JOHOR BAHRU: Seorang warga Singapura yang memiliki dua kerakyatan telah memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Mahkamah Majistret di sini dan diarahkan meninggalkan Malaysia setelah membayar denda pada minggu lalu.
Tertuduh, Kobes Samuel Poh San, 32, diperintah membayar denda keseluruhan berjumlah RM30,000 setelah mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menceroboh dan memecahkan cermin di bilik simpanan Jabatan Diraja Johor dan Makmal Konservasi Perabot dan Seni Visual, Muzium Diraja Abu Bakar di sini pada 25 Februari lalu.
Selain itu, Poh San merekodkan pengakuan bersalah terhadap tiga lagi kesalahan membabitkan perbuatan khianat memecahkan cermin bilik air Hotel Z bernilai RM1,500 dan memasukkan dadah ke dalam badan sendiri serta tinggal di negara ini melebihi tempoh dibenarkan.
Dia yang juga merupakan pesakit mental telah diarahkan untuk meninggalkan negara ini setelah membayar keseluruhan nilai denda.
Menurut peguam dari Tetuan Hasshahari & Partners, Mohd Radzlan Jalaludin mewakili tertuduh, Poh San yang memiliki kerakyatan Belanda telah dijatuhkan hukuman denda RM10,000 dan RM4,500 di atas kesalahan memecahkan cermin bilik simpanan dan menceroboh Muzium Diraja Abu Bakar.
Untuk kesalahan ketiga, dia didenda RM3,000 setelah memecahkan cermin kaca di Hotel Z sewaktu menginap di situ.
Poh San turut didenda tambahan RM10,000 di bawah Akta Imigresen setelah menetap di negara ini melebihi tempoh ditetapkan selama 183 hari.
Bagi kesalahan terakhir, dia mengaku salah atas kesalahan memasukkan dadah jenis methamphetamine dan amphetamine ke dalam tubuhnya. Poh San didenda RM2,500 di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Di dalam mitigasi bagi rayuan hukuman, Mohd Radzlan telah berhujah dan memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya merupakan pesakit mental yang telah disahkan oleh Hospital Permai Johor, bagaimanapun waras ketika kejadian berlaku.
“Poh San turut menyesal di atas perbuatannya dan memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta kerabat Diraja Johor, kerajaan Johor dan kerajaan Malaysia di atas kesalahan kali pertama dilakukan itu,” katanya kepada Sinar Harian. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 29 2024
![Warga Singapura mohon maaf kepada Agong Warga Singapura mohon maaf kepada Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722213923_Mahkamah.jpg)
Seorang warga Singapura memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas kesalahan menceroboh dan memecahkan cermin bilik simpanan Muzium Diraja Negeri Johor pada minggu lalu. - Foto Sinar Harian
![Olimpik Paris: Kerja pembaikan rel Perancis selesai selepas sabotaj, keselamatan diperketat Olimpik Paris: Kerja pembaikan rel Perancis selesai selepas sabotaj, keselamatan diperketat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722223057_attackFrenchrailwa.jpg)
Olimpik Paris: Kerja pembaikan rel Perancis selesai selepas sabotaj, keselamatan diperketat
SNCF, pengendali kereta api nasional mengumumkan bahawa kerja pembaikan dilakukan sepanjang dua hari lalu,
![Grand Prix Belgium: Hamilton diisytihar juara selepas Russell tersingkir Grand Prix Belgium: Hamilton diisytihar juara selepas Russell tersingkir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722222859_GeorgeRussell.jpg)
Grand Prix Belgium: Hamilton diisytihar juara selepas Russell tersingkir
Russell rersingkir selepas keretanya didapati tidak memenuhi syarat selepas perlumbaan.
![Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713886268_duit.jpg)
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.6550/6610 berbanding dolar AS daripada 4.6550/6605 pada Jumaat lepas.
AWANI Ringkas: Pilihan kepada pelajar dibawa pulang dari Bangladesh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Consider This: Autism — Policies, Support Systems & Social Acceptance
Autism affects thousands of Malaysians, yet awareness and understanding of this condition remain limited. What challenges do people with autism face from childhood through adulthood, and what support systems are—and aren’t—in place? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Beatrice Leong, founder of the Autism Inclusiveness Direct Action Group (Aida) and Julian Wong, Chairperson of the National Autism Society of Malaysia (NASOM).
![Petros pelawa pelabur syarikat multinasional membida projek CCUS di Sarawak Petros pelawa pelabur syarikat multinasional membida projek CCUS di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722221559_Petros.jpg)
Petros pelawa pelabur syarikat multinasional membida projek CCUS di Sarawak
Tiga tapak penyimpanan karbon telah dikenal pasti untuk pusingan bidaan ini, masing-masing mempunyai kelebihan dan peluang yang berbeza.
![Reman suspek kes culik Albertine Leo disambung enam hari Reman suspek kes culik Albertine Leo disambung enam hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722221698_kespenculikan.jpg)
Reman suspek kes culik Albertine Leo disambung enam hari
Tempoh reman ke atas suspek lelaki kes penculikan Albertine Leo Jia Hui, disambung bermula esok hingga Ahad ini (4 Ogos).
