KUALA LUMPUR: Pihak bank boleh mengenakan sekatan ke atas mana-mana pelanggan atau akaun bank yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan akaun atau aktiviti jenayah.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagaimanapun berkata, ia tertakluk kepada terma dan syarat yang dipersetujui semasa pembukaan akaun.
"Sekiranya transaksi-transaksi sesebuah akaun menimbulkan kecurigaan, pihak bank boleh mengenakan sekatan sementara ke atas akaun tersebut.
"Ia bagi membolehkan penilaian secara menyeluruh dilaksanakan, di samping memastikan wang daripada aktiviti penipuan ataupun aktiviti-aktiviti jenayah lain tidak dikeluarkan daripada akaun tersebut," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang ingin tahu adakah pihak bank berkuasa menutup akaun pengguna secara serta-merta hanya berdasarkan kepada fakta bahawa ada transaksi yang mencurigakan dalam akaun pelanggan, tanpa melakukan siasatan atau inkuiri terhadap pemegang akaun.
Abdul Azeez juga mahu tahu langkah-langkah yang sepatutnya dilakukan pihak bank sebelum memutuskan bahawa akaun-akaun tersebut wajar ditutup serta-merta.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, bank boleh menutup akaun pelanggan hanya selepas pelaksanaan penilaian menyeluruh dilakukan dan notis diberi dalam tempoh yang munasabah kepada pelanggan.
Menurutnya, penamatan hubungan antara bank dan pelanggan bukanlah keperluan di bawah undang-undang, sebaliknya ia adalah panggilan perniagaan oleh pihak perbankan atau institusi kewangan berdasarkan penilaian risiko dalaman mereka.
"Antara bentuk sekatan yang boleh dikenakan oleh pihak bank adalah seperti menyekat kemudahan perbankan internet, kad debit dan mesin juruwang automatik, selain penutupan akaun setelah pihak bank berpuas hati dengan hasil penilaian mereka.
"Setelah melaksanakan langkah-langkah tersebut dan menilai tahap risiko yang sewajarnya, pihak bank boleh, tertakluk kepada perintah sekatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, mengambil keputusan untuk meneruskan transaksi atau urusan perniagaan dengan pemegang akaun tersebut, atau berdasarkan faktor-faktor tertentu, memutuskan untuk tidak meneruskan transaksi atau menutup akaun pelanggan," katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Mar 03 2022
![Akaun bank boleh disekat jika disyaki terlibat salah guna akaun, aktiviti jenayah - Zafrul Akaun bank boleh disekat jika disyaki terlibat salah guna akaun, aktiviti jenayah - Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644972521_Zafrul.jpg)
Tengku Zafrul berkata, bank boleh menutup akaun pelanggan hanya selepas pelaksanaan penilaian menyeluruh dilakukan dan notis diberi dalam tempoh yang munasabah kepada pelanggan. --fotoBERNAMA
![Azlan Man terima cek lebih RM600,000 daripada syarikat pelancongan - Saksi Azlan Man terima cek lebih RM600,000 daripada syarikat pelancongan - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721298125_DatukSeriAzlanMan.jpg)
Azlan Man terima cek lebih RM600,000 daripada syarikat pelancongan - Saksi
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menerima tiga cek daripada sebuah syarikat pelancongan dari 2014 hingga 2016.
![Harimau Malaya kini ranking ke-134 dunia Harimau Malaya kini ranking ke-134 dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721297797_harimaumalayaFAM.jpg)
Harimau Malaya kini ranking ke-134 dunia
Skuad Harimau Malaya melonjak satu anak tangga untuk menduduki tempat ke-134 dunia berdasarkan ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.
![Hard Rock Cafe Ipoh sasar 70,000 pengunjung tahun ini Hard Rock Cafe Ipoh sasar 70,000 pengunjung tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721297499_TBHardRockCafe.jpg)
Hard Rock Cafe Ipoh sasar 70,000 pengunjung tahun ini
Hard Rock Cafe Ipoh menyasarkan menarik kira-kira 70,000 pengunjung ke kafe tersebut tahun ini.
Syarikat tempatan perlu kerjasama dengan lebih banyak pihak
Pendekatan itu perlu melibatkan kerjasama erat antara pihak kerajaan, industri, akademia dan masyarakat sivil dengan mengutamakan penjagaan alam sekitar.
Jualan kenderaan dijangka terus kukuh pada separuh kedua 2024
Keadaan itu disokong terutamanya oleh usaha penghantaran berterusan Perodua dalam menyelesaikan baki tempahan semasa sebanyak 100,000 unit selain pesanan baharu yang masih stabil.
MITI lulus 2,700 projek pembuatan, hanya dua peratus dibatalkan
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, lebih 80 peratus daripada projek itu sudah bermula dan telah dilaksanakan.
Ranking Daya Saing: MOF, MITI tubuh jawatankuasa, baiki ranking negara
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan beliau dan Menteri Kewangan dua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
![Muhammad Salman wakili Malaysia ke Adobe World Championship 2024 di California Muhammad Salman wakili Malaysia ke Adobe World Championship 2024 di California](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721291836_TBACP.jpg)
Muhammad Salman wakili Malaysia ke Adobe World Championship 2024 di California
Muhammad Salman Jun Azmi, dipilih mewakili Malaysia ke Adobe World Championship 2024 di California, Amerika Syarikat.
Perjalanan reformasi struktur di Malaysia masih jauh - Pakar
Tindakan kerajaan menyelaraskan semula subsidi diesel diumpamakan sebagai langkah awal menuju perubahan dan pembaharuan yang menyeluruh. Namun, menurut penganalisis ekonomi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid, perjalanan ke arah reformasi struktur yang lengkap adalah masih jauh, dan pembaharuan perlu terus dilaksanakan untuk memastikan ekonomi negara lebih kukuh dan berdaya saing pada masa akan datang.
Pengurangan 10 peratus subsidi RON95 kecilkan defisit fiskal sebanyak 0.2 peratus
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) menganggarkan pengurangan 10 peratus subsidi bahan api RON95 boleh mengurangkan defisit fiskal sebanyak kira-kira 0.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
![Dewan Rakyat lulus RUU Akta Penagih Dadah, iktiraf peranan pegawai pemulihan Dewan Rakyat lulus RUU Akta Penagih Dadah, iktiraf peranan pegawai pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721293234_SaifuddinNasutionI.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Akta Penagih Dadah, iktiraf peranan pegawai pemulihan
Kelulusan RUU tersebut mampu memartabatkan peranan pegawai pemulihan AADK tanpa mengenepikan tanggungjawab pegawai perubatan.
![IPCC terima 348 aduan - Saifuddin Nasution IPCC terima 348 aduan - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712218602_SaifuddinNasutionI.jpg)
IPCC terima 348 aduan - Saifuddin Nasution
Sebanyak 348 aduan diterima Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) sejak berkuat kuasa 1 Julai 2023.
!['Dekriminalisasi' penggunaan dadah: KDN laksana libat urus intensif berkaitan pindaan akta 'Dekriminalisasi' penggunaan dadah: KDN laksana libat urus intensif berkaitan pindaan akta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721286203_SaifuddinNasution.jpg)
'Dekriminalisasi' penggunaan dadah: KDN laksana libat urus intensif berkaitan pindaan akta
Saifuddin Nasution berkata kementerian telah mengendalikan 13 sesi libat urus pada tahun ini, 22 libat urus (2023), 11 libat urus (2022), tujuh libat urus (2021) dan empat sesi libat urus (2020).
![Pempengaruh maut: Kerajaan teliti gubal undang-undang buli siber baharu- Fahmi Pempengaruh maut: Kerajaan teliti gubal undang-undang buli siber baharu- Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721285032_FahmiFadzil.jpg)
Pempengaruh maut: Kerajaan teliti gubal undang-undang buli siber baharu- Fahmi
Kerajaan akan meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang baharu bagi menangani insiden buli siber, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
![Lebih 1.3 juta murid akses DELIMa setakat 10 Julai lepas - KPM Lebih 1.3 juta murid akses DELIMa setakat 10 Julai lepas - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712126565_WongKahWohjpg.jpg)
Lebih 1.3 juta murid akses DELIMa setakat 10 Julai lepas - KPM
Lebih 1.3 juta murid telah mengakses pelantar digital DELIMa bagi pembelajaran dalam talian secara aktif, setakat 10 Julai lepas.
![Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721295054_WanAhmadFayhsal.jpg)
Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat
Seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 63 tidak bersetuju dengan usul berkenaan.
![Jawatankuasa kaji bahan cemar baharu akan diwujudkan - Fadillah Jawatankuasa kaji bahan cemar baharu akan diwujudkan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710161592_TBFADILLAHYUSOFTITAH.jpg)
Jawatankuasa kaji bahan cemar baharu akan diwujudkan - Fadillah
Satu jawatankuasa akan diwujudkan bagi mengkaji secara menyeluruh mengenai bahan cemar baharu termasuk mikroplastik yang berisiko.
![SST beri kesan fiskal lebih cepat, GST tak akan dilaksanakan lagi - MoF SST beri kesan fiskal lebih cepat, GST tak akan dilaksanakan lagi - MoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721220717_LimHuiYing.jpg)
SST beri kesan fiskal lebih cepat, GST tak akan dilaksanakan lagi - MoF
Kerajaan masih belum berhasrat untuk melaksanakan semula GST dan ia akan dipertimbangkan apabila terdapat persekitaran ekonomi yang bersesuaian.
![Buli siber: TikTok tambah moderator, kawal kandungan dan 'live' pelbagai bahasa Buli siber: TikTok tambah moderator, kawal kandungan dan 'live' pelbagai bahasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719640936_TikTok.jpg)
Buli siber: TikTok tambah moderator, kawal kandungan dan 'live' pelbagai bahasa
Kebanyakan sesi siaran langsung di TikTok didapati dibuat pada waktu tengah malam atau awal pagi yang memerlukan perubahan dalam mod pemantauan.
![Prevalen bantut, obesiti kanak-kanak dan dewasa meningkat - KKM Prevalen bantut, obesiti kanak-kanak dan dewasa meningkat - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61597409479_Obese.jpg)
Prevalen bantut, obesiti kanak-kanak dan dewasa meningkat - KKM
Pevalen obesiti dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun juga telah meningkat daripada empat peratus pada 2015, 5.6 peratus pada 2019 dan 6.0 peratus pada 2022.