KUALA LUMPUR: Durasinya hanya lima minit namun tetapi 'lembaran baharu' yang disampaikan menerusi iklan hari raya RHB, begitu menambat hati pelbagai masyarakat negara ini menerusi 'semangat muhibah' yang terjalin, tatkala menghulurkan bantuan tanpa mengira warna kulit.
Iklan raya berdasarkan daripada kisah benar mengenai seorang ibu berbangsa India, anaknya dengan seorang peguam berbangsa Melayu, bukan sahaja meruntun hati ramai tetapi juga turut menjadi sumber inspirasi.
Kegigihan seorang peguam bernama Zahiril yang bersungguh-sungguh memohon ibu tersebut untuk mendapatkan 'Bon Berkelakukan Baik' atas kesalahan mencuri kotak pensil tanpa meminta sebarang bayaran, jelas membuktikan 'semangat muhibah' yang masih lagi menebal.
Benarlah seperti penekanan dalam video hari raya yang bertajuk 'Lembaran Baharu' itu, 'benda yang kecil dan tak penting untuk kita, adalah segalanya untuk orang lain', dan kerana itu, ramai yang mengharapkan ukhwah tersebut terus kukuh, termasuklah dalam kehidupan realiti.
Melihat kepada mesej perpaduan yang disampaikan, ia sangat signifikan dengan pengisian Syawal dalam mengeratkan lagi hubungan masyarakat berbilang bangsa di negara ini, selain sedikit sebanyak meredakan isu-isu sensitif terutama membabitkan soal kaum dan agama, sehingga mencetuskan kegusaran dalam masyarakat kebelakangan ini.
Tambahan pula dengan adanya gerakan, 'Maaf Zahir Batin Hari-hari'(#MZB365) yang diperkenalkan pertubuhan dalam masyarakat sivil (CSO) dan media di Malaysia, wajar diperluaskan atau disokong ramai pihak kerana dilihat sebagai platform terbaik meningkatkan semangat perpaduan, kata Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau yang merupakan pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berkata sebaiknya kempen tersebut tidak hanya sekadar rancak pada Syawal atau tempoh tertentu sahaja, tetapi berpanjangan pada bila-bila masa.
"Sebagai rakyat, tidak kira agama dan bangsa, kita harus memahami isu sensitif dalam negara, selain perlu menunjukkan rasa kasih sayang antara satu sama lain, supaya keharmonian masyarakat majmuk ini dapat ditonjolkan dan diperkukuhkan," katanya.
Gerakan ini diperkenalkan bertujuan melawan ungkapan kebencian etnik-agama, serta menggalakkan amalan memohon dan memberi maaf setiap hari, selain turut menekankan kepentingan amalan itu merentasi pelbagai kepercayaan dan latar belakang budaya, termasuk Islam, Budha, Kristian, Hindu, Sikh, Taoisme dan komuniti orang asal di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Dalam merancakkan gerakan ini, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang berkata kerajaan juga, harus memainkan peranan dalam merangka kempen yang bersesuaian bagi memupuk semangat perpaduan dan cinta akan negara.
"Sejak 2000, perkataan seperti 'muhibah' tidak lagi ditekankan kerajaan dan kini, perkataan berkait dengan teknologi dan AI (kecerdasan buatan) yang dikentengahkan (kerajaan). Tidak dinafikan ia penting memajukan negara, tetapi jangan lupa kata-kata yang dapat membuatkan rakyat bersatu," katanya.
Tidak boleh disandarkan hanya kepada bahu kerajaan semata-mata, penganalisis politik Dr G. Manimaran melihat pemimpin politik termasuk wakil rakyat, turut memainkan peranan penting untuk memberikan kefahaman terhadap sebarang situasi yang berkemungkinan menggugat perpaduan negara.
Ini kerana, tokoh-tokoh tersebut mempunyai pengaruh tersendiri, paling dekat dengan rakyat dan kerana itu, amat penting, emosi mereka terkawal dalam membahaskan pelbagai isu khususnya yang berkait dengan perpaduan, bagi mengelakkan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.
Bagi bekas pemain beregu badminton lelaki negara Koo Kien Keat, beliau berpandangan sukan merupakan medium perpaduan paling berkesan, dalam menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
"Sukan dimainkan oleh semua, tidak mengira umur, kaum mahupun jantina. Mereka akan duduk sekali bersama-sama untuk menyokong kelab atau negara yang diminati, dan saya selepas bersara pun, ramai rakyat berbilang kaum masih menegur atas sumbangan saya kepada negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2024
![Penuhi Syawal dengan tingkatkan semangat perpaduan - Pakar Penuhi Syawal dengan tingkatkan semangat perpaduan - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712411940_MZB.jpg)
Lam Thye berkata, kerajaan juga, harus memainkan peranan dalam merangka kempen yang bersesuaian bagi memupuk semangat perpaduan dan cinta akan negara. - Gambar Sinar Harian
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
![Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739348672_SarawakAirBorneo.jpg)
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
![Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41539605487_ADDICT.jpg)
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
![Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
Nilai eksport sawit ke Asia Tengah capai RM288.23 juta pada 2024
Malaysia mengeksport 54,665 tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM288.23 juta ke negara Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Turkmenistan pada 2024.
![Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739347822_tbNajibTunRazak.jpg)
Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
![Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738915792_MohdNaimMokhtar.jpg)
Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im
Malaysia tidak terkesan dengan peraturan baharu oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak menyertai musim haji tahun ini.
AWANI Ringkas: Tuduhan ahli kumpulan jenayah terancang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722046838_tbYAYASANPENCEGAHAN.jpg)
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
MCPF merasakan tindakan menyeksa hingga menyebabkan kematian seseorang itu jelas bertentangan dengan norma kehidupan manusia.
![Penuhi Syawal dengan tingkatkan semangat perpaduan - Pakar Penuhi Syawal dengan tingkatkan semangat perpaduan - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712411940_MZB.jpg)
Penuhi Syawal dengan tingkatkan semangat perpaduan - Pakar
Gerakan #MZB365 yang diperkenalkan pertubuhan dalam masyarakat sivil (CSO) dan media di Malaysia, wajar diperluaskan atau disokong ramai pihak.
![Polis Terengganu tubuh pasukan petugas cegah kes pecah, curi tabung masjid Polis Terengganu tubuh pasukan petugas cegah kes pecah, curi tabung masjid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-02/51519486859_TabungMasjid.jpg)
Polis Terengganu tubuh pasukan petugas cegah kes pecah, curi tabung masjid
Usaha itu dibuat menerusi kerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).
![Masih ramai kena scam - MCPF Masih ramai kena scam - MCPF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648246991_TBFadzil.jpg)
Masih ramai kena scam - MCPF
Jenayah seperti ini perlu diuar-uarkan sama ada di peringkat sekolah, kawasan luar bandar atau bandar.
![MCPF sambut baik hasrat kerajaan untuk kenakan tindakan tegas pada pemandu mabuk MCPF sambut baik hasrat kerajaan untuk kenakan tindakan tegas pada pemandu mabuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41590911188_LeeLamThye.jpg)
MCPF sambut baik hasrat kerajaan untuk kenakan tindakan tegas pada pemandu mabuk
Langkah yang akan diambil oleh kerajaan itu bagi memastikan individu yang melakukan kesalahan itu dijatuhkan hukuman yang lebih berat dan setimpal pada masa hadapan.
![Macau Scam: 'Jangan tumpangkan akaun bank' - MCPF Macau Scam: 'Jangan tumpangkan akaun bank' - MCPF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61521089913_LeeLamThye.jpg)
Macau Scam: 'Jangan tumpangkan akaun bank' - MCPF
Kebanyakan mangsa tidak menyedari akaun mereka dimanipulasi untuk pemindahan wang jenayah bagi sindiket penipuan komersial.
![Jabatan Khas Jenayah Alam Sekitar tidak sesuai ditubuhkan ketika ini - KPN Jabatan Khas Jenayah Alam Sekitar tidak sesuai ditubuhkan ketika ini - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61540764343_TanSriMohamadFuzi.jpg)
Jabatan Khas Jenayah Alam Sekitar tidak sesuai ditubuhkan ketika ini - KPN
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata walaupun idea itu baik, namun pelbagai aspek lain seperti soal kekangan kewangan kerajaan juga perlu diambil kira dalam melaksanakan apa-apa cadangan.
![Kaji semula waktu perkhidmatan dobi 24 jam Kaji semula waktu perkhidmatan dobi 24 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/51504692261_ParangDobi.jpg)
Kaji semula waktu perkhidmatan dobi 24 jam
Waktu perkhidmatan kedai dobi layan diri terutama yang beroperasi 24 jam disaran dikaji semula bagi mengurangkan risiko kejadian samun.
![Arahan RoS ikut peraturan, perlembagaan PPBM - TPM Ahmad Zahid Arahan RoS ikut peraturan, perlembagaan PPBM - TPM Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61520676646_ZAHIDHAMIDI.jpg)
Arahan RoS ikut peraturan, perlembagaan PPBM - TPM Ahmad Zahid
Sebarang tindakan yang diambil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) ke atas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah mengikut peraturan selain perlembagaan parti terbabit.
![Adakan lebih banyak kempen kesedaran keselamatan warga emas - MCPF Adakan lebih banyak kempen kesedaran keselamatan warga emas - MCPF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61437804837_LIMLAMTHYE.jpg)
Adakan lebih banyak kempen kesedaran keselamatan warga emas - MCPF
Beliau berkata pihak berkuasa dan orang ramai perlu memainkan peranan dengan berkongsi maklumat mengenai trend jenayah terkini dan modus operandi supaya warga emas tidak menjadi mangsa.