KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), menggiatkan usaha melindungi kesejahteraan rakyat khususnya dalam isu melibatkan sekuriti makanan dan kos sara hidup.
Seri Paduka bertitah usaha perlu ditingkatkan, bagi membendung segelintir peniaga yang mengambil keuntungan secara tidak munasabah, dengan perbuatan seperti itu jika tidak dibendung akan menyebabkan inflasi yang akhirnya menjejaskan kos sara hidup rakyat.
"Usaha untuk melindungi rakyat daripada penipuan, menangani isu-isu berkaitan halal, timbangan dan sukatan termasuklah dalam menyiasat semua aduan-aduan rakyat perlu segera ditingkatkan," titah Al-Sultan Abdullah pada Majlis Santapan Malam Sambutan Jubli Emas Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP, pada Khamis.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis itu. Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta Timbalannya Datuk Rosol Wahid, dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Yang di-Pertuan Agong bertitah tindakan membanteras penyelewengan dan penyeludupan barangan kawalan serta barangan subsidi perlu diberikan tumpuan, selain kementerian itu juga perlu terus mencari peluang bagi meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Seri Paduka bertitah hakikatnya, kesejahteraan rakyat dan usaha untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi domestik perlu terus diperkasakan.
Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah bertitah bahagian penguat kuasa itu yang ditubuhkan pada 17 April 1972, telah menabur bakti dalam mengawal bekalan makanan dan keperluan asas di pasaran agar sentiasa stabil dan mencukupi.
Seri Paduka bertitah selama 50 tahun lepas, bahagian penguat kuasa itu melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi bagi menangani ketirisan barangan diberikan subsidi oleh kerajaan, dan kini penglibatan bahagian berkenaan dalam Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi turut menyumbang kepada kestabilan harga barangan keperluan.
"Ketika negara berhadapan dengan COVID-19, ramai yang tidak mengetahui bahawa Bahagian Penguat Kuasa ini turut berperanan dalam menjaga kesejahteraan rakyat.
"Bagaikan wira yang tidak didendang, mereka telah saban hari mengharungi lapangan dalam usaha untuk menguatkuasa pematuhan kepada undang-undang dalam sektor perdagangan dan pengedaran," titah Seri Paduka.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong bertitah pasukan itu juga telah mengambil langkah proaktif, dalam menjamin bekalan serta harga kit ujian kendiri, pelitup muka, pengawalan harga vaksin COVID-19, serta pelbagai barangan keperluan harian.
Menerusi sumbangan bahagian penguat kuasa itu, Al-Sultan Abdullah bertitah negara kekal berdaya saing dan turut menyumbang ke arah pemulihan ekonomi negara.
Seri Paduka bertitah Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara, dengan pasukan itu bertanggungjawab kepada kesejahteraan serta kemakmuran hampir 32 juta pengguna, yang merupakan rakyat negara ini.
"Justeru, laksanakan tanggungjawab ini dengan penuh jujur dan amanah agar perdagangan domestik sentiasa maju dan pengguna sentiasa dilindungi.
"Saya dan Raja Permaisuri Agong berdoa semoga bahagian penguat kuasa dan kementerian ini, akan sentiasa dilindungi Allah subhanahu wata'ala dalam menggalas tugasan untuk melindungi rakyat dan memastikan ekonomi domestik terus kekal berkembang dengan pesat," titah Al-Sultan Abdullah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022
![Agong titah KPDNHEP giat usaha lindungi kesejahteraan rakyat Agong titah KPDNHEP giat usaha lindungi kesejahteraan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661464391_TBagong.jpg)
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan menyampaikan titah ketika menghadiri majlis santapan malam sempena Sambutan Jubli Emas KPDNHEP. - Foto BERNAMA
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh, 70, dilapor meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, pada Ahad.
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Fokus Minggu Depan: Astro AWANI terus pacu usaha pemerkasaan PMKS
Hari terakhir siri Jelajah Jiwa SME 2024 menyaksikan kehadiran warga Johor yang tidak melepaskan peluang bagi bersama dalam misi memperkasakan usahawan tempatan.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Fokus Minggu Depan: Laporan PAC akan dibentang dan dibahaskan minggu depan
Prof. Dr Ahmad Martadha Mohamed, Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti UUM ada perinciannya.
![Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720344530_MohamadHasan.jpg)
Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad
UMNO Bahagian disaran mengenal pasti calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum lebih awal supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan mula mendekati rakyat.
