KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan khas ke United Kingdom mulai hari ini hingga 27 September.
Wisma Putra dalam kenyataan berkata, Baginda berdua berkenan melawat tapak projek ikonik Malaysia di London, Battersea Power Station, usahasama antara Sime Darby Property, SP Setia Sdn Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
"Baginda berdua turut berkenan melawat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London pada 24 September bagi sesi pertemuan dengan rakyat Malaysia terdiri daripada usahawan,ahli akademik, pelajar dan ketua komuniti di United Kingdom.
Dalam masa yang sama, Baginda berdua dijadual berangkat melawat Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC), syarikat milik penuh Lembaga Getah Malaysia dan antara institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) getah terkemuka dunia," kata kenyataan itu, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, Sultan Abdullah juga berkenan menerima kunjungan Ketua Staf Pertahanan United Kingdom, Sir General Nicholas Carter yang akan menyentuh hubungan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.
“Lawatan khas ini melambangkan kepentingan hubungan erat di antara Malaysia dan United Kingdom dimanifestasikan di peringkat pemerintahan tertinggi negara.
“Lawatan itu turut menzahirkan keprihatinan Baginda berdua terhadap kesejahteraan rakyat negara serta prestasi pelaburan dan kepentingan negara di United Kingdom agar sentiasa berada dalam keadaan baik terutama semasa pandemik yang mencabar ini,” jelasnya.
Afiezy Azaman
Fri Sep 17 2021
![Agong, Permaisuri berkenan adakan lawatan khas ke UK - Wisma Putra Agong, Permaisuri berkenan adakan lawatan khas ke UK - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631850739_TBAGONGUKjpg.jpg)
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan khas ke United Kingdom mulai hari ini hingga 27 Sept. -Istana Negara
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Raja Zarith Sofiah tinjau persiapan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Raja Zarith Sofiah tinjau persiapan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720841534_RajaZarithSofiah.jpg)
Raja Zarith Sofiah tinjau persiapan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan meninjau persiapan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang akan berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai ini.
![Berangkat ke pejabat seawal 7 pagi, pegawai Istana Negara kagum disiplin Sultan Ibrahim Berangkat ke pejabat seawal 7 pagi, pegawai Istana Negara kagum disiplin Sultan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719977042_AzuanEffendy.jpg)
Berangkat ke pejabat seawal 7 pagi, pegawai Istana Negara kagum disiplin Sultan Ibrahim
Keperibadian Sultan Ibrahim juga bertitik tolak daripada didikan Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang mengutamakan disiplin.
![Yang di-Pertuan Agong titik rujukan semangat kenegaraan, payungi rakyat - Fahmi Yang di-Pertuan Agong titik rujukan semangat kenegaraan, payungi rakyat - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720823831_SultanIbrahimSulta.jpg)
Yang di-Pertuan Agong titik rujukan semangat kenegaraan, payungi rakyat - Fahmi
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan memperkuat nilai perpaduan, jati diri dan semangat kenegaraan dalam diri setiap rakyat Malaysia terutama generasi muda.
![Rakyat berpeluang saksi Alat Kebesaran Diraja sempena pertabalan Agong Rakyat berpeluang saksi Alat Kebesaran Diraja sempena pertabalan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720779141_TBSultanIbrahim.jpg)
Rakyat berpeluang saksi Alat Kebesaran Diraja sempena pertabalan Agong
Antara alat kebesaran itu ialah pedang, keris panjang dan sundang Diraja, tiga senjata Melayu tradisional yang dijadikan sebahagian daripada Alat Kebesaran Diraja.
![Agong titah Kementerian Komunikasi, MCMC ambil tindakan tegas isu berkaitan media sosial - Fahmi Agong titah Kementerian Komunikasi, MCMC ambil tindakan tegas isu berkaitan media sosial - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720176227_TBFahmiFadzilsida.jpg)
Agong titah Kementerian Komunikasi, MCMC ambil tindakan tegas isu berkaitan media sosial - Fahmi
Fahmi berkata Sultan Ibrahim menitahkan perkara itu ketika beliau hadir dalam sesi menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara pagi semalam.
![Agong terima persembahan perutusan rasmi Sultan Brunei ke istiadat pertabalan Agong terima persembahan perutusan rasmi Sultan Brunei ke istiadat pertabalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720598559_Agong.jpg)
Agong terima persembahan perutusan rasmi Sultan Brunei ke istiadat pertabalan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima perutusan rasmi Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ke Istiadat Pertabalan yang akan berlangsung pada 20 Julai ini.
![Sarat tradisi, warkah persilaan undangan ke pertabalan Agong ke-17 Sarat tradisi, warkah persilaan undangan ke pertabalan Agong ke-17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720574331_tbAdatWarkahpersi.jpg)
Sarat tradisi, warkah persilaan undangan ke pertabalan Agong ke-17
Warkah persilaan menggunakan tulisan jawi yang ditulis tangan itu, diletakkan di dalam kapsul khas untuk dipersembahkan kepada Raja-Raja Melayu dan Tuan Yang Terutama.
![Agong berkenan terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing Agong berkenan terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720506963_Agong.jpg)
Agong berkenan terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara di sini.
![Pertabalan Agong: Sultan Brunei berkenan berangkat, serlah hubungan akrab dengan Malaysia Pertabalan Agong: Sultan Brunei berkenan berangkat, serlah hubungan akrab dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720413843_AgongSultanBrunei.jpg)
Pertabalan Agong: Sultan Brunei berkenan berangkat, serlah hubungan akrab dengan Malaysia
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mempersembahkan kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah warkah persilaan sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda.