GEORGE TOWN : Semua pihak digesa bekerjasama untuk membanteras ajaran sesat di negara ini daripada terus disebarkan secara berleluasa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Gesaan itu dibuat Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berikutan Ajaran The Ahmadi, Religion of Light and Peace cuba ditularkan kembali menerusi media sosial di negara ini.
Wan Salim berkata, ajaran itu cuba disebarkan semula walaupun telah lama difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri.
"Semua pihak perlu bekerjasama untuk membanteras ajaran sesat ini agar ia tidak disebarkan semula setelah ia diharamkan.
"Saya mengharapkan kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan terutamanya polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar turut serta memainkan peranan bagi memastikan ajaran ini tidak tersebar dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar mengesahkan Ajaran The Ahmadi, Religion of Light and Peace adalah bertentangan dengan syariat Islam.
Mohd Na'im berkata, pihaknya akan memastikan semua kandungan di media sosial mengenai ajaran itu diturunkan seberapa segera bagi mengelakkan masyarakat daripada terpengaruh.
Tambah Wan Salim, di Pulau Pinang, ajaran Qadiani atau Ahmadiah diputuskan sebagai sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri, bilangan 2/2017 dan telah diwartakan.
"Susulan itu, masyarakat Islam di negeri ini dilarang mengamalkan ajaran berkenaan. Larangan juga membabitkan segala usaha untuk mengedar, membeli, memiliki atau menyampaikan ceramah tentang sebarang publisiti dan siaran yang menonjolkan kefahaman tersebut.
"Selaku Mufti Pulau Pinang, saya menyokong arahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) agar semua jabatan dan agensi Islam termasuk Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) sendiri, Majlis Agama Islam Negeri supaya bergabung tenaga untuk membanteras ajaran sesat ini dan ajaran-ajaran lain sepertinya," ujar beliau lagi.
Menurutnya, terdapat beberapa kesalahan dan dakwaan palsu di dalam video yang tular oleh ajaran tersebut, antaranya Imam Mahdi akan mengubah syariat termasuk ibadat solat.
"Ia ternyata tidak benar kerana menurut kepercayaan ahli Sunnah Wal Jama’ah, berdasarkan hadis-hadis mutawatir, Imam Mahdi tidak akan membawa sebarang ajaran baru yang bercanggah dengan syariat yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW.
"Begitu juga dakwaan bahawa Kaabah yang asal bukan terletak di Makkah tetapi di Petra, Jordan adalah bercanggah dengan fakta sejarah malah dengan sirah atau biografi Nabi Muhammad sendiri yang dirakam dengan rapi dan teliti oleh ahli-ahli sejarah seperti Abu Ishak, At-Tabari, Ibnu Kathir dan ramai lagi," tambah Wan Salim.
Beliau turut berharap agar kesucian agama Islam di negara ini sentiasa terpelihara daripada dicemari oleh segala ajaran sesat dan fahaman yang terpesong.
Ajaran The Ahmadi, Religion of Light and Peace telah menamakan seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia yang diberikan taraf bishop sebagai ketua dan bertanggungjawab menyebarkan dakyah serta menguruskan pengikut mereka di negara ini.
Agama itu juga mempunyai pengikut dan bishop yang dilantik di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat, Afghanistan, Thailand, United Kingdom dan Turkiye.
Menggunakan platform media sosial, gerakan itu cuba menyebarkan dakyah mereka menerusi video pendek yang antaranya jelas mempertikaikan Islam dan ulama.
Berdasarkan laman sesawang mereka, agama berkenaan diasaskan individu bernama Ahmad Ismail atau dikenali oleh pengikutnya sebagai Imam Ahmad Al-Hassan berasal dari Basra, Iraq. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 12 2024

Menurut Wan Salim, Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula walaupun telah lama difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri. - Gambar fail

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Melaka kesan cubaan sebar ajaran 'The Ahmadi'
Kerajaan negeri menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang berlangsung pada 3 Oktober tahun lalu juga telah fatwa ajaran itu sebagai sesat dan menunggu untuk diwartakan tidak lama lagi.

Tuanku Muhriz mahu tindakan tegas terhadap pihak menyimpang daripada Islam
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mahu supaya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Tiga lelaki, lima wanita didakwa berkaitan ajaran "Tuhan Harun"
Lapan individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini atas pertuduhan berkaitan ajaran sesat "Tuhan Harun".

Lapan orang termasuk pesara kerajaan aktif ajaran sesat Millah Abraham ditahan
Ada dalam kalangan yang ditahan mengaku sudah beberapa tahun tidak menunaikan solat fardu lima waktu sehari dan solat Jumaat.

Johor negeri terbaharu fatwakan GISB sesat, menyeleweng
Johor menjadi negeri terbaharu memfatwakan ajaran, pegangan dan fahaman GISB sebagai sesat selaras ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan.

Tiada keperluan mendesak fatwakan GISB sesat di Terengganu - Mufti
Mohamad Sabri berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terlebih dahulu mengenai isu tersebut.

Pesara bomba dipenjara enam bulan, denda RM4,500 ajar anak ajaran salah
Dia didakwa mengajar bahawa Abdullah Hashim adalah Imam Mahdi ketiga dan menyatakan al-Quran ditokok tambah oleh Saidina Umar, serta mengizinkan perkahwinan adik-beradik secara biologi.

JHEAINS tahan tiga beranak disyaki pengikut ajaran Ahmadi Religion
Suspek ialah sepasang suami isteri masing-masing berusia lingkungan 50 hingga 60 tahun dan anak perempuan mereka yang berumur lewat 20-an.

Lapan ajaran sesat dipantau, 12 dalam risikan - Zulkifli Hasan
Jakim akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh akidah dan pegangan umat Islam, termasuk ahli-ahli GISB.

Status fahaman GISB Wilayah Persekutuan dimuktamad Khamis ini - Mufti
Beliau berkata perkara itu akan dibincang dan dimuktamadkan dalam mesyuarat fatwa Wilayah Persekutuan.