KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada dua kadet dari Malaysia atas kejayaan mereka dipilih memasuki Akademi Tentera Amerika Syarikat pada tahun ini.
Selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan yang dicapai oleh Mohamad Khairel Adha Mohad Khairee dan Nicholas Ong Yong Xen itu.
"Al-Sultan Abdullah berbangga kerana mereka berdua dipilih daripada calon dari seluruh dunia yang bersaing untuk mendapatkan tempat di akademi tersebut.
"Kejayaan ini juga membuktikan lagi bahawa kita mampu bersaing dan berjaya di peringkat antarabangsa, sekali gus mengharumkan nama Malaysia," demikian menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Istana Negara hari ini.
Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan harapan kejayaan mereka berdua menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya golongan belia, untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang masing-masing.
AGONG-TENTERA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Baginda turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada kedua-dua kadet berkenaan dalam menimba ilmu dan pengalaman seumur hidup ini di akademi tersebut.
"Seri Paduka Baginda mendoakan semoga mereka berdua dilimpahi kejayaan cemerlang dan menggunakan pengalaman serta ilmu yang diperoleh di akademi tersebut untuk berbakti kepada negara yang kita cintai bersama ini," demikian menurut kenyataan itu.
Semalam, Kedutaan Amerika Syarikat mengumumkan kejayaan kedua-dua kadet itu dengan Mohamad Khairel Adha akan memasuki Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat, manakala Nicholas Ong Yong Xen pula ke Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat.
Upacara penghantaran secara maya dua kadet tersebut akan disiarkan menerusi laman Facebook kedutaan itu pada 9 Jun ini bermula 9 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 03 2021
Al-Sultan Abdullah berbangga kerana mereka berdua dipilih daripada calon dari seluruh dunia yang bersaing untuk mendapatkan tempat di akademi tersebut. - Foto Facebook Istana Negara
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Agong titah penjawat awam laksana tanggungjawab penuh integriti - KSN
Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua penjawat awam untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti.
Agong terima menghadap Peguam Negara baharu
Menerusi hantaran di Facebook baginda, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Ketua Polis Indonesia, Filipina dahului penerima DKPP daripada Agong
Dua pegawai tertinggi polis Indonesia dan Filipina itu mendahului 100 penerima pingat termasuk empat pegawai kanan PDRM.
Agong berkenan kurnia 100 pingat pada istiadat DKAT 2024
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Laut ke-19 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.