KUCHING: Peniaga dinasihatkan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan jualan mereka susulan pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April lepas.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pembukaan sempadan semestinya akan merancakkan sektor ekonomi dengan kedatangan pengunjung dari luar sekali gus meningkatkan permintaan terhadap barangan tertentu dalam pasaran.
"Apabila kita buka sempadan orang asing akan datang melawat dan memang permintaan barangan akan meningkat seperti barang makanan juga barangan lain.
"Sebab itu kita rayu pada peniaga jangan ambil peluang mengaut keuntungan yang tidak berpatutan kerana ini satu kesalahan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Pantau 2022 di sini hari ini.
Malaysia memasuki Fasa Peralihan ke Endemik pada 1 April dan membuka semula sempadan negara selepas dua tahun hidup dibayangi pandemik COVID-19.
Sementara itu, Nanta berkata kementeriannya akan mempertingkatkan penguatkuasaan dan pemantauan pada bulan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini menerusi Ops Pantau 2022.
Katanya, Ops Pantau bertujuan memastikan pengguna berada dalam keadaan selesa dan mudah mendapatkan bekalan makanan serta keperluan harian pada harga yang munasabah.
"Ops Pantau 2022 ini akan dilaksanakan secara seragam di seluruh negara dengan lokasi tumpuan seperti bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar raya dan kedai runcit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 03 2022
![Peniaga diingat jangan ambil kesempatan naik harga barang - Nanta Linggi Peniaga diingat jangan ambil kesempatan naik harga barang - Nanta Linggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51648970248_TBALEXANDERNANTA.jpg)
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kanan) meninjau harga barangan keperluan asas selepas melancarkan Ops Pantau dan Talian Aduan sempena Bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitiri di Kuching. - Foto Bernama
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Tiada faktor semula jadi dikenal pasti menyebabkan runtuhan - Alexander Tiada faktor semula jadi dikenal pasti menyebabkan runtuhan - Alexander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653430281_DatukSeriAlexande.jpg)
Tiada faktor semula jadi dikenal pasti menyebabkan runtuhan - Alexander
Jabatan Kerja Raya (JKR) bagaimanapun akan menjalankan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kejadian itu.
![Kementerian Kerja Raya akan teruskan polisi sedia ada - Alexander Kementerian Kerja Raya akan teruskan polisi sedia ada - Alexander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81669987357_TBNANTALINGGI.jpg)
Kementerian Kerja Raya akan teruskan polisi sedia ada - Alexander
'Saya adalah minister for all, not just for Sarawakians'
![Mesyuarat Kabinet akan bincang isu harga siling ayam - Alexander Mesyuarat Kabinet akan bincang isu harga siling ayam - Alexander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653746455_NANTA.jpg)
Mesyuarat Kabinet akan bincang isu harga siling ayam - Alexander
Persatuan mengemukakan cadangan, mewakili pihak industri untuk diketengahkan dalam mesyuarat di peringkat kerajaan.
![Peniaga diingat jangan ambil kesempatan naik harga barang - Nanta Linggi Peniaga diingat jangan ambil kesempatan naik harga barang - Nanta Linggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51648970248_TBALEXANDERNANTA.jpg)
Peniaga diingat jangan ambil kesempatan naik harga barang - Nanta Linggi
Pembukaan sempadan semestinya akan merancakkan sektor ekonomi dengan kedatangan pengunjung dari luar sekali gus meningkatkan permintaan terhadap barangan tertentu dalam pasaran.
![Lapan jenis barangan disenarai dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Lapan jenis barangan disenarai dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639983745_SkimHargaMaksimum.jpg)
Lapan jenis barangan disenarai dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan
Sebanyak lapan jenis barangan harga terkawal akan dikuatkuasakan melibatkan kategori ayam, sayur, daging kambing dan daging babi.
![Siapa Timbalan Ketua Menteri Sarawak? Itu prerogatif Abang Jo - Alexander Siapa Timbalan Ketua Menteri Sarawak? Itu prerogatif Abang Jo - Alexander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639980971_DatukSeriAlexande.jpg)
Siapa Timbalan Ketua Menteri Sarawak? Itu prerogatif Abang Jo - Alexander
Setiausaha Agung Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan pemilihan jemaah menteri ini merupakan prerogratif Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
![Pembukaan pejabat NIOSH di Kapit penuhi keperluan latihan tenaga kerja projek mega Pembukaan pejabat NIOSH di Kapit penuhi keperluan latihan tenaga kerja projek mega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61637405449_NIOSH.jpg)
Pembukaan pejabat NIOSH di Kapit penuhi keperluan latihan tenaga kerja projek mega
Pembukaan ini akan memenuhi keperluan ribuan tenaga kerja yang terlibat dalam pembangunan projek infrastruktur mega seperti pembinaan Empangan Hidroelektrik Baleh.
![PRN Sarawak: Jika benar SPR longgarkan SOP, itu keputusan terbaik - Nanta PRN Sarawak: Jika benar SPR longgarkan SOP, itu keputusan terbaik - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637403843_SPRLONGGARSOPNANT.jpg)
PRN Sarawak: Jika benar SPR longgarkan SOP, itu keputusan terbaik - Nanta
Nanta yang juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga berharap agar pelaksanaan kempen dari rumah ke rumah dapat dilaksanakan menjelang PRN12.
![Peningkatan CPO jejas perbelanjaan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak Peningkatan CPO jejas perbelanjaan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61637071307_AlexanderNantaLing.jpg)
Peningkatan CPO jejas perbelanjaan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak
Kerajaan akan melihat kepada beberapa kaedah dalam memastikan bekalan minyak masak sawit kekal dijual secara runcit dengan harga yang tidak membebankan pengguna.
![Harga baharu kit ujian pantas RTK Antigen diumum November ini Harga baharu kit ujian pantas RTK Antigen diumum November ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61633661197_AlexanderNantaLing.jpg)
Harga baharu kit ujian pantas RTK Antigen diumum November ini
Kit ujian pantas antigen itu dijangka dapat dijual di pasar raya pada penghujung bulan ini.