![Pergaduhan tercetus sebaik pusat mengundi di Venezuela ditutup Pergaduhan tercetus sebaik pusat mengundi di Venezuela ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722218587_Venezuelans.jpg)
Pergaduhan tercetus sebaik pusat mengundi di Venezuela ditutup
Pengundi di luar pusat pilihan raya menuntut untuk masuk ke lokasi untuk menyaksikan kiraan undi.
![Rusia halang kelajuan YouTube hingga 70% mulai minggu ini Rusia halang kelajuan YouTube hingga 70% mulai minggu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713234741_YouTUBE.jpg)
Rusia halang kelajuan YouTube hingga 70% mulai minggu ini
YouTube didakwa gagal tarik semula halangan ke atas saluran media milik Rusia dan enggan halang kandungan yang didakwa menyebar berita palsu.
Impak pemotongaan kadar faedah AS terhadap Malaysia
Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu ini dijangka tidak akan mengubah dasar monetari AS. Pada mesyuarat FOMC bulan Jun lalu, Fed kini meramalkan penurunan dalam kadar faedah. Persoalannya, adakah pasaran yang kini berada dalam keadaan bullish akan terus kekal dalam momentum ini, atau penurunan kadar faedah akan menyebabkan peningkatan drastik dalam inflasi, yang seterusnya menjerat AS ke dalam krisis ekonomi?
![Warga Singapura dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Bangladesh Warga Singapura dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721490254_Bangladesh.jpg)
Warga Singapura dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Bangladesh
Bangladesh menguatkuasakan perintah berkurung di seluruh negara pada Sabtu sebagai tindak balas terhadap peningkatan keganasan dan demonstrasi.
![PDRM serah 4 anggota sindiket judi kepada polis Singapura PDRM serah 4 anggota sindiket judi kepada polis Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720519997_Shuhaily.jpg)
PDRM serah 4 anggota sindiket judi kepada polis Singapura
Empat warga Singapura yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat sindiket pertaruhan judi haram pada 1 Julai lepas, hari ini diserahkan kepada Singapore Police Force (SPF).
![Lelaki Singapura maut 'superbike' rempuh kereta di Linkedua Lelaki Singapura maut 'superbike' rempuh kereta di Linkedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717847890_MotorcycleAccident.jpg)
Lelaki Singapura maut 'superbike' rempuh kereta di Linkedua
Seorang lelaki warga Singapura maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang membuat pusingan U, di Kilometer (KM) 1.4 lebuh raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).
![Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716028987_RazarudinHusainIG.jpg)
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
![Lelaki warga Singapura hilang dipukul ombak di Desaru Lelaki warga Singapura hilang dipukul ombak di Desaru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703680609_TBlemasDesaru.jpg)
Lelaki warga Singapura hilang dipukul ombak di Desaru
Menurut maklumat orang awam, kedua-dua beranak dilaporkan dipukul ombak ketika beriadah di gigi air sebelum dihanyutkan.
![Suami isteri parah Porsche 911 Dakar terbabas, langgar tiang lampu Suami isteri parah Porsche 911 Dakar terbabas, langgar tiang lampu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697371718_PorscheDakart.jpg)
Suami isteri parah Porsche 911 Dakar terbabas, langgar tiang lampu
Sepasang suami isteri warga Singapura cedera parah selepas kereta Porsche 911 Dakar dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang lampu di Batu 16, Jalan Batu Pahat-Mersing dekat sini pada Ahad.
![Tabib warga Singapura didakwa buat hantaran jelik guna perkataan dajal Tabib warga Singapura didakwa buat hantaran jelik guna perkataan dajal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686738524_AdamMIsa.jpg)
Tabib warga Singapura didakwa buat hantaran jelik guna perkataan dajal
Seorang tabib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran jelik di sebuah laman sesawang penstriman tahun lepas.
![Lelaki Singapura hilang ketika mendaki di Hutan Simpan Panti Timur Lelaki Singapura hilang ketika mendaki di Hutan Simpan Panti Timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638856384_TBHutanSimpan.jpg)
Lelaki Singapura hilang ketika mendaki di Hutan Simpan Panti Timur
Sepasukan pegawai kanan dan anggota polis dari Balai Polis Batu Ampat digerakkan ke lokasi kejadian bagi melakukan pencarian.
![Tular cabut nombor plat: Dua suspek khianat Alphard ditahan Tular cabut nombor plat: Dua suspek khianat Alphard ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657617290_kecohtularlinked.jpg)
Tular cabut nombor plat: Dua suspek khianat Alphard ditahan
Dua suspek yang terlibat dalam kejadian khianat di jalan berhampiran CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar pada Sabtu lalu, berjaya ditahan.
![Lebih 100,000 saman trafik tertunggak sejak 2016 milik warga Singapura - Bukit Aman Lebih 100,000 saman trafik tertunggak sejak 2016 milik warga Singapura - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649325253_TBCUTISNY.jpg)
Lebih 100,000 saman trafik tertunggak sejak 2016 milik warga Singapura - Bukit Aman
Sebanyak 108,757 saman tertunggak direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan pelbagai kesalahan trafik dilakukan oleh warga Singapura bagi tempoh 2016 hingga tahun lepas.