang didakwa menyertai ‘kenduri durian’ di Kampung Poh, Bidor.
Ekoran daripada itu, polis akan memanggil beberapa individu termasuk artis berkenaan, bagi membantu siasatan dakwaan melanggar SOP PKP 3.0.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mereka akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Jun 27 2021
![Jangan anjur pesta durian - Polis Perak Jangan anjur pesta durian - Polis Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624770120_PerniagaanDurian.jpg)
Peniaga menjalankan perniagaan durian meskipun dalam keadaan PKP 3.0 bagi mengawal penularan wabak COVID-19, ketika tinjauan di Kampung Sungai Udang, Klang, 23 Jun 2021. --fotoBERNAMA
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Dijamu durian: Timbalan Speaker mohon maaf, akui keliru dan sedia disiasat Dijamu durian: Timbalan Speaker mohon maaf, akui keliru dan sedia disiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61624967185_Rashid.jpg)
Dijamu durian: Timbalan Speaker mohon maaf, akui keliru dan sedia disiasat
"Saya mohon maaf di atas kekeliruan yang timbul apabila terdapat media yang menghubungi saya bagi bertanyakan mengenai video saya di kebun."
![Jangan anjur pesta durian - Polis Perak Jangan anjur pesta durian - Polis Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624770120_PerniagaanDurian.jpg)
Jangan anjur pesta durian - Polis Perak
Mengikut SOP, bukan sahaja tidak dibenarkan merentas daerah dan negeri, malah aktiviti sosial rasmi dan tidak rasmi juga tidak dibenarkan.
![Lebih 5,000 biji durian habis dimakan dalam masa 30 minit Lebih 5,000 biji durian habis dimakan dalam masa 30 minit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61559664300_TBDurian.jpg)
Lebih 5,000 biji durian habis dimakan dalam masa 30 minit
Bufet durian dan buah-buahan tempatan anjuran Majlis Pentadbiran Mukim Tanah Merah, Betong itu turut dihadiri pelancong Malaysia dan Singapura.
![Pesta durian jadi budaya baharu Malaysia Pesta durian jadi budaya baharu Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61469858205_ShaberyCheek.jpg)
Pesta durian jadi budaya baharu Malaysia
Hasil jualan buah durian yang julung kali diadakan di Dataran Merdeka ini boleh mencecah sehingga RM1 juta sepanjang tiga hari acara diadakan.
!['Pesta Durian' melanda Parlimen 'Pesta Durian' melanda Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/61383651851_295x200.jpg)
'Pesta Durian' melanda Parlimen
Selain berdebat tentang isu-isu kenegaraan, warga Parlimen pada Rabu sempat berjuadah di promosi durian dan buah-buahan bermusim yang di anjurkan di Parlimen.