KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan cedera ringan selepas dilarikan sekumpulan lelaki di Jalan Pandan, Ampang di sini semalam, dipercayai akibat masalah hutang.
Lelaki berusia 38 tahun dilepaskan di Klang, beberapa jam selepas kejadian dan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada pukul 10.45 malam untuk membuat laporan.
Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, ahli perniagaan itu dilapor ditarik sekumpulan lelaki menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire putih ketika sedang berjalan bersendirian selepas makan di sebuah restoran di kawasan itu.
"Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 5.03 petang. Mangsa memberitahu dia telah dilepaskan oleh suspek di Klang," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, ahli perniagaan itu mengalami beberapa kecederaan luka di bahagian kaki dan muka dan telah mendapat rawatan di Hospital Ampang.
Mohamad Farouk berkata, siasatan masih dijalankan dan polis kini memburu kumpulan lelaki terbabit.
Kejadian melibatkan Toyota Vellfire putih itu tular di laman sosial WhatsApp dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik atau melarikan mana-mana orang dengan niat hendak menyebabkan orang itu dikurung dengan sulit dan dengan salah.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2022

Seorang ahli perniagaan cedera ringan selepas dilarikan sekumpulan lelaki menaiki kenderaan MPV Toyota Vellfire putih di Jalan Pandan, Ampang, Kuala Lumpur semalam, dipercayai akibat masalah hutang. - Sumber foto Sinar Harian

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbincangan PKR Pusat, Sarawak menjurus kepada usaha perkukuh kerajaan
Hasrat PKR Sarawak untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 (PRN13) masih dalam perbincangan, kata Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek.
10 Berita Pilihan - (13 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Constantine Tassoulas angkat sumpah sebagai presiden baharu Greece
Constantine Tassoulas mengangkat sumpah sebagai Presiden Greece pada Khamis, memulakan tempoh perkhidmatan lima tahunnya selepas memenangi pilihan raya pada 12 Februari lepas, lapor Xinhua.

Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa curi wang
Ijat hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia tidak melihat sendiri mangsa mencuri wang miliknya serta tertuduh keempat.

Penentuan bayaran perundingan GP swasta pada peringkat akhir - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) kini dalam peringkat akhir perbincangan bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi penentuan bayaran perundingan pegawai perubatan am (GP) swasta.

Warga emas hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi ditemukan maut
Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik sebuah hotel di sini hari ini, selepas dilaporkan hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi pada Selasa lepas.

LHDN, MyDigital ID perkukuh kerjasama ke arah kelestarian pendigitalan negara
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan MyDigital ID Sdn Bhd memperkukuh kerjasama dalam pembangunan serta memperluas penggunaan identiti digital di Malaysia.
Tumpuan Jumaat – 14 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Ahli perniagaan dilarikan dalam Vellfire putih dipercayai kerana hutang
Ahli perniagaan itu ditarik sekumpulan lelaki menaiki MPV Toyota Vellfire putih ketika sedang berjalan bersendirian.