Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian mendiang dan berharap seluruh keluarga mendiang dapat bersabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana pilu itu.
"Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat bakti serta jasa mendiang kepada masyarakat dan menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada dunia kewartawanan negara," demikian menurut kenyataan itu.
BACA: Ketua Pengarang Malay Mail meninggal dunia
Sumber Facebook IstanaNegaraOfficial
Wong, 59, yang berasal dari Negeri Sembilan, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini, awal pagi tadi.
Mendiang memulakan kerjaya sebagai wartawan dengan akhbar The Star pada awal 1980-an dan antara jawatan yang pernah disandang di akhbar itu ialah pewarta di Hong Kong serta pengarang eksekutif sebelum menyertai Malay Mail.
-- BERNAMA