KUALA LUMPUR: Isnin ini, Ahli-ahli Parlimen akan kembali ke bangunan Parlimen bagi menghadiri sidang khas Dewan Rakyat selepas persidangan ditangguhkan sejak awal tahun ekoran pandemik COVID-19 yang kini hampir mencecah 1 juta kes.
Buat pertama kali untuk tahun ini Ahli Parlimen akan berkumpul di bawah satu bumbung bagi mendengar penerangan, mengajukan soalan dan membahaskan beberapa perkara berkaitan Proklamasi Darurat dan langkah-langkah kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19.
Persidangan lima hari mulai 26 Julai itu dilaksanakan secara bersemuka dengan kehadiran semua Ahli Parlimen di dalam dewan, tetapi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dua lapis selain menjalani ujian saringan COVID-19 adalah antara perkara yang wajib dipatuhi oleh Ahli Dewan Rakyat, petugas Parlimen dan media.
Persidangan Parlimen belum diadakan tahun ini berikutan perisytiharan darurat untuk seluruh negara pada 12 Jan dan berkuat kuasa hingga 1 Ogos dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.
Bagaimanapun pada Jun, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan pelaksanaan Ordinan Darurat 2021 dibahas Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Pada 5 Julai, kerajaan bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya persidangan khas Dewan Rakyat bagi penggal ketiga diadakan selama lima hari pada 26, 27, 28 dan 29 Julai serta 2 Ogos manakala persidangan Dewan Negara ditetapkan pada 3 hingga 5 Ogos.
Persidangan khas Parlimen adalah mesyuarat yang diadakan semasa Majlis dalam tangguhan dan mengikut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Peraturan 11 (3) urusan-urusan mesyuarat itu hendaklah ditetapkan oleh Perdana Menteri dan pemberitahuan berkenaan urusan itu hendaklah dihantar kepada ahli-ahli tidak lewat daripada masa hendak diadakan mesyuarat itu.
Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 itu juga berbeza dengan mesyuarat penggal biasa antaranya tanpa istiadat pembukaan oleh Yang di-Pertuan Agong, perbahasan rang undang-undang dan sesi soal jawab lisan.
Sebaliknya, urusan-urusan mesyuarat khas itu adalah bagi membentangkan Proklamasi Darurat serta Ordinan-ordinan Darurat yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat itu mengikut Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Turut dijadualkan adalah pembentangan Proklamasi Darurat (mengenai Pilihan Raya Parlimen Gerik, Perak, Pilihan Raya Negeri Bugaya, Sabah) serta penerangan daripada menteri-menteri berhubung Pelan Pemulihan Negara, program vaksinasi, pelaksanaan darurat dan pakej-pakej bantuan ekonomi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilapor berkata Ahli-ahli Parlimen boleh meminta penjelasan dan memberikan pandangan mereka pada persidangan khas itu dan tidak timbul isu penerangan oleh sebelah pihak sahaja.
Sidang khas Parlimen sebelum ini pernah diadakan antaranya berkenaan isu Gaza pada 12 Jan 2009, isu MH17 pada 23 Julai 2014 dan Isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada 26 dan 27 Jan 2016.
Persidangan khas kali ini turut menarik perhatian apabila Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan berada di kerusi 'nombor dua' selepas dilantik Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai.
Pada sidang khas ini juga empat Ahli Parlimen Bebas sebelum ini termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir sebagai ahli Pejuang selepas parti itu didaftar secara rasmi pada 8 Julai.
Bagi media pula, walaupun kehadiran secara fizikal di bangunan Parlimen adalah terhad disebabkan kekangan wabak COVID-19, Parlimen akan memperkenal dan menyediakan kemudahan platform sidang media secara hibrid dan sesi temu bual interaktif secara ekslusif dengan Ahli-ahli Dewan Rakyat melalui aplikasi Zoom.
