Personaliti media sosial iaitu Aisyah Hijanah mendedahkan rumah tangganya dengan suami, Mohd Hazalif ditimpa ujian berat selepas enam tahun berkahwin.
Di sebalik senyuman, pasangan itu telah melalui dugaan di mana ada individu didakwa cemburu melihat kebahagiaan mereka.
Menurut Aisyah, dugaan yang dihadapi kali ini sangat mencabar terutamanya dari segi keimanan dan kesetiaan.
“Aisyah rasa sepaniang enam tahun kahwin, inilah yang paling mencabar. Mental dan fizikal penat, mencabar iman dan kesetiaan apatah lagi dalam kesihatan tubuh badan yang sangat terhad.
“Tak ada pasangan yang nak hadap perkara ini. Tak ada pasangan yang nak hadap pendatang luar masuk ke dalam keluarga.
“Tetapi perkara itu berlaku kepada kami dan saya harus kuat. Jika tidak saya akan kalah dalam perjuangan ini.
“Sepanjang enam tahun ini, saya tidak benarkan sesiapa tembusi hati saya. Sebab saya tahu, ini adalah penghormatan kepada suami saya dan tiada lelaki yang berani mendekati saya.
“Saya benar-benar menjaga jarak dan juga jurang dengan lelaki. Bagi saya, suami saya berhak mendapat 100% kasih sayang, cinta, layanan baik dan perhatian saya.
“Saya tidak perlukan perhatian daripada mana-mana lelaki lain. Begitu juga wanita, mereka juga harus respek jurang tersebut.
“Kalau anda tahu lelaki itu merupakan suami orang, jangan berani untuk menganggu atau berpura-pura untuk mendapatkan perhatiannya,” dedahnya.
Kongsi Aisyah lagi, disebabkan dugaan yang dilalui itu juga menyebabkan dirinya mengalami penurunan berat badan yang ketara.
“Pada mulanya, amat sukar untuk saya menanggung segala-galanya. Saya tidak tahu berapa banyak air mata yang jatuh, berapa banyak kesakitan yang saya tanggung.
“Semuanya sangat menyakitkan bagi saya. Saya susut berat badan sehingga 44kg. Ramai orang bertanya ‘Aisyah kenapa susut?’ dan saya tidak mempunyai sebarang jawapan untuk itu.
“Bagi saya, saya kelihatan normal secara fizikal, tetapi bagi orang yang sering melihat saya, mereka nampak saya berubah.
“Bila Aisyah tanya pada ustaz, ada yang kata nampak sesuatu pada Alif dan ada niat seseorang untuk merosakkan rumah tangga. Wallahu a'lam,” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama, Aisyah juga memaklumkan telah membawa Alif berubat dan diberitahu suaminya itu terkena perbuatan ‘hasad dengki’.
“Pertamanya saya telah membawa suami bertemu dengan ustaz dan ustaz mengatakan Alif terkena perbuatan ain iaitu hasad dengki.
“Alhamdulillah lepas balik, dah bincang dan buat apa ustaz suruh, saya nampak perubahan pada dirinya. Tetapi saya pula yang melalui kesakitan itu selama dua minggu.
“Kedua saya bawa dia bertemu ustaz Halim dan usaha saya tidak berhenti di situ. Kemdian kami ke Kelantan dan alhamdulillah segala perkara buruk telah berkurangan,” jelasnya.
Terdahulu, Aisyah dan Alif mendirikan rumah tangga pada 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, 2, dan Muhammad Hassan Syarif yang kini berusia empat bulan. - Gempak
Gempak
Sun Oct 29 2023
Menurut Aisyah, dugaan yang dihadapi kali ini sangat mencabar terutamanya dari segi keimanan dan kesetiaan. - Gambar Gempak
Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb
Airbnb memberi amaran bahawa golongan muda lebih berisiko terdedah kepada penipuan di media sosial.
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
Aisyah Hijanah dedah rumah tangga hadapi ujian, bawa suami berubat
Personaliti media sosial iaitu Aisyah Hijanah mendedahkan rumah tangganya dengan suami, Mohd Hazalif ditimpa ujian berat selepas enam tahun berkahwin.