KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.
Menurut catatan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda berdoa mudah-mudahan segala amalan yang telah dibuat pada bulan Ramadan yang lalu akan mendapat keberkatan dan diterima oleh-Nya.
"Sesungguhnya, kedatangan bulan Syawal ini disambut dengan penuh rasa gembira dan bersyukur di atas nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan," titah Seri Paduka Baginda.
Dalam hantaran itu, Sultan Ibrahim turut menyeru agar semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, untuk meraikan bulan Syawal ini dengan amalan ziarah-menziarahi bagi mengeratkan silaturrahim serta mengukuhkan perpaduan masyarakat.
Seri Paduka Baginda bertitah supaya semua pihak mengambil peluang ini untuk bermaaf-maafan, terutama dalam kalangan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan taulan.
"Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan kita sesama manusia, pasti ada yang tersinggung atau terasa hati. Semoga bulan yang mulia ini meningkatkan perasaan kasih sayang sesama kita.
"Akhir kata, marilah kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga dikurniakan rahmat, keamanan dan kemakmuran yang sempurna lagi berkekalan kepada negara serta semua Bangsa Malaysia. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin," titah Seri Paduka Baginda.
Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2024
![Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Aidilfitri kepada umat Islam Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Aidilfitri kepada umat Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712672575_AgongRaya.jpg)
Seri Paduka Baginda bertitah supaya semua pihak mengambil peluang ini untuk bermaaf-maafan, terutama dalam kalangan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan taulan. - Gambar IG officialsultanibrahimandtheroyaljohor
![Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349606_TBINDONESIASENJATA.jpg)
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
![Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732176967_TBscam.jpg)
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
![BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3 BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739349155_tbBEREGUlelakinega.jpg)
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
![Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739348672_SarawakAirBorneo.jpg)
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
![Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41539605487_ADDICT.jpg)
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
![Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
![Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349246_SemiconductorSemik.jpg)
Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA
Risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport Malaysia, khususnya semikonduktor adalah minimum.
![PM ucap Selamat Hari Ibu PM ucap Selamat Hari Ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715523659_TBANWARPENJARA.jpg)
PM ucap Selamat Hari Ibu
Bersempena sambutan Hari Ibu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melepaskan peluang menitip penghargaan kepada semua wanita bergelar ibu.
![Penuhi Syawal dengan tingkatkan semangat perpaduan - Pakar Penuhi Syawal dengan tingkatkan semangat perpaduan - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712411940_MZB.jpg)
Penuhi Syawal dengan tingkatkan semangat perpaduan - Pakar
Gerakan #MZB365 yang diperkenalkan pertubuhan dalam masyarakat sivil (CSO) dan media di Malaysia, wajar diperluaskan atau disokong ramai pihak.
![Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Aidilfitri kepada umat Islam Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Aidilfitri kepada umat Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712672575_AgongRaya.jpg)
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Aidilfitri kepada umat Islam
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.
![Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712246231_TBOrangramai.jpg)
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
![Raja Permaisuri Agong zahir ucapan Selamat Hari Wanita Raja Permaisuri Agong zahir ucapan Selamat Hari Wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709866004_SultanIbrahimSulta.jpg)
Raja Permaisuri Agong zahir ucapan Selamat Hari Wanita
Raja Zarith Sofiah seru rakyat agar menghargai dan hormati serta santunilah wanita dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang.
![Sultan Ibrahim diyakini pimpin negara dengan bijaksana, kasih sayang - Fahmi Sultan Ibrahim diyakini pimpin negara dengan bijaksana, kasih sayang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706684949_TBagongbarujpg.jpg)
Sultan Ibrahim diyakini pimpin negara dengan bijaksana, kasih sayang - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yakin Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan memimpin negara dengan bijaksana serta memayungi rakyat jelata dengan penuh kasih sayang.
![Al-Sultan Abdullah zahir rasa syukur atas sokongan keluarga Al-Sultan Abdullah zahir rasa syukur atas sokongan keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700729725_TBSultanjpg.jpg)
Al-Sultan Abdullah zahir rasa syukur atas sokongan keluarga
Al-Sultan Abdullah hari ini menzahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan keluarganya sepanjang lima tahun menjawat jawatan tertinggi negara itu.
![Aisyah Hijanah dedah rumah tangga hadapi ujian, bawa suami berubat Aisyah Hijanah dedah rumah tangga hadapi ujian, bawa suami berubat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698587264_TBaisyahhijanah.jpg)
Aisyah Hijanah dedah rumah tangga hadapi ujian, bawa suami berubat
Personaliti media sosial iaitu Aisyah Hijanah mendedahkan rumah tangganya dengan suami, Mohd Hazalif ditimpa ujian berat selepas enam tahun berkahwin.
![PRN Johor: Pengundi DUN Kemelah perlukan 'kasih sayang' saya - Calon MIC PRN Johor: Pengundi DUN Kemelah perlukan 'kasih sayang' saya - Calon MIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646831589_NSaraswati.jpg)
PRN Johor: Pengundi DUN Kemelah perlukan 'kasih sayang' saya - Calon MIC
N. Saraswati yakin mampu memberi 'kasih sayang' dan perubahan drastik dalam pembangunan serta taraf ekonomi masyarakat di kawasan itu.
![Bangun tidur kemas katil pun dah boleh buat isteri gembira Bangun tidur kemas katil pun dah boleh buat isteri gembira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627520477_TBqueenbed.jpg)
Bangun tidur kemas katil pun dah boleh buat isteri gembira
Suami yang baik adalah suami yang memberi kebahagiaan kepada isteri. Termasuklah menghormati, lemah lembut dalam melayani.