Ringkasan AI
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran Rasmi kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melalui poster di Facebook.
- Sambutan ulang tahun ke-78 ini adalah yang pertama bagi Wan Junaidi selepas mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 29 Januari 2024, menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud.
- Sarawak meraikan ulang tahun ini selama tiga hari bermula 10 Oktober, dengan tujuh acara utama termasuk majlis kesyukuran, jamuan negeri, dan istiadat perbarisan.
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke-78 Wan Junaidi merupakan sambutan pertama beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 29 Jan 2024.
Wan Junaidi mengangkat sumpah jawatan bagi tempoh empat tahun, menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.
Sarawak meraikan sambutan ulang tahun itu selama tiga hari bermula Khamis (10 Okt), dengan penganjuran tujuh acara utama antaranya majlis kesyukuran, majlis jamuan negeri, Istiadat Perbarisan dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri.
-- BERNAMA