KOTA BELUD: Sebanyak 66 buah rumah yang dibina di atas penempatan air terjejas manakala tiga lagi hampir roboh sewaktu fenomena air pasang besar yang berlaku semalam di Kampung Buah Pandai, Kota Belud pada Selasa.
Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 12 tengah malam itu, seramai 150 orang mangsa telah mengosongkan kediaman lebih awal dan berpindah ke jalan raya bagi menyelamatkan diri sebelum ketibaan pasukan penyelamat.
Menurut Komander Operasi Menyelamat, Muhammad Syazwan Latun, pasukan penyelamat sewaktu operasi bertindak mengarahkan pihak Sabah Electricity (SESB) memutuskan bekalan elektrik sewaktu kejadian bagi mengelakkan sebarang insiden renjatan dan kebakaran terhadap rumah-rumah yang terjejas.
"Kita dalam pengoperasian sepanjang awal tadi bekerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk daripada PDRM, daripada ATM dan juga daripada APM.
"Untuk keselamatan rumah-rumah yang didiami ini dari segi keselamatan elektrik pula, pihak SESB telah membuat pemotongan secara keseluruhan di kampung ini bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian renjatan dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu menjalankan operasi menyelamat mangsa di Kampung Buah Pandai, Kota Belud pada Selasa.
Tambahnya lagi, sebahagian mangsa yang diarahkan mengosongkan kediaman telah ditempatkan di Masjid Kampung Buah Pandai, sementara yang lain dipindahkan ke rumah keluarga masing-masing yang berada di darat.
"Daripada keseluruhan rumah yang terjejas ini, yang keluar daripada rumah masing-masing, mereka ini telah berpindah ke rumah saudara-mara yang terdekat di kampung ini.
"Ada juga yang berpindah keluar daripada kampung ini, namun hanya sebahagian kecil. Ada beberapa daripada mereka ini yang berpindah ke Masjid Kampung Buah Pandai inilah," katanya.
Operasi menyelamat yang dijalankan pada malam semalam secara keseluruhan turut melibatkan kekuatan anggota seramai 20 orang termasuk daripada PDRM, Angkatan Pertahanan Awam, dan Angkatan Tentera Malaysia.
Tiada kemalangan jiwa berlaku sewaktu kejadian dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3 pagi.
Astro Awani
Tue Dec 27 2022
Menurut Muhammad Syazwan Latun, sebahagian mangsa yang diarahkan mengosongkan kediaman telah ditempatkan di Masjid Kampung Buah Pandai, sementara yang lain dipindahkan ke rumah keluarga masing-masing. - Astro AWANI
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Nelayan melecur dalam kejadian bot terbakar meninggal dunia
Seorang nelayan yang melecur teruk dalam kejadian bot terbakar di pelantar ikan Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis pada Khamis lalu meninggal dunia pada Isnin.
Jauhi pantai, elak aktiviti laut di Pulau Pinang ketika fenomena air pasang besar - Chow
Kon Yeow berkata walaupun keadaan masih terkawal, namun pihaknya tidak dapat menjangkakan situasi dalam tempoh dua hari lagi.
Fenomena air pasang besar: Bandar Baharu sekali lagi dilanda banjir
Faktor kejadian banjir adalah disebabkan air limpahan dari Sungai Kerian terus yang tidak dapat turun ke laut terus memasuki rumah penduduk.
Penduduk Kuala Perlis berpesta sambut fenomena air pasang besar
Lebih 2,000 penduduk di Kuala Perlis seperti berada di dalam taman tema air mengambil kesempatan berpesta.
Air pasang besar: 30 rumah di Tanjong Karang terjejas
Kira-kira 30 rumah di Kampung Haji Razali, Tanjong Karang di Kuala Selangor terjejas berikutan limpahan air Sungai Tengi, susulan fenomena air laut pasang besar pagi tadi.
Air pasang besar: 20 mangsa banjir berpindah ke PPS
Kesemua mangsa termasuk dua warga emas dan seorang kanak-kanak ditempatkan di PPS Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) Kuala Perlis.
Kawasan pesisir pantai Sabak Bernam dilimpahi air pasang besar
Beberapa kawasan pesisir pantai, halaman rumah penduduk dan jalan di daerah Sabak Bernam dilimpahi air laut berikutan fenomena air pasang besar pada pagi Khamis.
Air pasang besar: 114 kawasan di Kedah berisiko banjir
'Hotspot' terbanyak iaitu di Baling yang mempunyai sebanyak 46 kawasan diikuti 14 di Langkawi, 12 di Bandar Baharu dan 10 di Kuala Muda.
Air pasang besar: Kampung Besar dilanda banjir kilat
Kejadian banjir adalah disebabkan air pasang besar di sungai utama iaitu Sungai Kerian yang berhampiran kawasan penduduk berkenaan.
Air pasang besar: MBSA minta orang ramai lebih berhati-hati, siap sedia
Dijangka paras air di Stesen Pelabuhan Klang akan melebihi para 5.5 meter hingga 5.8 meter dalam tempoh empat hari tersebut.