GERIK: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesan 21 kes ketirisan diesel bersubsidi dengan nilai rampasan RM283,375 di seluruh negara dalam tempoh tujuh hari Op Tiris dilancarkan sejak 1 Mac lalu.
Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Aris Mamat berkata, rampasan itu membabitkan 93,740 liter bahan api yang diselamatkan daripada diselewengkan.
Menurutnya, dalam tempoh berkenaan, Sarawak mencatatkan kes tertinggi sebanyak lima kes, diikuti Negeri Sembilan dengan empat kes.
"Ketirisan bahan api ini berlaku di banyak peringkat sama ada di stesen-stesen minyak ataupun melalui pemborong, bukannya hanya setakat pembelian oleh warga asing di stesen minyak.
"Mereka ini menggunakan kenderaan pelbagai termasuk kereta biasa atau lori untuk mengisi minyak di beberapa stesen minyak sebelum dialihkan ke dalam tangki lain," katanya.
Beliau bercakap pada sidang media selepas melakukan pemeriksaan khas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Hulu, di sini, hari ini.
Menurut Aris, sejak Op Tiris dilancarkan, sebanyak 168 pemeriksaan telah dilaksanakan di seluruh negara melibatkan 178 pegawai penguat kuasa.
Katanya, operasi dan pemantauan akan terus dipertingkatkan di semua peringkat, terutamanya di kawasan sempadan negara, dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan diesel bersubsidi.
Jelasnya, tindakan akan diambil segera sama ada melalui risikan atau maklumat daripada pihak luar.
“Rondaan serta pemantauan memang selalu diadakan termasuk di kawasan sempadan negara di Perak, Kelantan dan Kedah," ujarnya.
KPDN melaksanakan Op Tiris bermula 1 Mac lalu sehingga 31 Ogos depan bagi menangani isu ketirisan diesel subsidi di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2023 lalu, telah membangkitkan isu kewujudan ketirisan dalam pelaksanaan subsidi diesel yang dianggarkan berjumlah hampir RM10 bilion tahun lalu.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Mar 09 2023

Aris ditemui media sewaktu pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Hulu, di Gerik, hari ini. - Foto Astro AWANI
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

Ketirisan diesel: KPDN perkukuh kerjasama dengan Polis Sarawak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkukuh kerjasama dengan Polis Sarawak dalam usaha membanteras ketirisan minyak diesel bersubsidi di negeri itu.

Op Tiris: KPDN kesan 21 kes ketirisan diesel, nilai rampasan RM283,375
KPDN mengesan 21 kes ketirisan diesel bersubsidi dengan nilai rampasan RM283,375 di seluruh negara dalam tempoh tujuh hari Ops Tiris dilancarkan sejak 1 Mac lalu.

Lima kementerian bermesyuarat teliti laporan isu ketirisan subsidi diesel
Salahuddin juga telah mengarahkan agar satu pasukan bertindak khas ditubuhkan serta-merta bagi menangani isu ketirisan subsidi diesel.

Akta Bidang Kuasa JPJ perlu dipinda bagi halang kenderaan asing diubah suai seludup diesel
Kerajaan memerlukan pindaan akta berkaitan bidang kuasa JPJ, bagi membolehkan tindakan undang-undang dikenakan terhadap kenderaan asing yang diubah suai, dalam usaha menangani isu ketirisan diesel.