KUALA LUMPUR: Definisi rasuah perlu diperjelaskan dengan sebaiknya sebelum akta dana politik dilaksanakan kelak.
Pengerusi bersama Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam, Andrew Khoo menjelaskan, ia termasuk penggunaan istilah derma yang sering digunakan mereka berpengaruh dalam sesuatu pembayaran atau pemberian.
"Masalahnya dari sudut perundangan ialah, apabila derma itu dimasukkan dalam aktiviti rasuah, 'derma' ini mungkin (dimaksudkan) sama ada bayaran atau penglibatan bagi tujuan faedah atau ganjaran, atau sesuatu yang telah dilakukan di mana pemberinya akan mendapat manfaat darinya, atau sudahpun mendapat faedahnya.
"Saya rasa perkara itu menjadi masalah utama buat masa ini. Perkara inilah untuk kita lihat bagaimana undang-undang itu mendefinisikan rasuah kerana wujudnya definisi asal rasuah itu sendiri," katanya semasa memberikan ucaptama Forum secara maya bertajuk Money Politics: Financing Free and Fair Elections pada Jumaat.
Jelasnya, derma pada asalnya bermaksud pemberian daripada seseorang yang tidak mendapat manfaat daripadanya.
Namun, ia menjadi persoalan apabila derma dipergunakan dalam aktiviti rasuah.
Dalam pada itu, katanya, faktor hilang pengaruh dan penyokong juga menyebabkan ada ahli politik yang merasakan dana atau pembiayaan yang diperoleh tidak perlu didedahkan.
Justeru katanya, maksud derma yang sebenar dan pembiayaan dengan niat mendapat faedah perlu dilihat semula serta menjadi persoalan paling besar dalam mewujudkan akta dana politik.
Dalam pada itu, dalam forum sama, Pengasas bersama Undi18, Tharma Pillai mencadangkan agar pengundi muda didedahkan dengan penjelasan mengenai ekosistem politik wang dan bukan hanya tertumpu kepada pemilihan pemimpin yang baik.
Katanya, perbincangan mengenai ekosistem berkenaan masih lagi kurang di Malaysia.
"Adalah sangat penting untuk menjelaskan mengenai isu ini bahawa ia adalah isu melibatkan sistem dan bukan hanya isu pemimpin. Saya rasa masih jauh untuk sesetengah rakyat Malaysia untuk mengubah norma dalam memilih pemimpin yang baik dan betul yang mampu menjaga kebajikan semua.
"Perbincangan mengenai sistem, rangka kerja perundangan, adalah sesuatu masih lagi kurang di Malaysia, Saya rasa adalah sangat penting untuk kita tahu bahawa ekosistem politik wang bukan hanya isu elit, ia bukan hanya berlaku di Putrajaya, dan kita menyalahkan kumpulan ahli politik elit berkenaan.
"Namun, ia turut mendapat persetujuan dan sokongan daripada pengundi dan kawasan pilihan raya," katanya lagi.
Untuk rekod, Kerajaan Barisan Nasional pernah mencadangkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik pada 2016, namun dibantah parti pembangkang pada ketika itu.
Kemudian, pada 2018, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membangkitkan semula cadangan menggubal dan membentangkan akta dana politik sebagai usaha membanteras rasuah.
Namun, sehingga ke saat pentadbiran Kerajaan terus bertukar tangan, akta berkenaan masih berada di peringkat cadangan.
Rahimah Abdullah
Fri Sep 24 2021
Sehingga ke saat pentadbiran Kerajaan terus bertukar tangan, akta berkenaan masih berada di peringkat cadangan. - Gambar hiasan
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa tidak jejas hubungan dagangan dengan AS - Anwar
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa seperti Gaza dan pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tidak menjejaskan hubungan perdagangan baik dengan AS.
Ketua Parti Vietnam, To Lam diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Ketua Parti Vietnam, To Lam diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
MIHAS@Dubai cecah jualan luar biasa RM2.2 bilion
Matrade) telah memuktamadkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai (MIHAS@Dubai) dengan kejayaan luar biasa, dengan jualan melangkaui sasaran sebanyak 120 peratus kepada RM2.2 bilion.
Malaysia dipilih semula terajui Lembaga Pengarah SMIIC
Malaysia memenangi kerusi dalam pemilihan semula ahli Lembaga Pengarah SMIIC bagi penggal 2025-2027 pada Perhimpunan Agung Ke-19 SMIIC yang berlangsung pada 14 November lepas di Istanbul, Turkiye.
Malaysia bukti komitmen matlamat iklim dengan dasar yang konsisten - Nik Nazmi
Malaysia memperkukuh komitmen menghadapi perubahan iklim melalui beberapa inisiatif yang konsisten bagi mengurangkan pelepasan karbon.
Malaysia desak negara maju tingkatkan pembiayaan iklim di COP29
Malaysia menempelak negara-negara maju yang sanggup membelanjakan trilion dolar untuk konflik dan peperangan tetapi menafikan pembiayaan tindakan iklim untuk negara membangun.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia tekankan penderitaan pelarian Rohingya - Mohamad Hasan
Malaysia juga komited untuk memastikan isu berkenaan mendapat perhatian sewajarnya di peringkat ASEAN.
Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global
Anthony Loke berkongsi visinya untuk menjalin kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Hong Kong bagi mewujudkan hab kargo udara dua hala.
Malaysia perlu bantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu - Pakar
Malaysia perlu membantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu memandangkan pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara sedang pesar dibangunkan.
COP29: Malaysia dan ASEAN kukuhkan kerangka pasaran karbon untuk ekonomi mampan
Malaysia memimpin usaha membangunkan kerangka karbon menyeluruh di peringkat ASEAN, dengan inisiatif yang dimulakan oleh Kumpulan Kerja Pasaran Karbon.