Presiden Filipina Rodrigo Duterte berkata masalah rasuah dan dadah sudah membarah di Filipina, dan jika dirinya tiada, negara itu patut ditadbir oleh pemimpin diktator seperti mendiang Ferdinand Marcos.
Duterte berkata demikian dalam ucapannya pada Khamis, lapor Reuters.
Menurut Duterte, beliau mahu mengundurkan diri sebelum penggal pentadbirannya berakhir pada 2022, namun dirinya masih berat untuk melepaskan kuasanya kepaa Naib Presiden Leni Robredo.
Robredo yang selama ini turut mengkritik cara Duterte memerangi dadah, telah dilantik secara berasingan, dan bukannya pasangan dari kempen politik Duterte.
Itu bukan kali pertama Duterte memperkecilkan individu yang mengikut perlembagaan, bakal dan sedia menggantikan tenpatnya.
Pada Julai lalu, dalam satu sesi ucapan di Pampanga, Duterte berkata: "Sebabnya... Robredo tidak layak. Dia tidak akan berkemampuan untuk mentadbir negara seperti Filipina ini."
Duterte menegaskan, akan berlaku kekacauan sekiranya usaha membanteras dadah seperti yang dilaksanakannya itu dihentikan.
“Anda lebih baik memilih diktator seperti Marcos, itu yang saya cadangkan. (Jika) mengikut perlembagaan, Robredo ialah orangnya. Tapi dia tidak boleh menanganinya,” ujar Duterte.
Sanjungan Duterte kepada Marcos juga dilihat sebagai kontroversi, memandangkan ramai rakyat negara itu masih terkesan dengan 'pemerintahan berdarah' selama dua dekad, sebelum digulingkan kuasa tentera pada 1986.
Sepanjang pemerintahan Marcos, ribuan orang telah ditangkap, dibunuh, diseksa atau hilang tanpa berita sepanjang pemerintahan tentera pada tahun 1970-an.
Topik 'mengundurkan diri dari politik' oleh Duterte, 73 tahun, kerap disebutkan dalam ucapan umum. Ramai yang menganggap beliau sudah gelisah dengan masalah rasuah dan dadah yang sukar untuk dibendung, manakala ada pihak yang membuat spekulasi tentang tahap kesihatannya yang merosot.
Duterte bagaimanapun, menafikan khabar tersebut yang dilabelkannya sebagai 'berita palsu'.
Agensi
Fri Aug 31 2018
Duterte berkata, akan berlaku kekacauan sekiranya usaha membanteras dadah seperti yang dilaksanakannya itu dihentikan. - Gambar fail
JAWI diarah nilai semula SOP keselamatan masjid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata JAWI telah diarahkan menjalankan siasatan rapi memandangkan masjid itu terletak di bawah bidang kuasa pengawasan jabatan berkenaan.
Jerebu tebal: Hanoi bandar paling tercemar - Laporan
Ibu negara Vietnam, Hanoi, telah diliputi jerebu tebal sejak beberapa minggu kebelakangan ini, menjadikannya bandar paling tercemar di dunia, menurut data terkini.
GE Aerospace Sertai Siasatan
GE Aerospace, yang merupakan sebahagian daripada usaha sama yang menghasilkan enjin pesawat Boeing yang terlibat dalam nahas udara paling dahsyat di tanah Korea Selatan, telah menyertai siasatan insiden tersebut.
Israel sekat bantuan musim sejuk di Gaza – PBB
IOM dalam hantaran di X berkata, ini kerana, lebih 1.5 juta bekalan musim sejuk tambahan sedia ada di gudang dan pintu masuk sempadan disediakan IOM tidak dapat dihantar akibat sekatan ketat dikenakan Israel.
Memenuhi permintaan ramai, konsert GenKRU tambah satu hari lagi
Penganjuran hari ketiga pada 10 Mei ini bukan bersifat oportunis, sebaliknya kerana KRU tidak mahu menghampakan peminat.
Houthi dakwa sistem pertahanan AS, THAAD lemah
Pegawai media Houthi, Nasruddin Amer, dalam kenyataan di X berkata, Israel perlu menyedari tiada sistem pertahanan yang mampu sepenuhnya melindungi mereka daripada peluru berpandu berkelajuan hipersonik.
Serangan udara Israel di Tebing Barat melampaui batas - PBB
Menurut laporan terkini Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB dalam satu kenyataan, dua wanita dan dua kanak-kanak termasuk dalam kalangan mereka yang terbunuh, sementara hampir 50 orang lain cedera, termasuk 19 kanak-kanak dan empat wanita.
Kekejaman zionis: Malaysia kutuk sekeras-kerasnya keganasan, kekejaman di Gaza
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan dan bersasar oleh rejim Zionis Israel ke atas orang awam di Gaza.
Kekejaman zionis: Serangan Terhadap Hospital di Gaza Berpotensi Jadi Jenayah Perang - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan serangan tentera Israel di Gaza telah menyebabkan banyak hospital dan kemudahan perubatan tidak lagi berfungsi sepenuhnya.
Kekejaman zionis: Serangan Israel di hospital Gaza, UNSC adakah sidang
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan sidang tergempar hari ini bagi membincangkan situasi yang semakin meruncing di Asia Barat, terutamanya berkaitan isu Palestin, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Polis kesan aktiviti jual pil ekstasi di premis konsert Pinkfish
Enam percakapan saksi telah dirakam, selain beberapa pihak lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan, termasuk penganjur konsert dan rakan mangsa.
Berhibur di Danok, balik Malaysia 'sangkut' ujian air kencing
Penuntut lelaki itu ditahan ketika melintasi sekatan di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam, malam tadi.
'Jual tanah, rumah biaya kos guaman RM1.3 juta' - Keluarga penyanyi wanita ditahan di Thailand
Mereka tidak mampu membayar jumlah diminta peguam di Thailand yang dikatakan ingin menawarkan khidmat guaman kepada penyanyi wanita terbabit.
Kes ganja: Reman pelawak dilanjut empat hari, rujuk pejabat pendakwaan
Lanjutan sehingga Sabtu itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting.
Sokong, jangan hakimi mereka yang pulih daripada ketagihan, penyalahgunaan dadah - KP AADK
Ini bagi memastikan mereka tidak kembali terjerumus ke dalam kancah penagihan dan penyalahgunaan dadah.
Republik Dominika rampas 9.5 tan dadah, terbesar dalam sejarah
Pihak berkuasa Republik Dominika berjaya merampas 9.5 tan dadah jenis kokain, yang merupakan terbesar dalam sejarah negara itu dengan nilai anggaran mencecah AS$250 juta (RM1.11 bilion).
Rasuah berkait projek RM250 juta: Datuk, penjawat awam direman empat hari
Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi pada Khamis ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sarawak.
Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan edar kanabis
Muhammed Yusoff membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan hakim ketika kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.
Ahli perniagaan Malaysia, dua warga Iran bebas pertuduhan edar dadah
Seorang ahli perniagaan Malaysia dan dua warga Iran terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membebaskan mereka daripada pertuduhan mengedar 48.6 kilogram dadah jenis metamfetamina.
60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.