KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Ferdinand Romualdez Marcos Jr atas pelantikan beliau sebagai Presiden Filipina ke-17.
Menurut catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka turut menzahirkan harapan agar Malaysia dan Filipina dapat terus bekerja rapat bagi membawa kemajuan dan kemakmuran kepada kedua-dua negara dan rakyatnya.
"Dalam merakamkan ucapan tahniah, Seri Paduka juga telah berkenan mengutus warkah ucapan tahniah peribadi kepada Ferdinand Romualdez Marcos Jr kelmarin.
"Malaysia dan Filipina telah menjalin hubungan rapat dan persaudaraan sejak 1959 dan sebagai negara jiran yang tidak dapat dipisahkan, kedua-dua negara turut berkongsi sejarah dan budaya yang sama," menurut hantaran itu.
Marcos Jr, 64, mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-17 republik itu di Muzium Negara, Manila selepas memenangi pilihan raya pada Mei lepas, dengan memperoleh kemenangan terbesar sejak 1986.
Anak kepada Ferdinand Marcos itu menggantikan Rodrigo Duterte.
Untuk rekod, Filipina merupakan rakan dagang ke-15 terbesar Malaysia dengan jumlah dagangan bernilai RM32.53 bilion (US$$7.84 bilion) pada 2021, peningkatan 24.6 peratus berbanding nilai yang direkodkan pada 2020. - BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Ferdinand Romualdez Marcos Jr atas pelantikan beliau sebagai Presiden Filipina ke-17. - Gambar Facebook Istana Negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lawatan Marcos ke Malaysia, lebih 8,000 pekerjaan akan diwujudkan menerusi lima LOI
LOI bersama syarikat tenusu Malaysia, Farm Fresh Bhd, dijangka menyumbang AS$20 juta tambahan untuk projek ternakan lembu tenusu.
Presiden Marcos berlepas ke Johor sebagai sebahagian lawatan negara
Marcos dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene.
Sultan Johor terima Darjah Kebesaran Sikatuna daripada Presiden Filipina
Darjah berkenaan diberikan sempena lawatan baginda di atas jemputan peribadi presiden tersebut.
Duterte mahu hantar sampah kembali ke Kanada
Manila telah failkan beberapa protes diplomatik dengan Kanada berhubung bertan-tan sisa buangan yang dihantar ke Filipina antara 2013 dan 2014.
Hakim Filipina tolak usaha Duterte mahu tangkap pengkritiknya
Perkembangan itu disifatkan oleh pihak pembangkang sebagai satu peringatan kepada seorang pemimpin negara selain suatu kemenangan bagi undang-undang.
Negara ini lebih baik ditadbir oleh seorang diktator seperti Marcos!
Sanjungan Duterte kepada Marcos juga dilihat sebagai kontroversi, memandangkan ramai rakyat negara itu masih terkesan dengan pentadbiran mendiang.
Filipina tidak akan mampu melawan China - Presiden Duterte
Duterte berdepan kritikan kerana dikatakan hanya berdiam diri meskipun China meningkatkan aktiviti ketenteraan di Laut China Selatan.
Duterte beri amaran mahu laksana undang-undang pemerintahan tentera
Duterte berkata demikian sebagai sebahagian daripada kempen kontroversi untuk membanteras penyalahgunaan dadah dalam masyarakat.
Rodrigo Duterte menang Pilihan Raya Presiden Filipina
Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan, dua pesaingnya mengaku kalah, membuka peluang kepada Datuk Bandar Davao itu menggantikan Benigno Aquino III bagi memimpin Filipina untuk penggal seterusnya.