Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Malaysia menyasarkan untuk menaik taraf pautan WiFi dalam semua 98 pesawatnya tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Riad Asmat berkata, semua pesawat itu akan dilengkapi dengan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi Inmarsat, Ka-band dikenali sebagai GX Aviation yang menawarkan pengalaman hiburan dan pautan lebih baik mengatasi jalur lebar asas, menyokong video masa nyata dan penstriman muzik.
"Ketika ini, 49 pesawat dilengkapi dengan L-band menawarkan banyak perkhidmatan kepada pesanan dan pelayaran ringan, manakala enam lagi pesawat dilengkapi dengan Ka-band sejak awal bulan ini," katanya pada acara Pengalaman Wifi Dalam Pesawat bersama Media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini, hari ini.
Beliau berkata para penumpang boleh menikmati pautan WiFi dari 10 megabait (MB) hingga 200MB dengan harga bermula pada RM9 hingga RM58.
Penumpang juga akan menerima percuma 10MB dalam tempoh percubaan perkhidmatan baharu itu mulai hari ini hingga 30 September 2019.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ROKKI Sdn Bhd, Sargunan Seenivasan berkata, ROKKI, sebagai penyedia hiburan dalam pesawat, menyasarkan 40 peratus daripada purata150 penumpang akan menggunakan perkhidmatan WiFi tersebut.
Katanya, kira-kira 20 peratus penumpang menggunakan perkhidmatan WiFi sejak diperkenalkan pada Jun, 2017.
"Sekarang kita melihat trend meningkat dalam kalangan belia dan ahli perniagaan dengan kira-kira 25 peratus daripada mereka menggunakan perkhidmatan ini. Kami berharap lebih banyak pengguna apabila perkhidmatan itu ditingkatkan dengan GX-Aviation yang dikuasakan oleh ROKKI," katanya.
Sargunan berkata, perkhidmatan WiFi AirAsia juga menawarkan hiburan, muzik, permainan, berita dan pengalaman membeli-belah percuma kepada para penumpang.
Sebagai penyedia komunikasi satelit mudah alih global, Inmarsat telah mereka bentuk GX Aviation yang membawa langkah berani dan inovasi kepada syarikat penerbangan dengan mewujudkan pengalaman digital baharu dalam kalangan penumpang, katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 20 2019
AirAsia Malaysia menyasarkan untuk menaik taraf pautan WiFi dalam semua 98 pesawatnya tahun depan, kata Riad Asmat. - Gambar fail
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.
AirAsia perluas operasi ke Lapangan Terbang Subang, terbang ke Borneo mulai 30 Ogos
AirAsia memperluas operasinya di Malaysia ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dengan dua destinasi domestik iaitu Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah bermula 30 Ogos, 2024.
Rusuhan Bangladesh: 123 rakyat Malaysia dijangka tiba jam 5.10 petang - Wisma Putra
Kesemua penumpang menaiki pesawat itu pada jam 11.23 pagi waktu tempatan dan kini dalam perjalanan untuk pulang ke tanah air.