![[KOLUMNIS] Telur oh telur [KOLUMNIS] Telur oh telur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649388405_TBMASHUPCHICKEN.jpg)
[KOLUMNIS] Telur oh telur
AYAM penelur hanya dapat bertelur apabila mencapai usia 18 - 20 minggu.
![Tiada gangguan bekalan minyak masak peket 1kg di Pulau Pinang Tiada gangguan bekalan minyak masak peket 1kg di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659869689_MinyakMasak.jpg)
Tiada gangguan bekalan minyak masak peket 1kg di Pulau Pinang
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengesahkan tiada gangguan bekalan minyak masak peket 1 kilogram (kg) dalam pasaran di negeri itu.
![KPDNHEP tempatkan 12 mesin retort di seluruh negara KPDNHEP tempatkan 12 mesin retort di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663421796_AzmanMohdYusofKP.jpg)
KPDNHEP tempatkan 12 mesin retort di seluruh negara
KPDNHEP melalui Sekretariat Food Bank Malaysia sehingga kini telah menempatkan sebanyak 12 unit mesin retort di premis hotel dan katering di 10 negeri.
![Penetapan harga siling ayam pada RM9.40 sekilogram diteruskan - Nanta Penetapan harga siling ayam pada RM9.40 sekilogram diteruskan - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661685958_AlexanderNantaLing.jpg)
Penetapan harga siling ayam pada RM9.40 sekilogram diteruskan - Nanta
Jemaah Menteri setuju harga ayam tidak akan diapungkan di pasaran ekoran kegusaran yang ditimbulkan oleh segelintir pihak.
![Agong titah KPDNHEP giat usaha lindungi kesejahteraan rakyat Agong titah KPDNHEP giat usaha lindungi kesejahteraan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661464391_TBagong.jpg)
Agong titah KPDNHEP giat usaha lindungi kesejahteraan rakyat
Seri Paduka bertitah usaha perlu ditingkatkan, bagi membendung segelintir peniaga yang mengambil keuntungan secara tidak munasabah.
![Peniaga diingat jangan ambil kesempatan naik harga barang - Nanta Linggi Peniaga diingat jangan ambil kesempatan naik harga barang - Nanta Linggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51648970248_TBALEXANDERNANTA.jpg)
Peniaga diingat jangan ambil kesempatan naik harga barang - Nanta Linggi
Pembukaan sempadan semestinya akan merancakkan sektor ekonomi dengan kedatangan pengunjung dari luar sekali gus meningkatkan permintaan terhadap barangan tertentu dalam pasaran.
![Selepas kontroversi harga sotong, kecoh pula kailan ikan masin RM18 sebungkus di P. Pinang Selepas kontroversi harga sotong, kecoh pula kailan ikan masin RM18 sebungkus di P. Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41638083896_kailan.jpg)
Selepas kontroversi harga sotong, kecoh pula kailan ikan masin RM18 sebungkus di P. Pinang
Sebuah restoran turut mengenakan harga lauk ikan jenahak sebanyak RM90 manakala sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5).
![KPDNHEP pertimbang cadangan kawal harga kit ujian COVID-19 KPDNHEP pertimbang cadangan kawal harga kit ujian COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71627973642_TBANTIGEN.jpg)
KPDNHEP pertimbang cadangan kawal harga kit ujian COVID-19
Harga kit ujian RM39.90 seunit disifatkan membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan keluarga memiliki ramai anak.
![KPDNHEP Johor tumpas kegiatan pindah minyak masak bersubsidi KPDNHEP Johor tumpas kegiatan pindah minyak masak bersubsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51624724602_KPDNHEPJohor.jpg)
KPDNHEP Johor tumpas kegiatan pindah minyak masak bersubsidi
Hasil serbuan yang dijalankan mendapati sebanyak 24,819 kg minyak masak bersubsidi sudah dipindahkan ke dalam tangki.
![Kenaikan harga barang asas: 'Kerajaan ketika ini, kerajaan tidur' - Anwar Kenaikan harga barang asas: 'Kerajaan ketika ini, kerajaan tidur' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81618900721_AnwarIbrahimAzam.jpg)
Kenaikan harga barang asas: 'Kerajaan ketika ini, kerajaan tidur' - Anwar
Dakwa Anwar, tindakan secara serius seolah-olah tidak diambil pihak kementerian yang bertanggungjawab meskipun perkara itu amat membimbangkan.