Dalam pada itu, Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 dijadual bermula pada 6 hingga 30 Sept selama 15 hari dengan istiadat pembukaan akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong manakala Mesyuarat Kedua dijadual selama 32 hari bermula 25 Okt hingga 16 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 24 2021
![Ahli Parlimen kembali bersidang Isnin ini Ahli Parlimen kembali bersidang Isnin ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623985316_TBParlimen.jpg)
Persidangan Parlimen belum diadakan tahun ini berikutan perisytiharan darurat untuk seluruh negara pada 12 Jan dan berkuat kuasa hingga 1 Ogos dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19. - Gambar fail
![Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720360689_TBAdamAdli.jpg)
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
![RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720355959_RUUMufti.jpg)
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
![PRU UK: Lebih ramai MP wanita di Dewan Rakyat PRU UK: Lebih ramai MP wanita di Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666308797_HousesofParliament.jpg)
PRU UK: Lebih ramai MP wanita di Dewan Rakyat
Jumlah Ahli Parlimen (MP) wanita yang akan duduk di Dewan Rakyat mencatatkan rekod baharu susulan keputusan pilihan raya umum (PRU) United Kingdom (UK).
![Kerajaan tiada halangan bawa LKAN kepada SPRM Kerajaan tiada halangan bawa LKAN kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720176227_TBFahmiFadzilsida.jpg)
Kerajaan tiada halangan bawa LKAN kepada SPRM
Jabatan Audit Negara bebas membawa kelemahan tatakelola yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LAN) 2/2024 untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
![LKAN 2/2024: Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola - Fahmi LKAN 2/2024: Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718875254_tbFahmiFadzil.jpg)
LKAN 2/2024: Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola - Fahmi
Keputusan untuk membenarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 dibahaskan di Dewan Rakyat adalah bukti kerajaan terbuka menerima kritikan membina bagi menambah baik tatakelola negara.
![LKAN: 337 sekolah masih guna teknologi broadband 4G LKAN: 337 sekolah masih guna teknologi broadband 4G](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720079587_EthernetCable.jpg)
LKAN: 337 sekolah masih guna teknologi broadband 4G
Sebanyak 337 sekolah masih menggunakan teknologi broadband (4G) atau satelit dengan limitasi capaian kelajuan sehingga 30 Mbps.
![LKAN dedah kelemahan projek kerajaan: RoL, jalur lebar, ECER antara isu signifikan LKAN dedah kelemahan projek kerajaan: RoL, jalur lebar, ECER antara isu signifikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676534868_TBlaporanketuaaudit.jpg)
LKAN dedah kelemahan projek kerajaan: RoL, jalur lebar, ECER antara isu signifikan
Ketua Audit Negara mengemukakan 64 syor audit untuk dilaksanakan oleh kementerian, jabatan, agensi, serta syarikat kerajaan yang diaudit.
![Status penggubalan perundangan akaun keldai tumpuan Dewan Rakyat hari ini Status penggubalan perundangan akaun keldai tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61606702087_parlimentmalaysia.jpg)
Status penggubalan perundangan akaun keldai tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perkara itu akan dibangkitkan oleh RSN Rayer (PH-Jelutong) kepada Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
![Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711517619_TBSHAMSUL.jpg)
Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai
Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan bagi mengawal selia profesion itu antara yang dicadang dalam Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024.
![Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719478739_GobindSinghDeo.jpg)
Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind
Kerajaan akan mengedarkan Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan (AI) Negara kepada masyarakat umum dalam masa terdekat.
![Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719992977_MKulasegaran.jpg)
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024 yang bertujuan meluaskan kuasa Ketua Audit Negara bagi memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain.
![Liputan 5G di kawasan berpenduduk kini 81.7 peratus - Teo Liputan 5G di kawasan berpenduduk kini 81.7 peratus - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719917992_TBTeoNieChing.jpg)
Liputan 5G di kawasan berpenduduk kini 81.7 peratus - Teo
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai tahap 81.7 peratus, dengan siapnya 7,114 tapak 5G di seluruh negara setakat ini.