BUKIT KAYU HITAM: Kerajaan memerlukan pindaan akta berkaitan bidang kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bagi membolehkan tindakan undang-undang dikenakan terhadap kenderaan asing yang diubah suai, dalam usaha menangani isu ketirisan diesel di negara ini.
Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Seri Ahmad Maslan berkata beliau akan mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk kemungkinan meminda akta berkaitan agar penglibatan JPJ menjadi lebih berkesan, melalui penguatkuasaan undang-undang bagi menyekat aktiviti penyeludupan diesel menggunakan kenderaan diubah suai itu.
"Penyeludupan perkara yang semakin menjadi-jadi...sebagai contoh ubah suai kenderaan pikap telah menjadi satu trend, di mana mereka menyeludup terutama diesel menggunakan kenderaan pikap (ubah suai ada tangki tambahan). Sekarang ini tidak boleh diambil tindakan kerana akta (di bawah bidang kuasa JPJ), tidak meliputi ubah suai kenderaan asing.
"Walhal mereka (warga asing) mengubah suai kenderaan mereka dan mereka menyeludup dengan kenderaan yang diubah suai, tetapi kita hanya boleh mengkompaun atas sebab penyeludupan diesel itu tetapi kita tak boleh nak kompaun atas ubah suai kenderaan.
"Apabila mereka telah dikompaun atas kesalahan menyeludup diesel, kenderaan itu akan patah balik ke negara jiran, dan kemudian mereka (kemungkinan) mengulangi sekali lagi, berulang kali (kegiatan menyeludup diesel)," katanya pada sidang media selepas melawat Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini hari ini.
Perdana Menteri semasa membentangkan Belanjawan 2023 memberitahu wujudnya ketirisan dalam subsidi diesel, dengan anggaran nilai hampir RM10 bilion nilai subsidi diesel yang dipercayai diseleweng tahun lepas.
Ahmad berkata pada 1 Mac lepas, pihak Kastam Kedah menahan dua kenderaan pikap asing yang diubah suai, kerana cubaan menyeludup keluar diesel ke negara jiran sebanyak 800 liter.
Untuk rekod, Kastam Kedah juga pernah menahan enam kenderaan pikap yang diubah suai dengan tambahan tangki khas, yang bermuatan minyak diesel di pintu keluar kenderaan ringan atau persendirian (eksport), di Kompleks ICQS pada 29 Jan lalu.
Sejumlah 1,780 liter minyak diesel daripada semua kenderaan yang berdaftar di negara jiran itu, dirampas dengan bernilai RM3,827.
Ahmad berkata usaha bersepadu antara Kastam dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) perlu juga dilakukan, bagi memantau stesen minyak yang beroperasi di sekitar Bukit Kayu Hitam selain kerjasama dengan pihak stesen minyak terbabit, agar penyeludupan diesel dapat dihalang.
Sementara itu, beliau berkata Kastam Kedah membuat kutipan hasil berjumlah RM1.45 bilion pada tahun lepas, dengan kutipan hasil di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam merekodkan sebanyak RM284 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan melihat antara kenderaan yang berjaya dirampas yang terlibat dengan penyeludupan diesel ketika mengadakan lawatan ke Stor Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA

Tiket ETS KTMB sempena Aidilfitri hanya berbaki 20 peratus
Tiket ETS yang dijual sejak 3 Mac lepas kini hanya berbaki 20 peratus daripada lebih 100,000 tiket yang ditawarkan sempena Aidilfitri.

Polis siasat sekumpulan lelaki keluarkan 28 kereta tanpa kebenaran
Polis sedang menyiasat aduan mengenai tindakan sekumpulan lelaki mengeluarkan 28 kereta yang masih menunggu keputusan mahkamah berkaitan tuntutan insurans.

G7 gesa Rusia setuju gencatan senjata dengan Ukraine
G7 menggesa Rusia supaya memberikan respons dengan bersetuju terhadap gencatan senjata secara adil dan melaksanakannya sepenuhnya.

Ketua Parti Liberal Mark Carney angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-24 Kanada
Katanya, kabinet yang lebih kecil dan berpengalaman untuk bergerak lebih pantas, menjamin ekonomi Kanada dan melindungi masa depan negara itu.

Khazanah Nasional akan peroleh pegangan INCJ dalam Kumpulan EDOTCO
INCJ telah mencapai penghujung mandat pelaburannya dan menghargai usaha sama dengan INCJ, sejak penyertaannya pada 2017.

Kerajaan sasar RM9 bilion dijana daripada jualan kayu getah terawat
RISDA telah ambil langkah proaktif menerusi cadangan pelaksanaan program TGBB bagi mengurangkan kebun getah terbiar.

Perang dagangan, tarif, sekatan jadi senjata dominasi global - PM Anwar
Anwar berkata, berikutan Order Baru Dunia yang sedang terbentuk, negara-negara di seluruh Global South hadapi cabaran yang semakin meningkat.

Malaysia akan perkukuh peranan ASEAN, tingkatkan penglibatan di peringkat global - PM Anwar
Anwar menggesa tindakan kolektif bagi mempertahankan keamanan dan memastikan orde antarabangsa yang stabil.

Aminuddin sedia pertahan jawatan Naib Presiden PKR
Beliau berkata saingan kali ini lebih sengit kerana PKR merupakan komponen parti menerajui Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan.

MMA harap kadar baharu yuran perundingan GP swasta berpatutan, adil
Dr Kalwinder Singh berkata MMA percaya kenaikan yuran perundingan kepada sekurang-kurangnya RM60 adalah wajar dan adil.

Ketirisan diesel: KPDN perkukuh kerjasama dengan Polis Sarawak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkukuh kerjasama dengan Polis Sarawak dalam usaha membanteras ketirisan minyak diesel bersubsidi di negeri itu.

Op Tiris: KPDN kesan 21 kes ketirisan diesel, nilai rampasan RM283,375
KPDN mengesan 21 kes ketirisan diesel bersubsidi dengan nilai rampasan RM283,375 di seluruh negara dalam tempoh tujuh hari Ops Tiris dilancarkan sejak 1 Mac lalu.

Lima kementerian bermesyuarat teliti laporan isu ketirisan subsidi diesel
Salahuddin juga telah mengarahkan agar satu pasukan bertindak khas ditubuhkan serta-merta bagi menangani isu ketirisan subsidi diesel.

Akta Bidang Kuasa JPJ perlu dipinda bagi halang kenderaan asing diubah suai seludup diesel
Kerajaan memerlukan pindaan akta berkaitan bidang kuasa JPJ, bagi membolehkan tindakan undang-undang dikenakan terhadap kenderaan asing yang diubah suai, dalam usaha menangani isu ketirisan diesel.