KUALA LUMPUR: Tiada sebarang peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menghalang pendakwaan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor atas pertuduhan pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn, berkata dakwaan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bahawa mahkamah telah mengambil alih fungsi Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) adalah tidak berasas.
Ini kerana mahkamah akan mengadili kesemua 17 pertuduhan dihadapinya mengikut bidang kuasa jenayah yang diperuntukkan dalam undang-undang, katanya.
Beliau berkata demikian menerusi afidavit balasan yang difailkan hari ini bagi menjawab permohonan Rosmah bagi membatalkan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN yang dihadapinya.
"Tiada apa-apa peruntukan di bawah rangka kerja Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menghalang atau melarang pendakwaan kesalahan ketidakpatuhan Seksyen 77(1) akta sama melainkan dan sehingga pertikaian pemohon (Rosmah) berkenaan isu pendapatan boleh dikenakan cukai diputuskan oleh SCIT," katanya.
Poh turut menafikan kesemua dakwaan yang dibuat oleh Rosmah bahawa 17 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya adalah tanpa asas, defektif, pramatang, tidak konklusif serta tidak mendedahkan apa-apa kesalahan dalam perundangan.
"Saya menyatakan bahawa alasan-alasan yang diberikan oleh pemohon tidak mencerminkan kedudukan undang-undang yang betul.
"Isu sama ada pertuduhan ke-13 sehingga ke-17 adalah terjumlah kepada jenis pendapatan yang boleh dikenakan cukai merupakan persoalan yang diputuskan mengikut Seksyen 4 akta sama dan bukannya bergantung kepada kewujudan apa-apa perintah, arahan, permintaan mahupun taksiran yang dibuat oleh pihak LHDN," katanya.
Rosmah memfailkan notis usul itu, memohon agar beliau dilepas dan dibebaskan daripada kesemua 17 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 4 Okt 2020.
Menerusi afidavit sokongan yang difailkan bersama notis usul itu, Rosmah mendakwa pertuduhan dikenakan ke atasnya adalah tanpa asas, defektif selain tidak mendedahkan sebarang kesalahan dalam undang-undang.
Rosmah, 71, didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 serta di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.
Perbicaraan bagi kes itu bermula pada 24 Ogos lalu dan dua saksi telah dipanggil memberi keterangan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023
Rosmah mendakwa pertuduhan dikenakan ke atasnya adalah tanpa asas, defektif selain tidak mendedahkan sebarang kesalahan dalam undang-undang. - Gambar fail
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
Pertuduhan elak cukai salah, langgar hak asasi Rosmah di bawah Perlembagaan - Peguam
Pertuduhan pengubahan wang haram dan mengelak cukai terhadap Datin Seri Rosmah Mansor harus dibatalkan kerana ia salah di sisi undang-undang, kata peguamnya.
''Saya sedia sokong dan bekerjasama dalam pembangunan kanak-kanak'' - Rosmah Mansor
Isteri kepada bekas Perdana Menteri keenam, Datin Seri Rosmah Mansor menyatakan kesediaannya dalam memberi sokongan dan kerjasama dalam urusan pembangunan kanak-kanak di Malaysia.
Rosmah gagal dalam permohonan supaya hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor hari gagal dalam permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil AS$346 juta difailkan 1MDB terhadapnya.
Representasi ketiga status Rosmah mohon gugur kes AMLA, LHDN belum diketahui
Memandangkan kes ini melibatkan isu semakan dengan pihak LHDN, maka prosedur terbabit memerlukan masa untuk disediakan.
Keputusan berhubung representasi Rosmah untuk gugurkan pertuduhan diketahui 6 Sept
Dua belas pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta, manakala lima lagi berkaitan kegagalan isytihar pendapatan.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah tangguh prosiding saman syarikat barang kemas
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk menangguhkan prosiding saman yang difailkan terhadapnya oleh syarikat barang kemas yang berpangkalan di Lubnan.
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil US$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.
Rosmah mohon tangguh prosiding kes saman syarikat barang kemas Lubnan
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding kes saman difailkan syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL terhadapnya.
Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion
Datin Seri Rosmah Mansor memberikan aku janji untuk tidak melupuskan barangan kmewah yang kini berada dalam milikan atau kawalannya yang dituntut oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).