PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan hari ini gagal memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, dalam keputusan sebulat suara menolak permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding itu.
Hisham, 40, anak ahli perniagaan terkemuka Tan Sri Halim Mohammad, ingin merujuk Mohd Na'im bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung kandungan mesej aplikasi WhatsApp yang didakwa menjejaskan pentadbiran keadilan.
Tengku Maimun yang bersidang bersama-sama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Vernon Ong Lam Kiat menolak permohonan itu tanpa kos.
"Dalam konteks mesej WhatsApp yang dihantar oleh Mohd Na'im pada 2020 kepada beberapa Hakim Mahkamah Syariah negeri, Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan konotasi yang diberikan, dan tidak menganggap bahawa ia terjumlah dalam kategori yang sama dengan perbuatan menghina mahkamah seperti dalam kes membabitkan Malaysiakini dan Leap Modulation Sdn Bhd," katanya.
Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar dan Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir mewakili Hisham, Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan dan Ahmad Hanir Hambaly hadir bagi pihak Mohd Na'im yang ketika itu Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
Pada 25 Ogos 2020, Hisham melalui peguam sivilnya berjaya memperoleh kebenaran untuk menangguhkan semua prosiding Mahkamah Syariah yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, dalam kes penceraian dan hak penjagaannya.
Hisham mendakwa susulan itu, pada 16 Dis 2020 Mohd Na'im telah menghantar WhatsApp kepada beberapa hakim Mahkamah Syariah negeri.
Beliau mendakwa penerbitan mesej itu telah menskandalkan badan kehakiman Malaysia secara keseluruhan apabila menyifatkan perintah mahkamah lain sebagai percubaan untuk "membunuh" Mahkamah Syariah dan mencadangkan bahawa sebarang keputusan serupa akan mengganggu Mahkamah Syariah sekali gus menyebabkan skandal serta menyerang seluruh badan kehakiman.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, dalam keputusan sebulat suara menolak permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding itu. - Gambar fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Ahli perniagaan dilepas, dibebaskan dua pertuduhan rasuah
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan seorang ahli perniagaan daripada dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah, lima tahun lepas.

Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.

Nenek empat cucu didakwa subahat culik ahli perniagaan minta tebusan RM20 juta
Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas tuduhan bersubahat melakukan penculikan bertujuan menuntut wang tebusan RM20 juta pada 13 Oktober lalu.

Tiga lelaki didakwa culik, tuntut wang tebusan RM20 juta
Seorang ahli perniagaan dan dua lelaki warganegara Vietnam didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin atas tuduhan menculik dan menuntut wang tebusan berjumlah RM20 juta, bulan lalu.

Culik ahli perniagaan: Siasatan masih berjalan, tiada tangkapan baharu
Tiada tangkapan baharu dilakukan berkaitan kes culik seorang ahli perniagaan di sini pada 13 Okt lepas, kata Ketua Polis Johor Datuk M Kumar.

GISB: Mahkamah tetap 25 Nov sebutan kes ugutan jenayah ahli perniagaan
Mahkamah Majistret menetapkan 25 Nov untuk sebutan kes ugutan jenayah, melibatkan seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan GISB.

Ahli perniagaan di sebalik pengedaran dadah di Kelantan
Ahli perniagaan didakwa menjadi individu 'belakang tabir' kepada sindiket pengedaran dadah di negeri Kelantan yang menyalurkan kewangan.

Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun
Seorang bekas juruteknik komputer sambilan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan pemenjaraan 38 tahun.

Edar ganja: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang ahli perniagaan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun kerana mengedar 9.528 kilogram (kg) ganja.

Ahli perniagaan rugi hampir RM200,000 terperdaya pembelian motosikal di Facebook
Lelaki berusia 49 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang individu tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp untuk tujuan tersebut.